Wednesday, 31 July 2019

PECAT AZMIN..




Lembaga Disiplin PKR didesak mengambil tindakan ke atas DS Azmin Ali susulan dakwaan kontroversinya yang menyokong pendirian UMNO dan Pas supaya Tun Dr Mahathir Mohamad terus menerajui kerajaan sehingga habis penggal.

Tindakan itu disifatkan sebagai terdesak dan tidak matang, apatah lagi menggunakan logo kerajaan Persekutuan dalam kenyataannya bagi menyokong pendirian pembangkang.

“Pihak kami agak terkilan selepas mendengar kenyataan daripada Setiausaha Agung KEADILAN, DS Saifuddin Nasution Ismail berkenaan rekod kehadiran mesyuarat DS Azmin Ali yang amat-amat mendukacitakan.

“Dalam mana-mana pertubuhan yang berdaftar, kehadiran mesyuarat amat penting bagi memutuskan dasar dan hala tuju dapat dilakukan dengan lancar dan berkesan.

“Azmin mengambil sikap tidak bertanggungjawab serta tidak mengambil serius terhadap peranan besar beliau selaku Timbalan Presiden yang disandangnya sejak 17 November 2018 " - Pengerusi Otai Reformis 98 Sabah, Datuk Dr. Sangkar Rasam

Sumber SINI

Read More...

KEMESRAAN YDP AGONG BERSAMA ANWAR DAN KAK WAN MENYAKITKAN JIWA MUSUH ANWAR




Siapa musuh Anwar? Mereka adalah yang tidak mahu melihat Anwar menjadi PM. Mereka ini ada di dalam parti dan di luar parti.

Musuh beliau di dalam parti yang dahulunya pandai "berlakun" kononnya sebagai pejuang reformasi, kini telah terserlah di mata ahli-ahli parti siapa orangnya. Musuh di luar parti sudah tentunya mereka yang takut tentang kepimpinan Anwar di dalam menerajui negara nanti bakal menenggelamkan parti mereka.

Musuh di dalam parti itu kini cuba berganding bahu dengan musuh di luar parti. Tidak pelik kalau dia menyatakan secara terbuka menyokong pembangkang agar PH melanggar janji manifesto untuk mengangkat Anwar sebagai PM. Orang ini menang di dalam pilihanraya dan dapat merasai kerusi empuk sebagai menteri kanan hasil dari manifesto yang disokong oleh rakyat, tiba-tiba menyatakan sokongan kepada Pembangkang.

Bangsat apakah ini? Tidak cukupkah dengan nikmat yang kamu perolehi dari pengorbanan tumpahan air mata dan darah dari sosok tubuh bernama Anwar Ibrahim? Selayaknya kamu dihina bukan sahaja oleh ahli-ahli parti bahkan dari sedarah sedagingmu sendiri. Bertaubatlah, sila kekal tenang.

WFAUZDIN NS

Read More...

Tuesday, 30 July 2019

10 PENGKHIANAT ANWAR DALAM PKR?




Berikut adalah 10 senarai pemimpin PKR yang dulu love penyokong setia Anwar dan kini beralih arah:

1. Azmin Ali

Siapa dia ini? Dia Timbalan Presiden PKR. Selama 40 tahun dia kata Anwar Ibrahim adalah bakal PM. Bila sudah dekat, dia kata (Anwar) tak layak.

2. Zuraida Kamaruddin

Siapa dia ini? Naib Presiden PKR, bukannya UMNO atau PAS. 20 tahun dia kata Anwar sepatutnya PM. Tapi 14 bulan ni dah kata Anwar tak layak pula.

3. Amirudin Shari

Dia MB Selangor. Dia ni siapa? Sepupu Khir Toyo ke? Bukan. Dia ni MPT PKR. Tapi bagi tahu Anwar tak layak sebab Anwar ada masalah moral dan jahat.

4. Khalid Jaafar

Siapa dia ni. Dia setiausaha akhbar ketika Anwar jadi TPM. Buat kerja untuk Anwar dari muda supaya Anwar jadi PM. Pernah jadi pengarah Institut Kajian Dasar (IKD) dan dan pegang banyak jawatan dalam PKR. Sekarang kata Anwar tak layak dan patut berhenti dari politik. Dia kata Anwar adalah banduan dan peliwat.

5. Kamaruddin Jaafar

Siapa dia ni? Sahabat Anwar. Masa Anwar jadi TPM. Dia pun pengarah IKD dan banyak dapat projek beratus juta dari Anwar. Jadi rakan kongsi Vincent Tan. Walau pun jadi Setiausaha Agung ABIM di zaman Anwar tapi sangat penting diri sendiri. Walau pun dia tau BERJAYA itu syarikat judi tapi tetap bersedia jadi rakan kongsi. Sama taraf Tengku Adnan. Masuk PAS, jadi Setiausaha Agung PAS. Keluar PAS masuk PKR dan diberi tempat. Sekarang dah kata Anwar tak layak jadi PM kerana sebenarnya tuduhan terhadap Anwar itu betul.

6. Saifuddin Abdullah

Masa Anwar dipecat, dia tak pernah bersama Anwar. Dia hanya bersama Anwar ketika Anwar jadi TPM. Bila kalah di Temerloh, kalah semua jawatan dalam UMNO, dah tak ada tempat dalam UMNO barulah masuk PKR. Dapat jadi Menteri. Tapi sekarang kata Anwar tak layak jadi PM. Anwar tak pernah mampu mengalahkan Tun Mahathir. Jadi rugi ikut Anwar.

7. Sivarasa Rasiah

Siapa dia ini? Seorang peguam Anwar selama bertahun-tahun. Berjuang untuk bebaskan Anwar. Tapi bila dah dekat nak jadi PM boleh pula dia kata Anwar tak layak. Azmin lebih layak.

8. Tian Chua

Sanggup kena tahan ISA dan kena macam-macam dengan polis. Diangkat jadi pemimpin politik oleh PKR. Sekarang boleh kata Anwar tak layak jadi PM.

9. Haniza Talha dan Daroyah Alwi

Berjuang lama dalam PKR. Bila dah dekat sangat, boleh kata Anwar sepatutnya berhenti.

10. Mansor Othman

Siapa dia ini? Bekas setiausaha politik Anwar masa jadi TPM. Berjuang dari dalam UMNO sampai ke PKR. Jadi Timbalan Ketua Menteri dan sekarang ahli Parlimen. Berkerja keras dan setia dengan Anwar tapi bila dah dekat tiba-tiba tak sokong Anwar. Dan sebut dengan jelas sebenarnya Anwar tak layak.

Cukup sekadar saya nama kan 10 orang. Walau pun ada beratus tokoh PKR lagi tidak bersama Anwar.

Peliknya berpuluh tahun berjuang untuk Anwar dan menafikan Anwar ada masalah moral dan peliwat.

Tiba-tiba tak sokong Anwar kerana Anwar ada masalah moral dan memang peliwat.

Tapi lebih kelakar dan gila sebab mereka sokong Azmin jadi PM. Kononnya Azmin teraniaya dan tidak ada masalah moral

Apakah mereka ini buta atau nak jaga jawatan masing-masing?

Mereka tahu jika Anwar jadi PM, tiada lagi tempat untuk mereka.

28 Julai 2019.

Read More...

Monday, 29 July 2019

PELIK BILA AZMIN TERPEDAYA DENGAN PAS DAN UMNO





Semua tahu, sebelum PRU14 sewaktu PH menamakan Tun M sebagai PM sekiranya PH ke Putrajaya, berbagai kenyataan dari Pas dan Umno yang memperlekehkan Tun M. Di kalangan parti KEADILAN sendiri ada dua tiga kerat pimpinan yang menyuarakan rasa tidak senang apabila Tun M dinamakan.

Pas pernah menyatakan negara ini akan rosak binasa jika Tun M menjadi PM semula. Hadi tanpa rasa malu sebagai seorang ulamak kononnya, memperlekehkan Tun M dengan menyatakan Tun M hanya layak menjadi doktor di klinik 1 Malaysia. Pemimpin Umno lebih hebat lagi menghina Tun M dengan menggelarnya orang tua nyanyuk dan sebagainya.

Di dalam KEADILAN waktu itu, pernah kita dengar Azmin selaku Timbalan Presiden menyokong Tun M sebagai PM? Tiada. Apa yang ada hanyalah suara-suara tidak puas hati dari beberapa orang kuat Azmin seperti Zuraidah. Ertikata lain, waktu itu tiada suara sokongan dari Azmin pun untuk menyokong Tun M sebagai PM. Mungkin beliau impikan namanya diangkat mengambil kesempatan Anwar di dalam penjara.

