Tuesday, 31 January 2017

SPRM Siasat Annuar Musa


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan satu kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa Tan Sri Annuar Musa yang digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini.

Dalam kenyataan medianya, SPRM berkata, agensi berkenaan akan bekerjasama dengan bahagian audit dalaman MARA bagi menjalankan siasatan melibatkan beberapa isu rasuah dan salah guna kuasa didakwa dikaitkan dengan ketua penerangan Umno itu.

"Ingin ditegaskan, siasatan SPRM hanya tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penglibatan dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan.

"Siasatan berhubung salah tadbir urus pula akan dijalankan oleh pasukan audit dalaman MARA," kata kenyataan tersebut.

Pagi tadi Ahli Majlis MARA mengadakan mesyuarat tergempar di ibu negara dan memutuskan untuk menggantung jawatan Annuar.

Pada 12 Januari lalu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat pendedahan berhubung penajaan Pelaburan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk menaja skuad bola sepak Kelantan.

Annuar pada awalnya menafikan pendedahan itu.

Menulis di Facebook, Ketua Penerangan Umno itu berkata "MARA tidak pernah menaja" walau satu sen pun untuk skuad The Red Warriors (TRW).

Penggunaan logo 50 Tahun MARA pada bahagian lengan jersi pasukan TRW itu pula, kata Annuar, dipamerkan secara percuma walaupun ia bernilai RM250,000.

Namun, keesokan harinya Annuar memberi kenyataan berbeza dan bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu berkata, beliau "difahamkan” terdapat surat menyurat, baucar dan dokumen lain antara The Red Warrior Sdn Bhd dan UniKL.

Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berpendapatan ketetapandibuat MARA itu hanya cadangan.

Katanya, kuasa melantik atau menggantung jawatan pengerusi MARA terletak pada bidang kuasa menteri selepas ia mendapat persetujuan perdana menteri.

Memberi respon kepada isu penggantungan beliau, Annuar berkata beliau tidak dimaklumkan pihak terbabit bermesyuarat hari ini walaupun ada mesyuarat dijadualkan berlangsung pada 14 Februari nanti.

Namun, Annuar yang kini anggota parlimen Ketereh berkata, beliau menerima keputusan berkenaan dengan berlapang dada dan bertanggungjawab.

SPRM menegaskan supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes tersebut dan memberi ruang bagi menjalankan siasatan. - mkini






Read More...

MARA Gantung Tugas Annuar Musa


Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini menggantung tugas pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, berkuat kuasa serta-merta.

Turut digantung, jawatan Annuar sebagai pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB).

Dengan itu, semua tugas Annuar di agensi berkenaan kini dipangku Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob, lapor BH Online.

Difahamkan keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergempar yang bermula sejak jam 9 pagi tadi di Ibu Pejabat MARA, di Kuala Lumpur.

Menurut laporan sama, mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Yusof dan Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin.

Yusof berkata, Annuar sudah dimaklumkan mengenai penggantungan tugasnya dan beliau akur dengan keputusan itu.







Read More...

Sunday, 29 January 2017

Nasrudin Dengan Angkuh Cabar DAP Segera Saman Hadi


Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata, jutaan umat Islam termasuk di kalangan masyarakat bukan Islam yang menghormati agama itu akan bangkit membela presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika DAP menyamannya.

"InsyaAllah, jika DAP saman presiden PAS maka ratusan ribu malah jutaan umat Islam termasuk bukan Islam yang menghormati Islam akan bangkit menjadi 'peguam bela' pemimpin gerakan Islam itu.

"Saya mempunyai bukti kenyataan dan sikap kepimpinan DAP yang mempersendakan hukum agama Islam dan sekaligus mempamerkan semangat anti-Islam mereka kepada umum," kata Nasrudin dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Penasihat DAP Lim Kit Siang mengumumkan hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Abdul Hadi kerana mendakwa beliau sebagai anti-Islam.

"Peguam saya (telah) diarahkan untuk mempertimbangkan sama ada kiasan Hadi bahawa saya anti-Islam adalah fitnah dan sebab bagi prosiding undang-undang," kata Lim.

Mengakui Hadi mempunyai hak menolak kerjasama dengan DAP, Lim berkata pemimpin PAS itu bagaimanapun tidak sepatutnya memutarbelitkan fakta bagi mewajarkan pendiriannya.

Hadi, terdahulu, dilapor menolak sebarang kemungkinan bekerjasama dengan DAP.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, beliau menamakan rancangan dan strategi DAP sebagai 'strategi serba tak menjadi' yang diadakan untuk hancurkan PAS.

"Mereka mahu pecah-belahkan PAS dan mereka mahu PAS menjadi parti yang lemah dan tidak lagi menjadi saingan mereka di pentas politik tanahair.

"Kelmarin dulu dia putuskan hubungan dengan presiden PAS, kelmarin dia hulurkan salam perdamaian kepada Presiden PAS dan hari ini bertekad untuk saman Presiden PAS.

"Esok entah apa pula pelan dan strategi pemimpin DAP itu," tanya beliau.

Justeru, kata beliau, jika DAP mahu sekali lagi melemahkan presiden PAS dan parti yang dipimpin oleh beliau dengan strategi saman, maka sekali lagi strategi mereka pasti tidak akan menjadi.

"Sebaliknya mereka akan terus "kempunan" untuk melampiaskan cita-cita busuk mereka.

"Malah mereka akan menyaksikan saf kepimpinan dan ahli PAS kian utuh menggalas cita-cita perjuangan Islam bersama presidennya. Keutuhan saf perjuangan PAS diikat dengan prinsip Islam yang diperjuangkan," tambah beliau.





Read More...

Hadi: PAS Mahu Menang 40 Kerusi Parlimen


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, partinya menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Pada masa yang sama, kata Abdul Hadi, parti itu perlu mempunyai kedudukan yang kukuh dan kuat melalui strategi mempertahankan Kelantan dan Selangor selain memerintah semula Terengganu dan Kedah.