Hari ini, Azmin mengeluarkan kenyataan menyokong Pas dan Umno yang turut kononnya menyokong Tun M sebagai PM. Azmin sebagai orang lama dalam politik sepatutnya boleh membaca mengapa sekarang Pas dan Umno menyokong Tun M? Azmin bukan tidak tahu, Anwar lebih awal menyokong Tun M sebagai PM sewaktu beliau di dalam penjara lagi, disaat Azmin sendiri tidak mengeluarkan sokongan kepada Tun M.

Mengapa sewaktu Anwar dan KEADILAN mengeluarkan kenyataan menyokong Tun M, Azmin selaku Timbalan Presiden tidak mengeluarkan sokongan kepada kenyataan ini? Secara tiba-tiba sekarang, Azmin sokong kenyataan Pas dan Umno? Ada udang balik batu.

Tidaklah bodoh sangat kita untuk menjangkakan mengapa Pas dan Umno sokong Tun M sekarang ini, bukan dahulu lagi. Ini adalah kerana pertamanya mereka mahu wujudkan perpecahan di dalam PH. Keduanya, mereka amat takut Anwar jadi PM sebelum PRU15 kerana potensi Anwar untuk hancurkan Pas dan Umno amat besar sekali. Anwar seorang yang komited dengan agenda reformasi. Hanya dengan melaksanakan agenda reformasi sahaja bakal menguburkan pas dan Umno. Ini yang amat ditakuti oleh Umno dan Pas.

Mengapa Azmin turut menyokong strategi dan helah Pas dan Umno itu? Mudah saja, beliau mahu "nyawa" politiknya dipanjangkan. Hanya Tun M sahaja mampu memberi "oksigen" kepada beliau yang kini "semput dan nazak" dengan isu video Sandakan. Demi kepentingan diri, beliau sanggup menyokong Pas dan Umno sama seperti beliau pernah lakukan sewaktu beliau menjadi MB Selangor dahulu.

Cukup-cukuplah Azmin dengan sandiwara mu itu.

WFAUZDIN NS

Read More...

Saturday, 27 July 2019

BENARKAH AZMIN MENANG BESAR ? HILMAN TERKENA SINDROM UMNO ?




Rupanya bukan mudah mempertahankan kedudukan bosnya, Azmin Ali yang makin lama makin goyah kedudukannya baik dalam kerajaan mahupun parti.

Hingga terpaksa presiden Gerakan, Dominic Lau mengadakan sidang media di Sungai Petani, Kedah bagi menjelaskan khabar bahawa Azmin akan menyertai parti yang keluar dari BN itu.

Tambahan lagi apabila berpaut pada hujah yang amat rapuh hanya semata-mata mahu membuktikan Azmin masih mendapat ‘sokongan besar’ hingga sanggup menipu diri sendiri.

Semuanya gara-gara hujah dangkalnya yang mengatakan Azmin tidak akan keluar parti kerana ‘menang besar’ dalam pemilihan parti tahun lalu.

Benarkah begitu?

Itulah yang menjadi persoalan besar malah ramai pula yang menyindir Hilman seolah menegakkan benang basah apabila kedudukan Azmin dan Rafizi Ramli sebenarnya hanya dipisahkan dengan margin sebanyak 2.07 peratus sahaja.

Atau lebih tepat lagi, cuma perbezaan 2,905 undi sahaja yang membezakan antara kedua-dua mereka dalam perebutan sengit jawatan nombor dua dalam parti terbesar dalam Pakatan Harapan itu.

Itu pun ‘kemenangan’ Azmin banyak dibantu dengan keputusan berperingkat di Selangor hingga terpaksa diadakan sebanyak tiga kali atas alasan kononnya ramai ahli yang diyakini akan keluar mengundi.

Ditambah lagi dengan ‘hujah’ dangkal berat sebelah Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) kononnya akan berlaku kekecohan sekiranya pemilihan parti cuma diadakan pada satu hujung minggu sahaja.

Pelbagai tipu helah digunakan termasuk menampal kertas cai pihak Rafizi malah menyeludup kertas cai pihak Azmin ke dalam barung Rafizi bagi mengelirukan ahli semata-mata gerun dengan sokongan berterusan kepada Rafizi terutama selepas kem Azmin kalah teruk di Perak dengan majoriti besar diperolehi Rafizi dengan mendapat 2,300 undi.

Sekiranya Hilman merenung kepada keputusan pemilihan presiden Indonesia yang berakhir Mei lalu, mungkin dia merasa malu sendiri apabila melihatkan betapa besar majoriti yang diperoleh Joko Widodo ke atas Prabowo Subianto hingga mencetuskan keganasan di Jakarta selama dua minggu, berbanding dengan bosnya yang cuma menang tak lebih 3,000 undi!

Jika dibandingkan dengan kedudukan, Rafizi sekadar mengharapkan ahli parti yang masih memegang agenda reformasi tulen sahaja yang akan mengundi pasukannya, berbanding Azmin yang lengkap dengan jawatan kanan dalam kabinet dengan 37 agensi berada dalam ‘genggamanya’.

Orang kata, setakat menang tak sampai tiga ribu undi dengan segala macam perkakas diguna menentang Rafizi yang cuma ada semangat juang bersama reformasi 20 tahun, pastinya amat memeritkan lagi menyedihkan.

Kenang sajalah bagaimana ada yang mengoyak kertas cai bila kalah tipis dalam mesyuarat dan itulah seakan gambaran betapa koyaknya hati Hilman apabila terpaksa berperangai seperti Umno yang melihat RM12 juta lebih besar daripada RM64 juta (beza peruntukan kerajaan Pulau Pinang semasa Umno dan PR memerintah).

Belum lagi ditambah dengan kebebalannya menggunakan kepala surat kementerian hal ehwal ekonomi bagi ‘menjelaskan’ pertemuannya dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz yang berada dalam video yang dipercayai Azmin bersemburit dengannya di Sandakan, Sabah, juga pada Mei lalu.

Orang kata lebih baik diam daripada berbicara hal yang akan melondehkan kebebalan sendiri seperti mana yang dilakukan bosnya itu apabila enggan menyaman Haziq walaupun terang-terang bekas ketua AMK Santubong itu menyebut namanya berkali-kali.

Selagi Azmin tak buka mulut, selagi itulah dia akan merasa ‘selamat’ dan mungkin inilah pengajaran yang patut diikuti Hilman apabila cuma berpaut di dahan yang semakin lama semakin rapuh, serapuh cerita dari Ankara dan Istanbul yang baru diterima tadi.

Berapa lama harus menipu diri sendiri?

Read More...

Friday, 26 July 2019

TAZKIRAH UNTUK MOKHTAR ANAK SENIK




Baca laporan Malaysiakini tadi, Mokthar Senik tanya mana Suara Mujahid,Mana Ahmad Awang dan Ghani Shamsudin tentang Penghinaan kepada Nabi.. Seolah olah pemimpin PH tak hiraukan Nabi dihina..

Untuk Pengetahuan, Masa Quran dipijak pijak di Kelantan, Dipijak oleh anak Melayu bertudung di Kelantan, Reaksi pemimpin Amanah pun sama, Sedangkan ada bukti video jelas anak Kelantan pijak2 Quran....Kami serah kepada pihak berkuasa..

Masa Quran Di Pijak pijak di Kelantan, Pemimpin Amanah tak arahkan seluruh cawangan buat report Polis macam PAS, depa pun tak Melompat lompat marah, berdemo..PAS di Pulau Pinang saja pun dah buat 20 report Polis kes hina Nabi.. masa Quran dipijak di Kelantan, 1 report polis pun takda..

sedangkan ada bukti video terang2 pun kami tak report.. apa lagi yang kita tak tahu sapa yg empunya FB.. serah jer pada pihak berkuasa.. Yg sebelum ni hina Islam, Hina Nabi semua dah didakwa..ada yg dah dihukum..lagi cepat dari zaman BN..

Masa Quran dipijak pijak anak Kelantan, Kami pun tak tanya, Mana Ahmad yakob, mana Nik Amar, mana Mana Nik Abduh ? Pemimpin Amanah tak kata Islam dipijak pijak Di Kelantan dibawah PAS.. atau kata ia agenda musuh Islam..Sebab kami anggap mereka itu Jahil dalam Agama..

Rasanya Pemimpin Amanah lebih sayang Islam dari orang PAS.. Sebab kami tak jadikan isu Agama, Sentimen Kaum dan Agama untuk meraihkan keuntungan Politik..

Sejak zaman UMNO pun tak henti henti Islam dihina..Kita masih ingat watak Alvin Tan dan kekasih dia.. Cerita gambar Karikatur Ka'bah dihina, Nabi Dihina.. Masa tu PAS tak pandai lagi main politik, turunkan arahan report Polis..turunkan arahan Berdemo...Sebab yg memerintah masa tu UMNO..rakan taawwun PAS.. Tapi hari ini sebab saja nak main Politik, nak nampakkan Kerajaan PH anti Islam.. Itu jer.. Betulkan Niat tu dulu..