Sambil mengakui walaupun sukar mendapat majoriti 112 kerusi dan memerintah sendiri, tetapi PAS mempunyai tanggungjawab mempertahankan Islam dan memastikan Islam memerintah, katanya.

"Kejayaan strategi itu akan menyebabkan Umno tidak lagi sombong seperti dahulu dan membolehkan berlakunya perubahan politik dalam negara.

"Kita kena faham ini semua. Jangan kita mara ke hadapan dengan tidak tengok sedikit ke belakang, di mana kekurangan dan kelemahan, tidak membuat muhasabah.

Kita maju ke hadapan dalam keadaan kita tak tengok lopak-lopak dan liku yang bahaya," ujarnya pada Majlis Taklimat Khas Presiden dan Dana Sumbangan Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, memetik laporanHarakah Daily.

Baru-baru ini, Abdul Hadi berkata, PAS tetap bertegas menolak kerjasama dengan DAP untuk pilihan raya umum depan, tetapi masih terbuka terhadap sebarang kemungkinan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Jelas Abdul Hadi, agenda mereka dan DAP berbeza kerana PAS bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR hampir berjaya menjatuhkan Umno dan BN dengan mencapai peratus tinggi undi popular iaitu 89 kerusi pembangkang dan 132 kerusi kerajaan.

Namun begitu, wujud keadaan tidak seimbang pada kedudukan politik dan jumlah kerusi Islam menyebabkan PAS melakukan muraja'ah semula terhadap tahaluf siyasi, katanya.

"Sedarkah saudara-saudari bagaimana kedudukan kerusi itu? Tak sedar 89 kerusi pembangkang itu PAS 21 kerusi, PKR 30 kerusi, DAP 38 kerusi. Kekuatan jentera PAS 25 peratus, parti lain bahagi-bahagi, (tapi) kerusi PAS begitu kedudukannya.

"Orang kita menang sorak, ekor berlumur taik. Sedar ke tidak? Ini kena faham. Dari 89 kerusi pembangkang, 39 adalah Islam dan 50 bukan Islam. Ada cadangan buat undi tidak percaya nak ubah kerajaan," tambah beliau yang juga ahli Parlimen Marang.

Menurut beliau, dengan mengambil 30 lagi kerusi bukan Islam dari BN, maka kerajaan boleh dijatuhkan, sekali gus terbentuk kerajaan baharu yang berkedudukan Islam 39 kerusi dan bukan Islam 80 kerusi.



Read More...

Saturday, 28 January 2017

Skandal BMF: Ketua Pemuda Pas Desak Siasat Mahathir


SHAH ALAM - Pas mendesak agar satu kertas siasatan dibuka ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan pendedahan terbaharu oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) melibatkan pelbagai skandal di bawah pentadbiran perdana menteri paling lama itu.

Menurut Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff, info badan antarabangsa itu tidak boleh dipandang ringan kerana ianya bukan sahaja cantuman daripada begitu banyak kerugian pada masa lalu semata-mata.

"Tetapi lebih utama, perlunya siasatan dari pihak berkuasa negara berikutan dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid sendiri bahawa pada ketika itu tiada siasatan dilakukan walaupun saiz kerugian dialami negara amat besar iaitu AS$ 10 billion," katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu ujar, Nurul Islam,  Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti segera bertindak atas maklumat tersebut.

Malah katanya lagi, ianya juga demi menyelamatkan kreadibiliti dan integriti Malaysia yang terjejas dengan pelbagai dakwaan skandal sebelum ini berkaitan 1MDB juga melibatkan banyak pihak serta jumlah yang sangat besar kewangan.

"Ianya juga bagi membolehkan prosedur perundangan dapat dilakukan ke atas mereka yang terlibat sekiranya didapati bersalah," katanya lagi.'

Mengulas lanjut, Nurul Islam berkata, inilah masanya untuk kita membuktikan ketelusan dan kecekapan badan-badan penguatkuasaan berkaitan serta membuang keluar segala dilema selama ini akibat dari birokrasi dan kediktatoran yang mencengkam.

"Palitan kekotoran lalu mesti dibersihkan, sekali gus hak pihak-pihak pernah teraniaya dapat dikembalikan, selain memulihkan semula sistem negara yang ternoda kembali ke landasannya," katanya.

Katanya lagi, kini sudah tiba masanya rakyat mengetahui perkara sebenarnya yang tersirat di sebalik pelbagai skandal yang pernah didakwa berlaku di zaman Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

"Kerajaan Malaysia, Bank Negara, PDRM dan SPRM perlu membongkar sedalamnya skandal BMF dan Forex 1992 agar keadilan dapat ditegakkan," katanya.

Baru-baru ini media melaporkan, satu dokumen rasmi oleh badan risikan Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mengenai skandal perbankan besar yang didakwa turut membabitkan Pengerusi Bersatu itu.  

Menurut The Asian Correspondent, dokumen itu, antara 13 kertas siasatan yang dikeluarkan oleh CIA, juga mempertikaikan respons pentadbiran Mahathir dalam mengendalikan kerugian kira-kira AS$1 bilion itu.




Read More...

Friday, 27 January 2017

4 Penyerang Nasrul Hanya Dikenakan Tuduhan Merusuh


Empat lelaki yang terlibat menyerang seorang pemandu lori di dua minggu lalu, hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan merusuh atau terlibat dalam rusuhan yang menyebabkan kecederaan.

Ahli perniagaan, Vigneswaran Thirvadamany dan Tengku Hazrul Shah Tengku Hami; pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Mohd Neezam Jelani; dan pemandu, Izakri Zakaria didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Semua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Menurut kertas pendakwaan, mereka - bersama dua individu lain yang masih bebas - hadir, menyertai atau terlibat dalam rusuhan yang boleh menyebabkan kecederaan.

Kejadian itu berlaku di pos pengawal Kondominium Puncak Anthenaeum, Bukit Antarabangsa.

Bagaimanapun, mereka tidak dituduh menyerang pemandu lori terbabit, Nasrul Faiz Zulfahmi.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menetapkan ikat jamin RM4,000 setiap seorang.

Vigneswaran juga menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu menyebabkan kecederaan pada seorang pengawal keselamatan warga Nepal.

Vigneswaran, 40, mengaku tidak bersalah.

Untuk tuduhan itu, dia dikenakan ikat jamin tambahan sebanyak RM2,000.

Majistret kemudian menetapkan kedua-dua kes berkenaan disebut semula pada 7 Februari ini.

Polis ambil keterangan

Bagi kesalahan merusuh, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Bagi Vigneswaran yang menghadapi tuduhan mencederakan pengawal keselamatan itu pula, dia boleh dihukum penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Ditanya mengapa mereka tidak dituduh atas kesalahan menyerang, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin berkata, pihaknya mungkin akan membuat dakwaan tambahan pada masa depan.

Nasrul, 25, dibelasah sekumpulan lelaki pada 14 Januari lalu selepas didakwa melanggar sebuah kereta mewah dengan lorinya.


Katanya kejadian berlaku ketika mengundurkan lorinya dan secara tidak sengaja melanggar sebuah kereta Mercedes-Benz yang diparkir di situ.

Bagaimanapun kata Nasrul, dia tidak melakukan sebarang provokasi yang boleh menyebabkan serangan ke atasnya dibuat.

Ekoran insiden itu sekumpulan pemandu lori berkumpul di Plaza Tol Sungai Besi menyatakan kemarahan mereka terhadap serangan berkenaan.

Nasrul dan dua individu lain yang hadir pada perhimpunan berkenaan hari ini diarah memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Mereka disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman2012.






Read More...

Thursday, 26 January 2017

Saiful Dakwa Keluarga Anwar Rayu Pengampunan


Saiful Bukhari Azlan mendakwa didatangi seorang kenalan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta bantuannya bagi pihak keluarga bekas ketua pembangkang itu.

Saiful mendakwa, keluarga Anwar minta beliau memohon pengampunan diraja bagi Anwar tanpa menukar pengakuan beliau diliwat oleh bekas majikannya itu.

Bagaimanapun anak kedua Anwar, Nurul Nuha menafikan perkara itu.

“Oh satu lagi fitnah, keluarga kami tidak pernah hubungi Saiful,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Saiful, 31 dalam tulisan di Facebooknya mendakwa individu itu turut memohon supaya beliau memaafkan Anwar yang kini mungkin sudah insaf atas perbuatannya.

Katanya lagi, Yang di-Pertuan Agong boleh berikan pengampunan kepada Anwar berdasarkan peruntukan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Dan jika saya yang mohon pengampunan ini bagi pihak Anwar, bunyinya aneh, tapi impak dan meritnya ada, kerana saya selaku pengadu dalam kes tersebut, adalocus standi.

“Kata beliau (teman Anwar), dalam perundangan Islam, mangsa atau waris boleh memaafkan dan mengampunkan pesalah yang telah dijatuhi hukuman, agar hukuman diringan atau dibebaskan,” kata Saiful.

Dalam tulisan itu, Saiful turut berkata beliau masih belum membuat apa-apa keputusan.

“Apa pun di sudut hati saya terdetik juga, sama ada niat beliau benar-benar ikhlas atau sekadar demi melayakkan Anwar bertanding pada PRU nanti,” kata Saiful.

Anwar, 68, menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman penjara padanya.

Beliau bagaimanapun secara konsisten menafikan dakwaan itu dan mendakwa menjadi mangsa konspirasi politik.






Read More...

Wednesday, 25 January 2017

Ada Pihak Sabotaj Rundingan PAS Dan BERSATU


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad, mendakwa ada beberapa pimpinan PAS "mensabotaj" rundingan bagi membentuk kerjasama antara kedua-dua parti.

Kata Dr Mahathir, antara pemimpin yang dimaksudkannya ialah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Menurut bekas perdana menteri itu, pemimpin PAS yang bertindak begitu "lebih teruk" daripada Datuk Seri Najib Razak yang didakwanya tidak dikritik parti berkenaan atas pelbagai isu, termasuk skandal 1MDB.

"Bagi pemimpin itu - mungkin bukan pemimpin lain tetapi yang menyuarakan serangan terhadap saya - bagi dia, yang jahat adalah saya.

"Jadi saya nak tahu di mana saya jahat?

"(Adakah kerana) saya mencuri duit berbilion-bilion, ataupun saya tubuhkan syarikat berbilion-bilion, lepas itu duit hilang; ataupun saya jual negara ini kepada negara lain untuk mereka mengadakan bandar-bandar untuk orang asing ini?" katanya kepada media di Putrajaya hari ini.

Selain Mohd Zuhdi, Dr Mahathir tidak menamakan sebarang tokoh PAS yang dimaksudkannya cuba mensabotaj rundingan kerjasama antara parti itu dengan BERSATU.


Malaysiakini sudah menghubungi Mohd Zuhdi dan sedang menunggu reaksinya terhadap kenyataan Dr Matahir itu.

Pada 22 Januari lalu Mohd Zuhdi mendakwa kenyataan pernah dibuat Dr Mahathir mengeai PAS bukan disebabkan beliau memandang rendah kepada parti berkenaan.

Bertemu PAS awal Februari

Sebaliknya kata Mohd Zuhdi, Dr Mahathir bimbang terhadap pengaruh PAS dan ia adalah sebahagian daripada strategi politik bekas perdana menteri itu.

"Dr Mahathir adalah seorang diktator politik, dan atas sifat itulah beliau berkonfrontasi dengan semua perdana menteri yang berada di atasnya, daripada Tunku Abdul Rahman sehingga perdana menteri sekarang.

"Dengan sifat diktator politik inilah Dr Mahathir mencantas semua pimpinan Umno dan timbalan perdana menteri yang menggugat kedudukannya, daripada Tengku Razaliegh sehingga Anwar Ibrahim.

"Malah beliau juga pimpinan politik yang berani menyanggah raja-raja Melayu," katanya dalam kenyataan terbuka itu.