Sudah sudah lah main politik, Sentimen kaum dan Agama, Sama lah mcm isu Oktoberfest, Konsert Artist, LGBT, Sajat, Siti Kasim..Sejak dulu depa tu dah ada..Bukan sejak PH memerintah baru depa ni jadi pondan atau jadi Liberal.. sejak kebelakangan ni jer PAS Rajin buat report Polis.. Buat Demo..dulu tak pedulipun..

Ni pun dah masuk bulan Julai, Lagi 3 Bulan Bulan Oktober.. Cuma aku nak bagi tahu awal awal lah kat rakyat Malaysia... 3 Bulan lagi PAS akan main balik isu Oktoberfest.. depa akan demo ramai ramai, Kalau boleh turunkan surat arahan siap siap kepada Cawangan untuk bantah Oktoberfest..

Saja lah nak pesan, Jangan lupa, Bantah Oktoberfest bulan Oktober ni..Kalau tak bantah Oktoberfest.., tak nampak lah PAS ni parti Islam,Pejuang Islam.. :)

C@P

Read More...

Thursday, 25 July 2019

KENAPA ANWAR SELALU DIKHIANATI?





Ketika Mahathir Mohamad mengunjungi Anwar Ibrahim di mahkamah pada 2016 yang menandakan berdamainya kedua-dua pemimpin itu sejak bermusuhan pada 1998, tidak ada yang meragui atau mempertikaikan keperluan beliau dikunjungi.

Ketika hubungan Mahathir bertambah mesra dengan keluarga Anwar, khususnya dengan Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah, sementara Anwar sunyi sendiri di penjara, rata-rata yang gembira dan mengucap syukur bukan kepalang jumlahnya.

Ketika nama Anwar dinamakan secara konsensus oleh PH sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 selepas Mahathir yang kemudian secara terbuka menyebut beliau hanya perlu dua tahun memegang jawatan itu, tidak kedengaran sesiapa bersuara membantahnya.

Ketika Anwar dibebaskan dan keampunan penuh daripada Yang Dipertuan Agong dipohon buatnya, juga tidak ada yang melihatnya sebagai tidak wajar atau tindakan tergesa-gesa oleh sebuah kerajaan yang baru berkuasa.

Tetapi, sebaik saja beliau memutuskan bertanding di Port Dickson untuk kembali menjadi Ahli Parlimen dan menjelang setahun Mahathir memegang kuasa sebagai Perdana Menteri sebelum sepatutnya melakukan peralihan kuasa pada Mei 2020, entah kenapa, tiba-tiba saja macam-macam suara kedengaran tanpa disangka.

Anwar bukan saja dipertikaikan kerana dilihat gopoh mahu mengambil alih jawatan Perdana Menteri, malah kedengaran pula suara yang mahu Mahathir berkhidmat sampai tamat penggal PRU14 iaitu sehingga tahun 2023.

Kemudian, suara yang bercampur-campur itu berkembang lagi dengan dakwaan menuduhnya tidak layak menjadi Perdana Menteri atas pelbagai cerita yang direka-reka serta kononnya gagal mendamaikan parti sendiri.

Semakin dekat detik Anwar mahu diberikan janji mengambil alih jawatan Perdana Menteri sebagaimana yang sudah dimetrai, terlihat semakin ramai juga yang mahu menolak dan mengasaknya ke tepi.

Pendek kata, selain musuh yang nyata yang ingin menolaknya, satu demi satu rakan dan mereka yang pernah bekerja dengannya turut sama mahu mengkhianatinya.

Kenapa semua ini berlaku?

Apa yang mereka tidak suka bila Anwar jadi Perdana Menteri?

Dan apa yang mereka tiba-tiba jadi suka kepada Perdana Menteri sedia ada?

Seiiring dengan itu, mengimbas detik-detik lalu, ini bukanlah kali pertama sebenarnya Anwar dikhianati sebaik makin dekat kakinya menggapai kerusi Perdana Menteri.

Ketika dalam Umno, walaupun sudah berjawatan Timbalan Presiden parti dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu serta hanya selangkah lagi untuk menjadi pengganti, beliau tiba-tiba dikhianati oleh mereka yang sebahagiannya adalah rakan-rakannya sendiri dengan pelbagai fitnah yang mengaibkan sehingga dipecat, dipukul setengah mati dan akhirnya dipenjara.

Dalam era reformasi kemudiannya di mana ramai yang berjanji, tidak kurang sebahagian besarnya telah mungkir janji dan lari meninggalkannya seorang diri.

Yang lari dan mungkir janji itu rata-ratanya adalah mereka yang pernah ditolong dan dijadikannya kaya raya, bukan yang miskin atau daripada kalangan kais pagi makan pagi.

Namun, dengan sokongan mereka yang setia dan percaya kepada perjuangan reformasi, walaupun pada suatu ketika KEADILAN hanya tinggal satu kerusi iaitu Permatang Pauh yang dimenangi oleh isterinya, Anwar tidak pernah patah hati dengan semua yang menimpanya.

Sehinggalah beliau kemudian dibebaskan pada 2004 oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan liwat pertama, bersama kelemahan pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, gerakan kempennya pada PRU 2008 nyata membuahkan hasil apabila BN hilang majoriti dua pertiga serta lima negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat atau ringkasnya PR.

Berbekalkan arus perubahan itu, PRU 2013 adalah medan yang sangat terbuka untuk Anwar memimpin PR menumbangkan BN dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Malangnya, menjelang hari-hari terakhir sebelum hari mengundi, beliau tiba-tiba dikhianati oleh Pas yang menolaknya sebagai calon Perdana Menteri.

Pas sebaliknya mahu mengangkat Tengku Razaleigh Hamzah, pemimpin Umno yang bertanding atas tiket BN sebagai calon Perdana Menteri pilihan mereka.

Anwar tidak pernah patah semangat dengan pengkhianatan itu dan meneruskan perjuangan menghadapi PRU 2013 sehingga akhirnya, walaupun BN gagal ditumbangkan, jumlah kerusi PR bertambah tujuh kerusi berbanding PRU 2008 serta menang dari segi undi popular.

Hanya ketika di dalam penjara barangkali beliau agak kurang dikhianati, meskipun di waktu itu ramai juga yang keluar meninggalkan KEADILAN kerana banyak ditawarkan sesuatu yang menarik hati.

Kini, setelah setahun PH berkuasa dan sepatutnya laluan beliau menjadi pengganti Mahathir semakin mudah serta tiada masalah kerana asas pemilihannya sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 adalah konsensus PH, sekali lagi bertimpa-timpa muncul mereka yang cuba mengkhianatinya.

Daripada rakan parti, kawan dalam gabungan, mereka yang pernah bekerja serta makan semeja dengannya dan pelbagai kelompok lainnya, tak termasuk musuh lamanya, ternampak tidak henti-henti percubaan mahu menyekat daripada menjadi Perdana Menteri.

Apa lagi mereka ini mahu agaknya?

Tidak bolehkah semua orang menerima Anwar seadanya, bukan saja kerana sudah ada konsensus memilihnya yang telah dipersetujui sebelum PRU14 lagi, tetapi juga mengambil kira pengorbanan, derita dan jasanya mewujudkan gabungan parti-parti untuk melawan BN sejak 20 tahun lalu?

Lagi pun, selain Anwar, siapakah lagi yang lebih layak dan diterima oleh semua parti dalam PH sebagal bakal Perdana Menteri ke-8?

Dan kalau bukan Anwar, mereka mahu siapa sebenarnya untuk jadi pengganti Mahathir?

Read More...

Wednesday, 24 July 2019

KISAH PENCERAIAN SULTAN KELANTAN - NIAT SEBENAR RATU RUSIA




Sekilas ikan di air sudah boleh diketahui niat sebenar Ratu Moscow itu. Dia bukannya kisah diceraikan, dia sebenarnya mahukan pampasan.

Tindakannya memuat naik post di instagram adalah serampang tiga mata iaitu (a) memancing simpati (b) memberitahu dunia kewartawanan supaya bersiap sedia dengan kisah panas yang bakal dimuat di akaun instagramnya dan (c) memberitahu keluarga diraja Kelantan bahawa dia bukan jenis yang akan berdiam diri jika tuntutannya tidak dipenuhi.

Tidak dapat diramal apakah rahsia sensasi yang bakal meletup jika kehendaknya tidak diturut tetapi tuntutan pampasan itu sendiri akan menjadi episod mimpi ngeri bukan saja kepada Raja Kelantan tetapi kesemua institusi Beraja Melayu.