Sementara itu Dr Mahathir berkata, delegasi BERSATU diketuai timbalan presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan bertemu wakil PAS untuk membincangkan pendirian parti berkenaan terhadap cadangan membentuk gabungan rasmi pembangkang.

Pertemuan itu, katanya, akan diadakan pada 2 Februari ini.

Mukhriz pula memberitahu BERSATU sudah menghantar draf rangka kerja persefahaman untuk diteliti dan menjangkakan reaksi mereka pada pertemuan akan datang.

Kata bekas menteri besar Kedah itu, draf berkenaan adalah sama seperti yang ditandatangani BERSATU dengan Pakatan Harapan.





Read More...

Tuesday, 24 January 2017

Duit Felda Diguna Bayar Gaji, Penginapan Anak Pegawai Di Australia


Firma Gordagen Pharmaceuticals Pty Ltd di Australia mendakwa sebuah anak syarikat milik Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) membayar gaji dan kos sara hidup anak perempuan seorang bekas timbalan ketua pengarahnya di Australia.

Ini, termasuk gaji A$128,000, sebuah kereta syarikat dan penginapan di kondominium mewah, kata Gordagen dalam satu kenyataan akhbar.

Gordagen berkata, kontrak perjanjian antaranya dengan anak syarikat Felda, Felda Wellness Corporation (FWC) menyatakan dana dari FWC akan digunakan untuk membayar segala perbelanjaan anak pegawai berkenaan.

Walau bagaimanapun, FWC memberitahu Mahkamah Tinggi di Malaysia bahawa ia tidak tahu mengenai perjanjian kontrak, semasa prosiding yang membawa kepada perintah penggulungan terhadap FWC.

"Di bawah perjanjian kontrak yang disempurnakan oleh Mohd Nasir Shafion bagi pihak FWC, dana dari FWC akan digunakan untuk membayar gaji dan perbelanjaan kos sara hidup anak perempuan Muhammad Sufi Mahbub, Athirah Sufi, semasa dia tinggal di Australia.

"Semua urusan ini diselaraskan oleh pegawai FWC, Mohd Nasir Shafion dan Muhammad Sufi Mahbub, bagi pihak FWC.

"Bagaimanapun, semasa prosiding penggulungan, FWC atas sebab-sebab yang hanya diketahuinya sendiri, cuba memaklumkan kepada mahkamah bahawa ia tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang perjanjian kontrak ini," kata Gordagen dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 9 Mac 2016.

Malaysiakini telah menghubungi Felda dan sedang menunggu ulasannya mengenai perkara itu.

Mohd Nasir adalah Ketua Pegawai Eksekutif FWC manakala Muhammad Sufi ketika itu adalah Timbalan Ketua Pengarah Felda yang bertanggungjawab terhadapa strategi.

Kenyataan Gordagen adalah untuk mengumumkan bahawa firma itu berjaya memperoleh perintah penggulungan daripada Mahkamah Tinggi Malaysia ke atas FWC pada 3 Mac 2016. Menurutnya, FWC berhutang dengan Gordagen sebanyak A$652,083.60.

Kenyataan akhbar itu diketengahkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Rafizi berkata semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati bahawa FWC kerugian sebanyak RM155 juta dalam dua tahun beroperasi mulai Julai 2013. Ia kerugian RM74 juta pada tahun pertama, katanya.







Read More...

Apa dosa kalau saya jadi TPM ikut undang-undang? – Tengku Zulpuri


MENTAKAB, 23 JAN: Tidak kira siapa yang dilantik ke jawatan Perdana Menteri  (PM) atau Timbalan Perdana Menteri (TPM), ia perlulah dilakukan mengikut undang-undang berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, ia termasuklah dari calon DAP sendiri jika memenuhi kelayakan dan dipersetujui bersama.

“Tidak kiralah siapa yg jadi PM atau TPM, yang penting ia mengikut Pelembagaan dan diperkenan oleh Yang Di-Pertuan Agong, tak kiralah DAP, PKR, AMANAH atau PPBM.

“Bagi saya, perkara terpenting saat ini ialah untuk menyelamatkan negara yang kita cintai ini,” katanya kepada Roketkini.

Jelas Tengku Zul, isu jawatan TPM yang dibangkitkan UMNO sebelum ini hanya untuk mencetuskan kekeliruan dan fobia khususnya di kalangan orang Melayu.

“Sekarang UMNO sangat terdesak dan cuba bangkitkan fobia Melayu dengan DAP.

“Bila sebut sahaja DAP maka UMNO akan memaksa orang Melayu memiliki persepsi bahawa DAP itu Cina atau Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng semata-mata,” jelasnya.

Momokan jahat UMNO itu kata Adun Mentakab itu merupakan kaedah ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan penjajah sejak berdekad lalu.

Hakikatnya, sejak dahulu, DAP menampilkan barisan pemimpin dari pelbagai latar belakang budaya termasuk tiga orang wakil rakyat dari kalangan orang Melayu, India dan Cina.

“Tak mustahil akan muncul lagi beberapa wakil rakyat DAP dari kalangan orang Melayu yang berkaliber, kenapa mesti dipolitikkan Lim Kit Siang atau Lim Guang Eng? Adakah hanya kerana mereka berketurunan Cina?

“Katakanlah jika calon TPM itu adalah saya, adakah itu satu dosa?

“Jika calon dari DAP itu berkelayakan, dipersetujui bersama dengan rakan-rakan Pakatan yang lain, apa salahnya menjawat jawatan tertinggi. DAP bukan parti Komunis,” jelasnya.

Justeru, beliau menyeru rakyat Malaysia khususnya orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan mainan politik UMNO dengan isu sedemikian.

“Negara tidak semakin baik, kita semakin terbeban dengan hutang, kos kehidupan semakin naik, ketirisan, salah guna kuasa, penghapusan subsidi, penurunan nilai ringgit isu perkauman dan sebagainya.

“Kita kena buat perubahan dalam pilihanraya akan datang. Rakyat dah bagi peluang kepada UMNO sebagai tulang belakang BN mentadbir negara ini hampir 60 tahun,” kata beliau. -Roketkini.com






Read More...

Monday, 23 January 2017

Siapa Dalang Yang Nak Jatuhkan Zahid Hamidi


Saya begitu simpati mendengar rintihan dan keluhan rakan baik saya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memberitahu dunia bahawa terdapat usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan beliau sebagai anggota parlimen Bagan Datuk pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Zahid yang juga naib presiden Umno menyatakan bahawa ada usaha pihak tertentu yang mahu mengalahkan Barisan Nasional di Bagan Datuk pada PRU14 serta menyifatkan usaha tersebut sebagai 'rosak ikan bermula dari kepala' memetik laporan Bernama.

Teori 'ikan rosak bermula dari kepala' diibaratkan jika ikan mati, maka yang busuk dulu adalah kepala, teori ini menggambarkan sebuah kepemimpinan, di mana kalau terjadi kesalahan dalam organisasi, maka yang bertanggung jawab atas kesalahan itu pemimpinnya.

Persoalannya kenapa Zahid tiba-tiba mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Apa yang dimaksudkan oleh Zahid mengenai pihak yang mahu menjatuh dan mengalahkannya pada PRU14. Sudah pasti bukannya datang dari pembangkang.

Jangan menyalahkan pembangkang, yang salah itu adalah kesalahan pemimpin Umno/BN.

Sudah menjadi tradisi apabila pembangkang bertanding pada pilihanraya ia bukan sekadar kerusi Bagan Datuk yang mahu dimenangi tetapi termasuk Pekan dan semua 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Potong bahagian kepala

Maka sudah tentu yang dimaksudkan Zahid 'rosak ikan bermula di kepala' itu adalah mainan politik dalaman Umno/BN yang didalangi oleh 'kepala ikan besar dan mahal' yang sedang mengalami kerosakan.

Dalam erti kata lain satu gerakan untuk sabotaj Zahid sudah dikesan oleh pasukan Zahid dan tidak mustahil ia membabitkan polis dan perisik angkatan tentera.

Gerakan ini saya percaya sudah lama diperkatakan melalui serangan dari kumpulan askar siber (cybertrooper) yang diberi upah untuk menyerang Zahid.

Mandat kerajaan BN sekarang bakal berakhir pada Jun 2018, apakah 'jenis kepala ikan' tersebut?... Jenahak, Merah, Senangin, Siakap atau kepala ikan Salmon.

Zahid mesti tampil berani memberi tahu agar rakyat faham 'kepala ikan apa yang mengalami kerosakan bagi menghindar rakyat dari makan ikan yang tidak ada zat dan membusukan'.

Teori ‘ikan busuk bermula dari kepala’ maka perdana menteri yang juga presiden Umno adalah 'kepala ikan yang busuk'.

Badan 'ikan' iaitu menteri kabinet atau ahli majlis tertinggi Umno, kepala sudah busuk, maka sahih ia bermula dari 'kepala ikan yang busuk' iaitu perdana menteri!

Maka jika ikan di bahagian kepala yang membusuk, maka kita harus potong bahagian kepalanya, agar tidak menjalar ke bahagian badannya hingga ekornya.

DATUK MAHFUZ OMARadalah Ahli Parlimen Pokok Sena



Read More...

Sunday, 22 January 2017

MCA Sah Minta Jawatan TPM

Laman web Jabatan Penerangan sahkan MCA minta jawatan TPM


PERDANA Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dilapor menafikan dakwaan Tun Mahathir bahawa parti komponen BN, MCA pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Sejak saya jadi PM, MCA tidak pernah minta nak jadi TPM. MCA dah dapat jadi menteri pun mereka sudah berterima kasih dah," kata Najib.

Seperti biasa apa sahaja yang keluar daripada mulut Najib tentu sekali tidak boleh dipercayai kerana beliau sudah banyak kali kantoi menipu.

Contohnya sebelum ini Najib disahkan menipu berhubung status hartanah Forest City yang dikatanya dijual kepada warga asing secara 'leasehold' (pegangan pajak) padahal laman web dan papan iklan Forest City mengesahkan bahawa hartanah tersebut dijual secara 'free hold' (hak milik kekal).

KLIK - Laman Web Forest City sahkan status freehold (hak milik kekal)

Jadi dalam hal ini, aku cuba membuat carian di internet untuk menyemak sama ada benar atau tidak kata Najib bahawa MCA tidak pernah minta jadi TPM sejak beliau menjawat jawatan PM sejak 3 April 2009.

Jika Najib berkata benar, maknanya Tun Mahathir menipu, namun jika sebaliknya maka jelaslah Tun Mahathir berkata benar, dan Najib lah yang menipu.

Hasilnya aku jumpa laman web Jabatan Penerangan Malaysia, yang mengesahkan bahawa Najib menipu lagi.

Web Jabatan Penerangan mengesahkan bahawa MCA pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN untuk diisi oleh presiden parti itu pada bulan April 2009 bagi mencerminkan "perkongsian kuasa sebenar".


Jadi jelas di sini Najib kantoi lagi menipu. Tapi aku tak hairan pun sebab Najib sudah biasa menipu, setakat menipu macam ni memang perkara biasa bagi dia.

Dipetik dari milo suam


Read More...

Wednesday, 18 January 2017

Tun M Dan Sultan Johor Perlu Bertemu Untuk Selesai Perbalahan


Sejak kebelakangan ini, pelbagai pihak mendesak saya untuk memilih antara Tun Dr Mahathir Mohamad atau pun DYMM Tuanku Sultan Johor.

Secara jujur dan ikhlas, saya tidak percaya wujudnya keperluan untuk kita memecah-belahkan dua pemimpin Malaysia yang dihormati.

Tuanku Sultan Johor dan Dr Mahathir kedua-duanya adalah pemimpin dan negarawan yang dihormati serta disegani rakyat.

Apa erti kerjasama HARAPAN dan parti Mahathir?