Ini kerana tuntutan alimoni nya pasti bukan seribu dua sebulan tetapi suatu jumlah yang mustahil diredhakan oleh rakyat Malaysia jika jumlah itu bocor ke media. Jika dibayar maka rakyat jelata akan mempersoalkan dimana datangnya duit itu. Jika tidak dibayar pula maka akaun instagram Ratu Moscow akan mula melondehkan benda yang akhirnya menyebabkan rakyat tetap mempersoalkan juga relevannya institusi Beraja.

Dan dalam hal ini Kerajaan Pusat tidak dapat membantu sebab kewangan dan imej kerajaan pun tengah dilanda arus sekarang. Bak kata Tun dia ada hal lain yang lebih penting untuk difikir daripada memikirkan hal bilik tidur orang.

Setakat ini yang pasti ialah Pernikahan bukan dilakukan di Malaysia sebab kalau dilakukan di Malaysia maka hanya Mahkamah Syariah Malaysia yang mendengar kes cerai itu. Tapi sijil cerai dikeluarkan di Singapura dan ini tidak pula semestinya bermaksud pernikahan dibuat di Singapura. Law di Singapork tidak sama dengan Enakmen Undang Undang Syariah Malaysia.

Tidak kira di Singapura atau di Eropah maka hampir pasti tuntutan alimoni akan dibuat mengikut undang undang Sivil di negara luar. Tuntutan nafkah dan harta selepas perceraian di sisi undang undang sivil melibatkan jumlah yang besar.

Satu satunya cara mengelak membayar alimoni atau membayar pampasan adalah dengan si suami membuktikan bahawa perceraian adalah kerana bekas isteri itu bersekedudukan dengan lelaki lain semasa perkahwinan. Kenyataan terkini dari peguam Sultan Kelantan di Singapura sudah menjurus kepada itu. Jika laporan DNA bayi mengesahkan dna bukan dari Sultan maka selamatlah duit. Tapi maruah tercalar juga sebab Sultan terkahwin dengan wanita tak elok rupanya.

Semoga pop corn dan bawang yang membadai ini akan diselesaikan dengan menandatangani perjanjian kerahsiaan antata dua pihak.

Ditulis oleh :
Abdul Rahman Zainudin

Cerita ni tak beri apa apa untung pada rakyat. Itu benar. Tapi ia bakal menggugat sistem keselamatan dan sistem pentakbiran Malaysia kerana yang terlibat dalam hal ini adalah KEPALA PEMERINTAH NEGERI YANG JUGA MERUPAKAN AGONG PADA WAKTU IANYA BERLAKU. Secara tak langsung rakyat dan negara terlibat.

TAK MUSTAHIL TEKANAN ANTARABANGSA BAKAL DI GUNA ATAS NAMA KEADILAN PADA MANGSA AKIBAT SISTEM KEBAL DARI UNDANG2 RAJA DI MALAYSIA JIKA RAJA BUAT SALAH SEKALIGUS BOLEH MENAMATKAN SISTEM RAJA BERPELEMBAGAAN DI MALAYSIA.

Merbahaya.

Angkara siapa?

Tak perlu jawab.
SEMUA SALAH DAP.

Sumber Sini

Read More...

Tuesday, 23 July 2019

UNTUK APA PAS KENA BERKAWAN DENGAN UMNO?




Jwpnnya mudah... Untuk menang pilihanraya. Utk dapat kuasa. Utk bagi lebai jadi menteri... utk bagi AMANAH sakit hati...itu shj.

PRU 15 nanti, kalau pun PAS boleh menang dua tiga puluh kerusi... Itu sewajibnya dgn bantuan UMNO. Bermakna, yg dominannya masih UMNO. PAS sekadar mencukupkan korum, menempek di mana ada peluang...tp yg untungnya sudah tentu UMNO.

Dgn UMNO membentuk kerajaan, apakah yg PAS harapkan?... PAS nak bawa ISLAM?... PAS nak ajak UMNO laksanakan Hudud?... Nak bela Melayu?...

Piiiiiiirah.... Dah 60 thn lebih UMNO berkuasa....Islam nya mana? Hududnya mana?.. Melayu nya mana?..

Habis...apa sebenarnya yg jadi dgn PAS ni... buta ker pekak?... Bertahun2 berjuang, masih tak kenal mana satu kawan, mana satu lawan...

Tak....PAS tak pekak dan PAS tak buta.... Tapi PAS sakit hati kat AMANAH...pasai ramai bekas org kuat PAS yg ditendang, tubuhkan AMANAH dan kini jadi menteri.. PAS sakit hati kat Mat Sabu....sakit hati kat Din Ayub....kat Mujahid, kat Mahfuz, kat Khalid....kat hanipa dan Dr Hatta.....

Kerana sakit hati dan dendam kesumat pada AMANAH, PAS tak peduli...UMNO pun UMNO lah... Yg penting lps PRU 15, ada lebai yg akan jadi menteri....

Padan muka AMANAH.!

🤔🤔🤔🤔🤔🤔🤔

-muhammad yahaya

Read More...

Monday, 22 July 2019

MUSTAHIL ANWAR IBRAHIM YG HASILKAN VIDEO SEKS LUAR TABIIE




Penyokong2 Azmin Ali di alam maya hampir semuanya menunding jari kepada Anwar Ibrahim dgn menuduh bahawa Anwar Ibrahim adalah di belakang penghasilan video seks luar tabiie itu.

Sebagai contohnya akan Twitter @pecatfaekah yg sejak tahun 2010 lagi sudah menjadi suara tidak rasmi Azmin Ali membuat posting seperti di bawah:

Namun, sejak hari pertama video tersebut keluar, Tulang Besi telah tahu bahawa ianya bukan hasil kerja mana2 orang dalam PKR mahupun partai2 lain.

Mengapa?

Ini adalah kerana video tersebut dirakam dari dalam peti televisyen yg ada bilik hotel dimana kejadian berlaku. Peti2 television dlm Hotel di Sandakan tersebut adalah jenis LED. Ertinya ia nipis dan tidak mudah utk meletak kamera digital di dalamnya. Pendek kata, perlu ada orang yg berkepakaran tinggi serta terlatih utk melakukan rakaman tersebut.

Itu belum lagi dgn faktor perlunya kerjasama utk memastikan org yg dirakam itu masuk ke bilik yg dipasang kamera krn memandangkan kos utk kamera itu sahaja memakan ribuan ringgit maka ianya tidak boleh dipasang di semua bilik.

Juga, perlu kerjasama pihak hotel utk membenarkan pengintip masuk ke bilik2 utk dipasang dan diuji kamera2 tersebut.

Juga, perlu badan yg berkuasa utk mendapatkan rakaman CCTV dari pihak hotel yg bertaraf international dan 5 bintang itu. Bukan sebarangan orang boleh mendapat rakaman CCTV tersebut dan mesti ia seorang yg berkuasa.

Ini kerana setiap hotel terutama yg bertaraf antarabangsa wajib memastikan privasi pelanggan mreka. Hotel mereka boleh bangkrap kalau didapati mrk menjual atau mendedahkan maklumat pribadi pelanggan mereka. Maka, dalam kes ini hampir pasti yg merakam ini adalah dari pihak yg mempunyai kuasa.

Juga, siasatan yg berjalan sekarang ini adalah atas tuduhan menyebar video dan bukannya menghasilkan video. Itu juga satu kepelikan memandangkan tiada siapa yg kesah bagaimana video tersebut disebarkan. Rakyat mahu tahu adakah video tersebut tulin dan kalau tulin adakah Menteri yg dituduh itu terlibat.

Kesimpulannya, mustahil video ini hasil kerja tangan Anwar Ibrahim atau pengikut2nya. Video ini terlalu sofistikated utk dihasilkan dan proses utk merakam juga amat komplek.

ADAKAH VIDEO INI DIPALSUKAN

Merujuk kpd Paul Walker yg mati mengejut sebelum tamat pengambaran F&F7. Pihak Columbia Pictures terpaksa berbelanja lebih USD 100juta semata2 utk menghasilkan rakaman palsu menggunakan teknologi CGI. Itupun, mereka telah menggunakan dua adik lelaki beliau sebagai "dummy" krn bentuk badan serta muka mrk menghampiri Paul Walker.

Tiada teknologi yg wujud zaman ini yg boleh menghasilkan video yg boleh menyerupai seseorang terutamanya video yg banyak bergerak dan beraksi.

TULANG BESI



Read More...

ANWAR SEMAKIN KUKUH, TUN M MAKIN TIADA RUANG LINDUNGI AZMIN





Azmin pada majlis doa mlm tadi di kediaman MB Selangor...


Ketika mula-mula timbul isu video seks sejenis yang didakwa melibatkan Azmin Ali, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad secara terbuka mempertahankan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dengan mengatakan video tersebut adalah palsu.

Kata Tun Mahathir, ramai orang yang ada kepandaian sekarang ini boleh melakukan perkara-perkara palsu seperti itu.

Beberapa ketika kemudian dan video yang lebih terang tersebar, Tun Mahathir terus mempertahankan Azmin dengan mendakwa, ia betul-betul dirancang untuk menjatuhkan seseorang.

Bagaimanapun, sejak polis mengesahkan video tersebut tulen, meskipun tidak dapat dikenalpasti siapa pelakunya, Tun Mahathir belum kedengaran lagi memberi reaksi mempertahankan Azmin.

Cuma, masyarakat umum menilai apa yang dinyatakan oleh polis itu seolah-olah mahu mengikut rentak yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir dalam melindungi Azmin.

Kata mereka, kenyataan polis itu terlihat janggal, sedangkan semua orang, meskipun dengan mata biasa dan tanpa apa-apa peralatan canggih, mudah saja mengenal pelaku dalam video tersebut.

Di waktu yang sama Azmin terus menunjukkan perbalahan terbuka dengan Anwar Ibrahim berhubung isu video tersebut, terutama apabila Presiden PKR iru menyebut Azmin hendaklah meletakkan jawatan jika terbukti dirinya adalah pelaku dalam video itu.

Dalam majlis retreat (pemukiman) yang melibatkan 140 para pemimpin PKR yang berakhir petang tadi, Azmin dan penyokongnya telah memulaukan program selama tiga hari itu.

Malah ketika Tun Mahathir hadir memberi ucapan pembukaan pun, Azmin tidak menampakkan wajahnya.

Di hari kedua di mana beliau sepatutnya memberikan ucapan selaku Timbalan Presiden PKR, Azmin sekali lagi tidak memunculkan dirinya.

Pendek kata, Azmin memang dengan sengaja memulaukan program itu, walaupun PKR sebenarnya merancang program pemukiman di Port Dickson ini sejak tiga bulan yang lalu.

Meskipun demikian, di sebalik tanpa kehadiran Azmin dan kumpulannya, pemukiman kali ini jelas menyaksikan kedudukan Anwar semakin kukuh sebagai Presiden PKR.

Dalam resolusi yang ditandatangani oleh 120 daripada 140 pemimpinnya (20 lagi tidak hadir), mereka memberikan sokongan penuh kepada Anwar dan melahirkan keyakinan kepada beliau untuk memacu dan memimpin PKR supaya terus menjadi tonggak kepada PH.

Dengan resolusi yang ditandatangani oleh 120 pemimpin PKR menyokong kepimpinan Anwar, tidak syak lagi beliau sama sekali tidak tergugat dalam perbalahan yang berlaku antaranya dengan Azmin.

Pimpinan PKR jelas masih menaruh kepercayaan kepada kepimpinan beliau, bukan saja untuk menerajui parti, bahkan juga untuk menjadi Perdana Menteri yang seterusnya.

Sebaliknya, Azmin menjadi semakin lemah dan tersudut dalam PKR sekarang ini.

Dengan kedudukan ini, Tun Mahathir juga semakin tiada ruang lagi untuk terus membela, melindungi dan mempertahankan Timbalan Presiden PKR itu.

Bahkan, jika polis selepas ini sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang ditafsirkan ramai seolah-olah cuba melindungi Azmin, polis sendiri akan turut menerima kecaman ramai.

Jika Tun Mahathir mahu melihat PH kukuh dan tidak bermasalah, beliau tidak harus terus membuang masa melayan karenah kebudak-budakan yang ditunjukkan Azmin.

Tindakannya memulaukan pemukiman PKR dan tidak hadir ketika Tun Mahathir sendiri sanggup datang untuk menyampaikan ucapan, ia adalah ukuran yang seharusnya boleh dinilai sendiri oleh Perdana Menteri tentang siapa Azmin sebenarnya. - (Shahbudindotcom 21/07/2019)

Read More...

Sunday, 21 July 2019

120 Pemimpin PKR Teguh Di Belakang Anwar




Selepas berkumpul dan bermukim di kawasan peranginan Port Dickson selama tiga hari sejak Jumaat lalu, kepemimpinan PKR menyatakan sokongan penuh mereka kepada Anwar Ibrahim sebagai presiden parti.

Dalam resolusi yang dikeluarkan hari ini, mereka memberikan keyakinan kepada Anwar untuk memacu dan memimpin PKR supaya menjadi tunggak kepada PH.

Kata resolusi itu, langkah tersebut selaras dengan semua peruntukan yang terkandung dalam perlembagaan parti berkenaan.

"Kami dengan ini memberikan sokongan sepenuhnya kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim, untuk memacu dan memimpin PKR menjadi tunggak PH, selaras dengan semua peruntukan sebagaimana terkandung di dalam perlembagaan parti," kata resolusi berkenaan.

Ia ditandatangani semua 120 pemimpin parti yang menghadiri pemukiman tersebut.

Difahamkan, jumlah sebenar yang sepatutnya hadir ialah seramai 140 orang.

Resolusi tersebut dikeluarkan pada hari terakhir pemukiman berkenaan dan diadakan ketika pertembungan di antara dua kumpulan berbeza memuncak - sebelum kemudian dikendurkan Anwar semalam.

Antara pemimpin kanan yang tidak hadir ialah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang dikaitkan dengan isu video hubungan asmara sejenis didakwa membabitkan bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Baca Menteri enggan tandatangan kenyataan dukung Anwar

Menurut resolusi berkenaan pemukiman tersebut dihadiri semua pimpinan PKR dari seluruh negara, termasuk anggota anggota Majlis Pimpinan Pusat, ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara, serta anggota dewan undangan negeri.

Kata kenyataan berkenaan, perbincangan dijalankan secara jujur dan terbuka sebelum resolusi bersama dicapai.

"Program ini menjadi platform pimpinan bermuhasabah, menggilap kembali idealisme perjuangan, mengukuhkan disiplin dan perpaduan parti, menilai kembali rekod perkhidmatan selama setahun sebagai kerajaan persekutuan dan bagaimana PH mampu bergerak ke depan.

"Kami bertekad memperkukuhkan PKR sebagai parti tunggak nasional pelbagai kaum berdasarkan prinsip perlembagaan dan memastikan manifesto PH terlaksana," kata resolusi itu.

Read More...

Saturday, 20 July 2019

PKR Johor Sokong Anwar




JOHOR BAHRU 20 Julai - Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor menyatakan ikrar taat setia dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ikrar tersebut dinyatakan dalam kenyataan media oleh PKR Johor di sini hari ini yang turut menytakan mahu Anwar terus menjadi nakhoda menerajui barisan pimpinan negeri sedia ada dan parti keseluruhannya.

Pada masa sama, mereka turut menyatakan komitmen menyokong Ahli Parlimen Port Dickson itu menjadi Perdana Menteri Malaysia Kelapan.

“Bahawa kami menyatakan ikrar taat setia dan menyokong penuh tanpa belah bahagi kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus menjadi nakhoda menerajui parti tercinta ini dan juga barisan pimpinan negeri sedia ada.

“Bahawa kami menyatakan komitmen dengan apa jua kudrat dan sedaya upaya kami untuk menyokong dan membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyenaraikan nama-nama Ahli MPN Johor yang menyokong ikrar tersebut.

Mereka terdiri daripada Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, Ketua Cabang Pulai yang juga ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir.

Selain mereka, yang turut menyokong ikrar itu adalah Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, ADUN Bukit Naning, Ysahruddin Kusni, ADUN Semerah, Mohd. Khuzzan Abu Bakar dan ADUN Tiram, S. Gopalakrishnan.

Ketua Cabang Muar, Naim Jusri, Ketua AMK Johor, R. Yuneswaran, Ketua Cabang Kulai, Hasnizam Hussain, Ketua Cabang Sekijang, Yoong Thau, Ketua Cabang Bakri, Sanihan Mislan, Ketua Cabang Ayer Hitam, Jacqualine Neo Poi Hoo dan Ketua Cabang Parit Sulong Kusni Simoh turut menyatakan sokongan.

Selain itu, mereka yang turut berikrar adalah Ketua Cabang Simpang Renggam, Wong Yun Chin, Ketua Cabang Sembrong, Mohd. Shahrun Radzi, Ketua Cabang Kota Tinggi, Chin Lian Chun, Ketua Cabang Pengerang, Syed Abdullah Syed Abdul Mutalib, Ketua Cabang Pasir Gudang, Abdul Halim Dawan, Ketua Cabang Bandar Tenggara, Shamsuri Shahdan, Ketua Cabang Tanjung Piai, Rosman Tahir dan Penaja Cabang Mersing, Khairil Adnan.

Empat Ahli MPN negeri yang dilantik iaitu Malikfaishal Ahmad, Zabidie Abas, Haniff Osman dan Syed Hamid Ali juga menyatakan sokongan kepada Anwar.

Read More...