Perbezaan pendapat antara pemimpin adalah perkara biasa, akan tetapi perbezaan pendapat ini mampu diselesaikan secara baik.

Namun, saya membantah seruan yang dibuat oleh sesetengah pihak untuk menahan Dr Mahathir atas sebab kenyataan terbaru beliau mengenai Forest City.

Ini kerana kenyataan tersebut sama sekali tidak mempunyai sebarang unsur hasutan, tetapi hanyalah fakta-fakta yang dipetik dari laman berita Bloomberg bertarikh 22 November 2016, serta pandangan peribadi beliau terhadap laporan tersebut.

Justeru adalah amat tidak wajar jika Dr Mahathir ditahan kerana kenyataan beliau itu.

Ia tidak sama dengan kes-kes penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh ahli politik.

Saya juga menentang sekeras-kerasnya penggunaan kata-kata kesat terhadap Sultan Johor oleh sesetengah penyokong terhadap isu ini.

Kita bangsa yang beradab, bukan bangsa yang biadab.

Tindakan seumpama ini tidak akan menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul, malah hanya akan memburukkan keadaan semasa

Sebaliknya, isu ini haruslah dikendalikan secara professional dan berhemah.

Saya dengan rendah diri menasihati supaya Dr Mahathir dan Tuanku membuat pertemuan empat mata, dan saya percaya Tuanku dan Dr Mahathir mampu mencari titik pertemuan dalam permasalahan ini.

Kepentingan dan kedaulatan negara serta jajahan takluk Johor di bawah pemerintahan Tuanku Sultan haruslah sentiasa menjadi keutamaan tertinggi.

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN ialah Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia


Read More...

Tuesday, 17 January 2017

Kerajaan Pakatan Akan Mansuh Tol Lebuhraya Utara-Selatan, Jambatan Pulau Pinang Jika Menang PRU14


GEORGE TOWN, 16 JAN: Kutipan tol di Lebuhraya Utara-Selatan dan tol Jambatan Pertama Pulau Pinang akan dihapuskan jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pemansuhan itu akan dibuat demi meringankan beban rakyat.

Menurutnya, perjanjian konsesi tol Lebuhraya Utara-Selatan sepatutnya tamat pada 2018, namun ia dilanjutkan tempoh selama 20 tahun sehingga 2038.

Perkara sama berlaku kepada perjanjian asal konsesi tol Jambatan Pertama Pulau Pinang yang dilanjutkan selama 20 tahun lagi.

“Sedangkan, hasil kutipan tol sehingga akhir 2015 berjumlah RM36.3 bilion. Kos pembinaan sebenar Lebuhraya Utara-Selatan hanya RM5.9 bilion.

“Kalau menang di Putrajaya, baru kita ada kuasa untuk melakukannya. Menang kerajaan Negeri saja tidak cukup kuasa untuk menghapuskan tol dan cukai GST,” katanya..

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata demikian dalam Majlis Pemberian Insentif Perkhidmatan Pemandu Teksi dan Operator Bas Sekolah semalam.

Pada majlis berkenaan, seramai 405 pemandu teksi dan operator bas sekolah dari Seberang Perai menerima insentif perkhidmatan berjumlah RM300 setiap seorang manakala 1,291 yang lain dari kawasan Pulau Pinang telah menerimanya pada hari Sabtu lalu.

Kesemua mereka akan memperoleh sumbangan sebanyak RM300 lagi pada sesi pembayaran hujung tahun ini, menjadikan keseluruhan insentif perkhidmatan tahunan berjumlah RM600.

Menurut Guan Eng, semua pembayaran itu berjaya diteruskan kerana kerajaan negeri menjalankan pentadbiran bersih yang tidak mempunyai unsur rasuah atau penyelewengan sehingga mampu menyediakan insentif kepada seluruh rakyat.

“Tiada negeri lain di Malaysia selain Pulau Pinang yang menyediakan bayaran insentif kepada semua pemandu teksi yang berdaftar,” ujarnya. – Roketkini.com


Read More...

Monday, 16 January 2017

Peguam: Mahkamah Singapura Tak Kaitkan Rosmah


Datin Seri Rosmah Mansor menafikan dakwaan yang tersebar di Internet mengaitkan beliau dengan tuduhan menandatangani cek sebagai "Eric Tan".

Menurut peguam kepada isteri perdana menteri itu, Noor Hajran Mohd Noor, perkara itu dikatkan dengan kes jenayah di Singapura membabitkan bekas pengurus cawangan Falcon Bank, Jens Fred Sturzenegger.

Katanya, semakan terhadap pernyataan dikeluarkan Pejabat Peguam Negara Singapura mendapati tuduhan ke atas Rosmah itu tidak disokong dengan sebarang fakta.

"Ini tuduhan serius, bertujuan membuat representasi, menerbitkan fitnah untuk mencemar nama, atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa tohmahan itu akan merosakkan reputasi dengan niat jahat untuk memusnahkan dan mengurangkan kredibiliti Rosmah sebagai isteri yang berhormat perdana menteri," kata Noor Hajran dalam kenyataan hari ini.

Pada 11 Januari laluSturzenegger dilaporkan dihukum penjara 28 minggu dan denda S$128,000 selepas mengaku salah atas enam tuduhan hasil siasatan negara itu ke atas 1MDB.

Dia dituduh gagal mematuhi arahan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) untuk melaporkan pemindahan dana yang meragukan - bernilai AS$1.262 bilion ke dua akaun Falcon Bank pada 2013.

Sturzenegger juga dituduh menipu pegawai MAS bagi mengalih perhatian mereka daripada menyiasat akaun bank dikawal ahli perniagaan Malaysia, Jho Low, dengan mendakwa akaun berkenaan "dimiliki dengan manfaat" seseorang bernama Eric Tan Kim Loong.

Ekoran itu, beberapa blog menerbitkan spekulasi mengenai peranan Rosmah dalam kes berkenaan.

Jho Low diketahu mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak dan bekerjasama dengan anak Rosmah, Reza Aziz menghasilkan filem Hollywood, The Wolf of Wallstreet.