3 Pemimpin PKR negeri belum tanda tangan dokumen sokong Anwar





PORT DICKSON: Tiga orang pemimpin negeri belum menandatangani dokumen yang mengistiharkan sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Mereka merupakan pengerusi PKR Johor, Selangor dan Sarawak.

Pengerusi PKR Kedah Johari Abdul berkata, mereka telah menghubungi Amirudin Shaari dari Selangor, tetapi gagal mendapatkan beliau.

“Kami telah menghubungi semua mereka. Saya juga menghantar teks pesanan kepada Amirudin, tetapi beliau belum membacanya. Mungkin beliau sibuk dengan isu gangguan bekalan air di Selangor,” katanya.

Beliau berkata, Menteri Kerja Raya Baru Bian mungkin juga sibuk, sementara Pengerusi PKR Johor Hassan Karim pula telah menyerahkan surat peletakan jawatannya.

Berhubung pengerusi PKR Perak, Johari berkata, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, yang kini ditahan berikutan siasatan polis mengenai isu klip video seks sejenis, telah memberikan persetujuannya sebelum itu.

Setakat ini, 10 pengerusi PKR negeri telah menandatangani dokumen sokongan kepada Anwar.

Pemimpin PKR kini menghadiri satu pertemuan di sebuah hotel di sini. Terdahulu, satu pertemuan tertutup selama 3 jam diadakan antara pemimpin parti yang menyokong Anwar dengan timbalannya Mohamed Azmin Ali.

Perselisihan dalam PKR dikatakan melebar selepas Anwar memberitahu Azmin supaya meletakkan jawatan sekiranya beliau merupakan lelaki dalam klip video seks yang dikatakan dirakam di sebuah hotel di Sandakan Mei lepas.

Bekas ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Aziz mengaku beliau merupakan salah seorang daripada 2 lelaki dalam video terbabit.

Azmin menafikan beliau adalah lelaki seorang lagi, selain mendakwa ia merupakan percubaan untuk membunuh kerjaya politiknya.


Read More...

LAPAN PERKARA MUDAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PIHAK POLIS UNTUK MENGESAHKAN IDENTITI PELAKU VIDEO BERKAITAN AZMIN




Oleh: ISHAM JALIL

Semalam Ketua Polis Negara mengatakan bahawa video seks luar tabii mengaitkan Azmin itu adalah tulen berdasarkan kepada laporan perunding kerajaan iaitu Cybersecurity Malaysia.

Namun Ketua Polis Negara juga berkata mereka tidak dapat pastikan 100% bahawa pelaku dalam video tersebut adalah Azmin oleh itu identiti pelaku tidak dapat disahkan.

Sebenarnya, dalam mana-mana teknologi identiti digital menggunakan muka, memang ianya tidak digunakan untuk mengesahkan identiti namun hanya untuk mengecam identiti untuk siasatan lanjut.

Teknologi pengecaman muka ini sudah ada sejak tahun 1964 dan digunakan oleh kerajaan seluruh dunia untuk mengecam penjenayah dan pengganas dan kini oleh sektor komersial.

Dan mana-mana perisian mengecam muka yang digunakan jarang sekali atau hampir mustahil memberikan 100% ketepatan, sebab terdapat beribu titik perbandingan digunakan yang mana muka orang yang sama tidak 100% sama setiap hari.

Contohnya ada orang semalam muka bersih, hari ini ada jerawat; semalam ada jambang, hari ini cukur bersih; semalam rambut panjang, hari ini potong pendek dan sebagainya.

Tetapi ia tidak bermakna orang itu adalah bukan orang yang sama.

Sebab itu teknik pengecaman digital muka tidak memerlukan 100% ketepatan, hanya ketepatan yang tinggi untuk pengecaman yang munasabah dengan keberangkalian yang tinggi bahawa orang yang dicam adalah orang yang sama.

Perisian mengecam muka iPhone Face ID yang tidak secanggih perisian Cybersecurity pun mempunyai 30,000 titik perbandingan muka dan tidak memerlukan kesemuanya 100% sama untuk mengesahkan identiti pengguna dengan standard yang tinggi untuk mengakses telefon, akaun bank dan sebagainya.

Oleh itu saya ingin bertanya kepada Ketua Polis Negara, sekiranya ketepatan identiti pelaku dalam video itu didapati bukan 100%, berapa peratuskah yang perisian Cybersecurity itu kata yang pelaku itu adalah Azmin?

60%? 70%? 80%? 99.9%?

Cybersecurity bukan satu-satunya agensi yang mempunyai teknologi pengecaman muka digital.

Pihak polis boleh periksa dengan agensi-agensi lain dalam kerajaan yang mempunyai teknologi tersebut dan membuat perbandingan dan pengecaman munasabah.

Jika ketepatan pengecaman adalah tinggi e.g. melebihi 70%, ia boleh digunakan untuk langkah seterusnya iaitu pengesahan identiti dengan mencari bukti fizikal dan saksi-saksi bahawa pelaku atau suspek memang ada di tempat kejadian untuk proses tangkapan dan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:

1. Adakah Azmin berada di Sandakan pada malam kejadian? YA

2. Adakah Azmin berada di Hotel Sheraton Fourpoint pada malam kejadian? YA

3. Adakah ada saksi-saksi yang nampak Azmin di Sandakan dan di Hotel Sheraton pada malam kejadian? YA

4. Adakah Azmin 'checked in' dan menginap di bilik kejadian pada malam kejadian? YA/TIDAK?

5. Adakah ada saksi-saksi termasuk pekerja-pekerja hotel yang lihat Azmin checked in dan menginap di hotel dan bilik kejadian? YA/TIDAK?

6. Adakah ada rakaman CCTV yang menunjukkan Azmin checked in dan menginap di hotel dan keluar masuk bilik kejadian? YA/TIDAK?

7. Adakah rakaman CCTV dan saksi ada nampak pelanduk dua serupa yang mungkin menyamar sebagai Azmin di hotel berkenaan? YA/TIDAK?

8. Adakah saksi yang mengatakan pelaku itu Azmin? YA

Saya pasti pihak polis sudah tahu semua jawapan dan hasil kepada siasatan-siasatan seperti di atas. Polis Malaysia memang cekap dan bukan bodoh. Kita tidak perlu ajar pihak polis bagaimana untuk buat kerja mereka.

Namun saya harap tidak ada pihak yang cuba menyembunyikan kebenaran atau bersubahat menidakkan kemungkaran atas apa-apa kepentingan.

Sebab jika Allah SWT murka kerana umatnya bersubahat melakukan dan menggalakkan kemungkaran seperti yang berlaku semasa zaman nabi Lut dahulu, bala yang turun bukan hanya kena kepada orang yang melakukan dosa tersebut sahaja, malah orang yang bersubahat atau menutup sebelah mata dan rakyat yang tidak berdosa juga akan terkesan dengan bala itu juga.

Semoga Allah mengampunkan kita semua dan menjauhkan kita dari bala bencana.

ISHAM JALIL
19 Julai 2019


Read More...

Friday, 19 July 2019

Azmin Patut Lancar Perang Dengan Haziq, Bukan Dengan Anwar




Kes Azmin bukan konspirasi politik. kerana tidak ada fitnah, tidak ada penderaan oleh polis macam dialami Anwar, Dr Munawar dan Sukma.

Dalam kes Azmin, Haziq membuat pengakuan tanpa paksaan. Haziq juga cabar Azmin dakwanya jika video itu palsu. Tapi Azmin hingga hari ini tidak ambil tindakan undang undang. Azmin sepatutnya isytihar perang dengan Haziq. bukan nya Anwar.

Kes Anwar dulu memang betul konspirasi politik kerana plotnya dirancang berbulan lebih awal, ada surat layang dan buku 50 dalil diseludup dalam beg perwakilan umno.
Dalam kes Azmin tidak ada pun surat layang dan buku., tidak ada penderaan polis. tiba tiba keluar video dan pengakuan Haziq.

Sebenarnya Tun M pun silap bila menyamakan kes Azmin dengan kes fitnah atas Anwar hingga mata lebam.
Mungkin Tun sudah lupa Anwar di pecat daripada jawatan TPM dan umno sebelum pun dituduh di mahkamah.
Tak apa.. kita maafkan Tun kerana usia yang begitu lanjut. Tun mungkin banyak lupa daripada ingat.

Azmin belum pun dipecat. Sebagai Presiden PKR, Anwar berhak mengigatkan Azmin demi memelihara imej parti.
Presiden cuit sikit, Azmin sudah melatah. Pelik bila dia tidak pula melatah bila dicabar Haziq... "

*Renungkan lah..
Copypaste dari sahabat fb

Sumber disini

Read More...

Thursday, 18 July 2019

PUNDEK...




untuk menukaq gomen BN kepada gomen PH,kami kena beratoq panjang dari awai pagi hingga ke petang...

kami tak merungut apa² pun pada ketika itu..dengan karenah spr yg sgt mennjengkel kan...

kini bila dah jadi gomen...yang bersusa payah menang kan calon yg kini makan pun dalam pinggan emas,sikit pun tak boleh bagi sedikit kerja² yang depa mampu bagi pada penyokong,ahli dan aktivis party...

tetapi dengan alasan integriti...semua boleh kat hangpa dan kawan² baqhu hangpa hat sblm ini kuat sokong umno..

economy msh merangkak...menteri berkaitan hal ehwal economy pun terpalit skandal kongkek...jadi time bila nya dia nk naik kan economy...?

macam dikata dulu kala...integriti keutamaan kami...

pundek...

Alex

Read More...

Wednesday, 17 July 2019

Anwar: Azmin perlu letak jawatan jika video seks benar





Presiden PKR Anwar Ibrahim berpandangan timbalannya Mohamed Azmin Ali perlu meletakkan jawatan daripada Kabinet jika terbukti beliau terlibat dalam video seks yang kini dalam siasatan polis.

“Pandangan awal saya, dia tak perlu letak jawatan. Tapi (sekarang) bergantung kepada penyiasatan. Kalau video itu tak sahih saya tak fikir Azmin harus mengambil cuti. Ia bergantung kepada siasatan...

"Kalau konklusif, dalam erti kata (dia merupakan) pelaku dalam adegan itu, [...] sudah tentu dia kena letak jawatan.

"Tetapi jika kita belum memastikan kebenaran dan kesahihan orang dalam video itu, maka dia ada pilihan,” katanya ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini, sama ada Azmin perlu meletakkan jawatan.

Semalam, Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Md Akin menggesa pemimpin politik yang dikaitkan dengan salah laku agar bercuti sementara dan "tidak berselindung di sebalik jawatan tinggi...apatah lagi di belakang perdana menteri".

Meskipun tidak menyebut secara langsung, kenyataaan Shamsul itu dipercayai merujuk kepada Azmin yang dikaitkan dengan video seks sejenis bersama bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Hari ini Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan video itu hanyalah bertujuan untuk menyekat kejayaan politik, bukan untuk mendedahkan salah laku.

Dalam pada itu Anwar berkata beliau terkejut dengan penahanan seorang pemimpin kanan PKR negeri dan pembantunya - bersama dua individu lain - oleh polis semalam berkaitan video seks itu.

Malaysiakini tidak mendedahkan nama individu tersebut sementara menunggu pendakwaan, jika ada.

“Saya terkejut, sudah tentu. Saya tak tahu kenapa (dia ditahan). Polis mungkin ada alasan mereka tersendiri. Biarlah penyiasatan dilakukan mengikut proses yang sepatutya,” katanya.

Beliau berkata tidak dimaklumkan mengenai penahanan tersebut dan hanya mengetahuinya daripada media.

“Saya dah sebut, pendirian parti selama ini adalah untuk serahkan kepada pihak polis, dan mahu keadilan diberikan terhadap pelakunya dan juga perencananya,” katanya lagi.

Selain tiga individu itu, polis turut menahan Haziq dan lima individu lain yang kini dalam tahanan reman.

Anwar yang juga anggota parlimen Port Dickson berkata PKR tetap kukuh sebagai sebuah parti tetapi tetap menerima kesan ekoran isu itu.

“Dari segi parti, masih solid. [...] Tapi memang ada kesan kepada parti, sebab dia (Azmin) menteri hal ehwal ekonomi,” katanya lagi.

Anwar Ibrahim

Read More...

Tuesday, 16 July 2019

Mie Tomoi mengaku bakar kereta Mufti Perlis





Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohd pada sidang media berkaitan kes kianat membakar kereta Mufti Perlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis hari ini. - Foto BERNAMA

KANGAR - Polis mengesahkan lelaki yang membakar kereta rasmi Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mac lepas, adalah individu sama mencederakan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan pada September tahun lalu.


Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohamad berkata, susulan soal siasat minggu lepas, lelaki itu yang dikenali sebagai Mie Tomoi membuat pengakuan membakar kereta dan mengancam keselamatan Mufti Perlis itu, serta mencederakan Dr Hazman.

Dr. Hazman cedera parah di bahagian muka setelah ditetak dengan senjata tajam dipercayai pedang samurai oleh seorang penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Jalan Kampung Guru di sini pada 3 September 2018.

“Mie Tomoi juga mengaku diberi upah individu lain untuk melakukan kedua-dua jenayah itu,” kata Noor Mushar kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di sini, hari ini.

Mie Tomoi, 48, direman enam hari sehingga esok kerana membakar kereta rasmi Mufti Perlis, dan selepas itu dia akan direman bagi kes mencederakan pengarah JAIPs.

Mie Tomoi ditahan di Kuala Ketil, Kedah pada 6 Julai lepas, dan mempunyai 16 kes lampau berkaitan samun dan penyalahgunaan dadah serta pernah dihukum oleh mahkamah sebelum ini.

Seorang rakannya yang merupakan peniaga pasar malam, Azimar Abd Razak, 36, ditahan Mei lepas dan telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, namun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.




Read More...

Kharuddin Mahu Video Seks DSAI Disiasat Semula




SEMUA VIDEO-VIDEO LUCAH LAMA PERLU DISIASAT OLEH PDRM UNTUK MENENTUKAN KESAHIHANNYA!! KESELURUHAN RAKYAT MAHU TAHU STATUS SIASATAN VIDEO-VIDEO TERDAHULU JUGA!!

Saya memohon pihak pdrm untuk menyiasat semua video-video lucah yang memfitnahkan dato seri anwar ibrahim pada suatu masa dahulu disiasat secara komprehensif kerana keseluruhan rakyat malaysia juga ingin mengetahui samada video-video tersebut tulen ataupun palsu!!

Insya-Allah, saya akan kumpulkan semula video-video lucah tersebut yang pernah ditularkan melalui media sosial pada suatu masa dahulu dan akan buat laporan rasmi kepada pihak penguatkuasa undang-undang dalam masa terdekat!!

Kita mahu pihak penguatkuasa undang-undang mengesahkan ketulenan video-video tersebut dan sesiapa saja yang terlibat harus diambil tindakan undang-undang!!

Proses undang-undang mesti sama rata dan konsisten!! Sesiapa saja yang terlibat dengan pembikinan video-video lucah palsu harus dikenakan tindakan undang-undang secara tegas!!

Budaya untuk menjatuhkan kareer politik seseorang tokoh pemimpin melalui kaedah pembikinan video lucah dan sebagainya mesti dihentikan segera!!

Situasi ini amat tidak sihat!! Budaya negatif ini juga mesti diperangi secara proaktif!! Undang-undang juga harus menjadi asas untuk melawani amalan taktik kotor ini!!

Sesungguhnya, saya ingin buat laporan keatas video-video lucah lama yang pernah tersebar sebelum ini yang pernah mengaitkan dato seri anwar ibrahim dalam rakaman tersebut!!

Dalam masa yang sama saya amat berharap pihak pdrm akan menyiasatnya secara terperinci untuk menzahirkan status sebenar video-video lucah tersebut samada ianya tulen ataupun tidak!!

Keadaan ini juga akan mendatangkan kebaikan kepada mangsa yang difitnah kerana beliau juga harus membersihkan namanya sebelum mengambil-alih sebarang jawatan kerajaan yang tertinggi di negara kita!!

Ikhlas dari,
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Penyelaras Parlimen Jasin
16 Julai 2019

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kesahihan-video-intim-perlu-didedahkan-anwar-ibrahim-212788

Read More...

Monday, 15 July 2019

Had umur mengundi 18 thn, PH pasang perangkap sendiri..




PH memang saja cari penyakit. Tanpa kajian dan penelitian, PH tiba2 nk tunjuk baik. Konon atas alasan negara lain bnyk yg dah buat, kita pun kena ikut.

Tanpa melihat ke dalam diri kita, kerajaan baru setahun jagung, yg masih terumbang ambing, penuh dgn polemik dan propaganda negatif cetusan dari pihak pembangkang yg kecewa, PH memang sengaja memasang perangkap utk diri sendiri.

Tak ada angin, tak ada ribut....saja suka2 nk tunjuk PH kerajaan yg baik!

Bayangkan...dgn tohmahan dan tuduhan yg masih gagal utk ditangkis secara tuntas dari kerajaan PH, ... ditambah lagi dgn suasana yg belum kondusif seperti peluang pendidikan percuma, peluang kerjaya yg lebih terbuka, prasarana kehidupan yg lebih memihak kpd anak2 muda ,..... membenarkan anak2 muda yg buta politik utk turun mengundi ibarat membuka pintu reban ayam kepada sekawan musang.