Sementara itu Noor Hajran juga membuat penjelasan mengenai gambar Rosmah dengan keterangan "Big Momma sighted in Claremont Quarter in Perth - one bodyguard and two personal maids tagging along".

Menurut peguam itu, individu terbabit adalah rakan kepada Rosmah dan bukan pembantu rumahnya.

"Tuduhan menganggap rakan-rakannya sebagai pembantu peribadi betul-betul menjijikkan, menghina dan memalukan mereka.

"Jelas sekali penulis dan/atau blogger itu tidak mempunyai apa-apa fakta yang boleh dipercayai dan pengetahuan penuh berkaitan kehidupan peribadi Rosmah.

"Tuduhan dan kenyataan salah dibuat blogger dan pengamal media sosial adalah pembohongan kepada orang awam yang direka untuk membuat dan membentuk pendapat palsu serta mengelirukan," katanya.

Noor Hajran merujuk kepada gambar yang muncul tidak lama selepas diketahui Najib dan keluarganya menghabiskan cuti hujung tahun mereka di Australia.

Kata peguam itu, pengedaran gambar berkenaan menyebabkan "ruang peribadi tidak rasmi" Rosmah "diceroboh dengan keterlaluan".

- mkini


Read More...

Mahfuz Kritik PAS Tak Sertai Perlancaran Parti BERSATU


Bekas naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengkritik tindakan partinya yang tidak menghantar wakil ke majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Stadium Malawati, Sabtu lalu.

Beliau menyifatkan tindakan parti tersebut seolah-olah enggan menjalinkan kerjasama bersama gabungan pembangkang seperti yang diingini rakyat.

“Tidak wajar PAS tidak menghantar wakil mereka pada majlis pelancaran ini kerana masyarakat akan melihat seolah-olah PAS mahu memencilkan diri daripada satu kelompok 'grand coalition' dalam kalangan parti pembangkang yang ada ini.

“Tidak menghantar wakil kepimpinan tertinggi parti adalah langkah yang silap. Saya tidak tahu ketidak sediaan PAS untuk menjalin apa-apa kerjasama Pakatan Harapan (HARAPAN) atau BERSATU,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Mahfuz merupakan satu-satunya pimpinan PAS yang hadir meskipun BERSATU dilihat menyediakan beberapa kerusi untuk pimpinan PAS.

Mahfuz yang juga anggota Parlimen Pokok Sena berkata kehadirannya kerana mendapat jemputan dari BERSATU.

“Namun, saya tidak maklumkan kehadiran saya kepada kepimpinan PAS dan tindakan saya adalah atas kapasiti peribadi,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Jelasnya, tidak menjadi satu kesalahan bagi dirinya menghadiri apa juga program anjuran HARAPAN kerana beliau berasakan kehadirannya itu atas kapasiti rakyat Malaysia.



Read More...

Dr. Mahathir Telah Sedar Kepentingan BR1M - Shahrir


JOHOR BAHRU, 15 Jan (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan telah sedar akan kepentingan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) apabila menyatakan hasrat mahu meneruskan bantuan itu sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu ternyata berbeza dengan kenyataannya sebelum ini yang menggelarkan BR1M adalah 'dedak' dan rasuah daripada kerajaan.

"Dia (Dr Mahathir) pun cepat sedar. Saya anggap itu satu kematanganlah...dan dia boleh terima BR1M, sebagai sesuatu yang baik," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina di Dewan Sri Tebrau, di sini, hari ini.

Shahrir berkata demikian ketika mengulas ucapan bekas perdana menteri itu pada majlis pelancaran Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam, yang mahu menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan cukai lain tetapi meneruskan BR1M sekiranya pembangkang menang PRU14.

Di KOTA TINGGI, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kenyataan bekas presiden UMNO itu yang mahu mengekalkan BR1M sebagai mengarut.

Selain itu, cadangan untuk mengekalkan BR1M juga dilihat seolah-olah tidak mendapat sokongan pemimpin parti pembangkang yang lain, kata beliau.

"Mungkin dia dah lupa apa dia cakap pasal BR1M itu rasuah. Macam mana pula bila dia cakap BR1M tu rasuah, tiba-tiba dia cakap dia nak buat BR1M juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan dan menyampaikan kunci rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di Taman Sinar Sedili, Kota Tinggi.

Di KUALA LUMPUR, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata Dr Mahathir dilihat sering menukar pendiriannya.

Menurutnya, BR1M ternyata memberi manfaat kepada rakyat sehingga Dr Mahathir sendiri mahu meneruskankannya berbeza dengan kenyataannya sebelum ini yang menyamakan BR1M dengan rasuah.

"Setiap pemimpin harus mempunyai pendirian yang utuh kerana ia merupakan simbol kepercayaan rakyat dan kekuatan sistem kerajaan yang ingin dibentuk," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, Datuk Seri S. Vell Paari berkata Dr Mahathir dan penasihat beliau telah menerima hakikat bahawa BR1M bukan satu bentuk rasuah tetapi program yang berkesan dalam membantu rakyat berpendapatan rendah di negara ini.

Malah, lebih 63 buah negara di dunia menyediakan program bantuan dalam bentuk wang tunai kepada rakyat yang memerlukan dan kaedah bantuan ini terbukti dalam meringankan beban kewangan lebih tujuh juta rakyat Malaysia dalam kumpulan 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah (B40).

"Jika Dr Mahathir turun padang dan bertemu dengan rakyat, beliau akan tahu bahawa rakyat negara ini menghargai usaha yang diambil oleh kerajaan untuk membantu mereka," katanya.

-- BERNAMA



Read More...

Majikan Dera Nur Firdaus Berjaya Ditangkap Polis


JOHOR BAHRU 15 Jan. - Majikan Nur Firdaus Ibrahim, 21, jurujual yang menjadi mangsa dera sehingga menyebabkan kecederaan serius pada badannya, ditahan polis pada Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek yang menjalankan perniagaan pewangi kenderaan ditahan di kawasan Jalan Bakawali, Taman Johor Jaya di sini pada pukul 1.40 petang.

"Suspek yang berusia 36 tahun ditahan pada Khamis dan polis turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan suspek untuk mencederakan mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Kamarul Zaman berkata, suspek juga didapati positif dadah dipercayai jenis Amphetamine.

Menurutnya, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau ditahan reman selama tiga hari dan akan disambung reman lagi bagi membolehkan kertas siasatan dilengkapkan sebelum diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (menyebabkan cedera parah dengan senjata) dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat," katanya.

Akhbar pada Jumaat lalu melaporkan, seorang jurujual pewangi kenderaan dipercayai didera majikannya yang juga kenalan kakak tiri mangsa sehingga cedera di beberapa bahagian badan.

Penderitaan Nur Firdaus Ibrahim, 21, terbongkar apabila kakak tirinya, Norazlin Yusof, 36, terserempak dengan mangsa dalam keadaan tidak terurus dan ada kesan kecederaan di badan di hadapan sebuah bank di Taman Perling.

Mangsa dipercayai menjadi mangsa dera majikannya sejak Oktober tahun lalu. - UTUSAN ONLINE


Read More...

Sunday, 15 January 2017

8 Kereta Disimbah Asid Di Pelancaran PPBM


Dalam pelancaran parti Bersatu semalam di Shah Alam, lapan kereta telah disimbah asid dan menyebabkan kerugian kepada pemilik kereta.



Read More...

Saturday, 14 January 2017

Mahathir Ingatkan Parti Pembangkang Jangan Khianat


SHAH ALAM - Parti pembangkang lain yang meletakkan calonnya sendiri dengan alasan untuk melawan BN dalam pilihan raya adalah parti yang mengkhianati rakyat.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian ketika mengulas cabaran perlawanan tiga penjuru yang mungkin terjadi pada PRU14 nanti.

Menurut Mahathir, peletakan calon lain tanpa persetujuan komponen pembangkang lain hanya akan menyebabkan perpecahan sokongan rakyat.

"Mungkin akan ada parti lain yang kononnya akan menentang BN.

"Tak usahlah mereka menyangkal kerana peletakan calon mereka hanya akan memecahkan sokongan rakyat kepada campuran pembangkang supaya BN menang.

"Bagi kita dalam parti campuran, sebarang perbuatan kononnya melawan BN dengan meletakkan calon parti lain, tidak lain tidak bukan adalah untuk mengkhianati rakyat yang berhasrat menjatuhkan BN melalui pilihanraya," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di Stadium Malawati, di sini, hari ini.

Menurut Mahathir lagi, percubaan pihak pembangkang untuk menjatuhkan BN sebelum ini gagal kerana penyatuan tidak menyeluruh dan kuat.

"Tetapi kali ini kita semua bersetuju untuk mengadakan parti campuran yang lebih kukuh ikatannya.

"Bersatu akan menjadi komponen dalam parti campuran ini. Kita akan guna satu simbol, satu manifesto, dan letakkan satu calon sahaja untuk setiap kawasan," katanya lagi.

Read More...

PKR Nafi Bayar Ahli Untuk Ramaikan Majlis BERSATU


PKR menafikan ada menghantar pekeliling mengarahkan anggotanya mengaku sebagai anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada majlis pelancaran rasmi parti itu malam ini.

"Adalah dimaklumkan terdapat surat palsu yang diedarkan.

"Pejabat Setiausaha Agung PKR tidak pernah mengeluarkan surat itu," kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzli.

Surat palsu itu yang dikeluarkan dengan menggunakan kepala surat PKR, menggesa anggota parti menghadiri majlis pelancaran rasmi BERSATU di Stadium Malawati Shah Alam malam ini.

Ia juga meminta PKR di Selangor menghantar sekurang-kurangnya dua buah bas yang membawa anggota parti itu dengan janji bayaran RM100 setiap orang.

"Jangan sesekali mengaku ahli PKR bila berada dalam stadium. Dan jangan sesekali kutuk (Tun) Mahathir (Mohamad). Mengaku ahli PPBM jika ditanya oleh pihak media," surat tersebut dipetik.

Kandungan surat itu juga meminta anggota-anggota PKR memakai baju merah iaitu warna rasmi BERSATU, selain menyimpan resit untuk tujuan bayaran kepada ADUN masing-masing.

Surat itu dikeluarkan atas nama Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, yang dieja secara salah sebagai "Saifuddin Nasutton Ismail".

BERSATU, sebuah parti serpihan Umno yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad, akan dilancarkan secara rasmi di Shah Alam malam ini.


Read More...

Pelajar Sekolah Ditahan Fitnah Kematian Adenan


KUCHING – Seorang lagi individu iaitu seorang pelajar sekolah menengah ditahan hari ini atas dakwaan membuat kenyataan berunsur fitnah berhubung kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata pelajar perempuan itu yang berumur 17 tahun yang menggunakan nama samaran di Facebook ‘Zera Zera’ ditahan oleh polis Mukah pada pukul 10.45 pagi.

“Kesnya sedang disiasat CID Bintulu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata sehingga hari ini sebanyak 40 laporan dibuat di 12 daerah polis dengan siasatan sedang dijalankan ke atas tujuh laporan.

“Setakat ini lima individu telah ditahan oleh polis Sarawak kerana memuat naik kenyataan berunsur fitnah berhubung kematian Adenan,” katanya.

Adenan, 72, meninggal dunia pada Rabu lalu akibat komplikasi jantung. – BERNAMA


Read More...

Awas Kakitangan JKR.. Anda Sedang Diperhati..



"Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia dinasihat dan diperingatkan untuk menghindarkan diri daripada membuat sebarang komen-komen negatif dan tidak sepatutnya di laman media sosial berkaitan pemimpin-pemimpin negara, dasar dan polisi kerajaan dan perkara-perkara yang berkaitan.

Oleh yang demikian, Mana-mana warga JKR yang didapati benar membuat komen-komen sedemikian maka siasatan dan