Bayangkan, bagaimana anak2 muda yg hari ini berumur 15,16 dan 17 thn....pada ketika PRU 15 nanti, mereka berumur 18 thn dan layak mengundi... Dlm keadaan mereka yg tak faham apa itu menatang 1MDB, yg tak pernah ambil tahu apa kejadahnya cerita lembu NFC, yg tak pernah tersiksa digalaskan dgn GST...dan lebih malang lagi, anak2 muda yg hari ni berbangga mengenakan t shirt yg tertulis 'bossku'....mereka ini diberikan ruang seluas2nya utk memilih sebuah kerajaan!

Kot ya pun nak buat perubahan...biarlah perubahan itu menguntungkan. Kalau buat perubahan, tetapi perubahan itu memakan diri... Jadilah ibarat pondan Lrg Hj Taib yg cucuk hormon konon nak bagi nenen tegang, tp tak perasan, hormon yg dicucuk itu, rupanya ada risiko kanser!

Irulah yg pak aji kata...PH ni baik, tapi bodo.
🙄🙄🙄🙄🙄🙄

Muhammah Yahaya

Read More...

Sunday, 14 July 2019

SIAPA YANG PEGANG HP AZMIN, BOLEH DAPAT LOKMAN ADAM ?





Kita sekarang berbicara soal politik, bukan soal undang-undang.

Silap besar kalau orang politik berkata kepada dunia politik bahawa seseorang tertuduh tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah... Itu prinsip undang-undang, dalam dunia perundangan... Buah tu tak boleh pakai dalam dunia politik... Politik tentang persepsi je.

Kes video Azmin, tak perlu sembang dari sudut perundangan....

Menurut undang-undang, hanya ada dua saja, samada Azmin didapati tidak bersalah, atau bersalah dengan dihukum denda sekian-sekian... Selesai... Itu kecik punya hal saja.

Itu dunia undang-undang.

Kita sekarang bermain dalam dunia politik.... Dalam mahkamah hanya ada beberapa orang hakim, tetapi dalam politik jutaan rakyat menjadi hakim....

Mahkamah memerlukan bukti, hujah, fakta, saksi, dan data....

Politik hanya perlu mempengaruhi persepsi saja.... Dalam politik, video itu satu kesalahan paling besar...

Ini soal hukum agama, ini soal integriti, ini soal kehormatan diri, ini soal kelakuan yang paling tidak senonoh, perbuatan paling jijik, ini aib yang paling besar, tidak terfikir oleh akal manusia yang waras mentalnya... Ini politik.

Mari kita tengok balik kronologi cerita ini dari awal.

Pelakun pilem ni tak ramai... Dua orang je, Haziq dan Azmin je.... Cuba lihat balik ayat kedua dalam pengakuan Haziq, dia kata video itu dirakam dan disebarkan tanpa pengetahuan dia.... baik, situ duduk.

Saya tidak menulis apa-apa rahsia atau maklumat sulit dari mana-mana sumber bawah tanah, tetapi apa yang saya tuliskan ialah perkara yang berlaku yang telah diketahui umum yang boleh dibaca dalam media cetak dan media sosial.... Saya bukan membuat andaian atau ramalan.

Kalau kita imbas balik perjalanan cerita ini, kita akan menemui suatu kenyataan bahawa ayat kedua Haziq "video itu dirakam dan disebarkan tanpa pengetahuan saya"

Itulah yang jadi punca menyebabkan Haziq bertindak membuat pengakuan terbuka.... Marah dan dendam seorang lelaki dari golongan yang mencintai lelaki lain, memang sukar diramalkan, kerana golongan ini boleh berbuat sesuatu yang orang biasa tak pernah terfikir pun, atau dirasakan tidak logik... Sebab tu aku kata ini kes serupa hindustan punya wayang.

Kejadian itu berlaku di bilik hotel di Sandakan...

Orang yang tahu Azmin menginap di hotel itu cuma Haziq dan Azmin sendiri.... Sampai di peringkat ini saja pun kita dah boleh menolak sebarang teori yang mengaitkan orang-orang Anwar kononnya terlibat memerangkap Azmin.... Itu bilik menteri. Kawalan cukup... Saya tak fikir Anwar dan orang-orangnya tahu Azmin menetap di hotel itu, dan kalau tahu sekali pun bukan mudah nak perangkap Azmin.

Sampai di peringkat ini, kita nampak satu saja kemungkinan, iaitu video itu dirakam oleh Azmin sendiri.... Tak mungkin Haziq yang rakam, bahkan sebaliknya Haziq buat pengakuan terbuka itu pun sebab marah kerana video itu tersebar yang mengaibkan dirinya.

Tiba-tiba, tersebar pulak rakaman CCTV pihak hotel, ada gambar Haziq dan Hilman.... Jadi, pelakun filem ini sudah bertambah kepada 3 orang.

Hilman ialah orang PKR yang paling rapat dengan Azmin... Mentelah pulak dia Adun Gombak Setia, dalam parlimen Gombak yang MPnya ialah Azmin... Azmin dilantik jadi menteri hal-ehwal ekonomi, Hilman jadi setpolnya.... Ketika kerusi timbalan presiden PKR yang didudukinya cuba dicabar oleh Rafizi, Hilman menjadi ketua juru kempen Azmin dan menjadi orang kanannya yang paling kanan menjelajah ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bekempen untuk memenangkan Azmin...

Menurut Haziq, selepas video itu tersebar, Hilman menelefonnya ajak bertemu...

Dalam pertemuan di Hotel Marriot Putrajaya itu, Himan meminta Haziq membuat pengakuan terbuka bahawa lelaki dalam video itu bukan Azmin....

Itu yang menyebabkan Haziq makin marah... Video itu mengaibkan dirinya, dan bukan dia yang rakam pun.... Haziq percaya Azmin sendiri yang rakam aksi mereka...

Tiba-tiba setpol Azmin datang bagitahu suruh mengaku yang tu bukan Azmin...

Tu yang Haziq terus buat pengakuan dan sebut terus nama Azmin.

Siapa yang buat report polis bagi pihak Azmin....? Hilman.
Siapa yang pergi buat lapuran qazaf ke mahkamah syariah...? Hilman.

KIta undur sikit pada hari kejadian di hotel Sandakan... CCTV ada menunjukkan gambar Hilman juga check-in di hotel yang sama tetapi bilik lain... Hilman tahu Azmin di bilik mana dan dia dengan siapa dalam bilik.... Sebab dalam rakaman CCTV menunjukkan Hilman berjalan menuju ke biliknya, bila sampai setentang dengan bilik Azmin, dia memandang ke arah pintu bilik Azmin.

Kalaulah benar aksi itu dirakam oleh Azmin, timbul persoalan macam mana ia boleh bocor hingga sampai ke tangan Lokman Adam....?

Siapa yang paling rapat dengan Azmin dan selalu tolong pegang handphone Azmin....? Itu saja kemungkinan yang ada, yang menjadi punca video itu tersebar yang bakal memusnahkan karier politik Azmin.

Mudah je bacaan tok bomoh....

Oleh : Awang

Read More...

Kami bukan binatang jalang dari kumpulan terbuang




Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pandangan yang dilontarkannya berhubung keputusan kepimpinan Umno adalah demi kebaikan parti.

Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Rengas hari ini, Khairy berkata demikian sebagai merujuk pandangannya berhubung pelantikan Najib Razak sebagai pengerusi BN.

Memetik baris sajak penyair Indonesia, Khairy berkata: "Kepada pemimpin parti, janganlah anggap kita sebagai binatang jalang yang dibuang dari kumpulannya.

"Mungkin kami tiada jawatan. Tapi kami bukan pengkhianat yang akan tinggalkan parti yang dan menyeberang ke Pakatan Harapan.

"Yang kami cakap ini hanya untuk kebaikan parti. Kerana kita tidak mahu budaya lama berulang."

Turut berada di pentas, Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang juga merupakan bekas setiausaha agung BN.

Pada 10 Julai lalu, ketika diminta mengulas pelantikan Najib sebagai pengerusi penasihat BN, Khairy berkata dia tidak gembira dengan keputusan itu.

Sementara Nazri menyifatkan pelantikan Najib sebagai langkah ke belakang serta menyifatkan perkembangan tersebut tidak baik buat Umno.


Dalam ucapannya hari ini, Khairy turut berpesan kepada Presiden Umno Zahid Hamidi untuk tidak mengenepikan teguran dari ahli parti.

"Kita terima beliau (Zahid) kembali menjalankan tugas sebagai presiden. Tapi janganlah mengulangi kesilapan yang lepas.

"Apabila ada teguran, jangan diketepikan. Apabila ada ayat 'yes boss', itu saja menjadi halwa telinga. Kalau itu budaya dalam Umno, PRU15 tiada harapan buat kita.

"Saya dan Nazri, walaupun mulut kita kadang-kadang laser, toreh badan ini, dalamnya darah daging Umno," katanya.

Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP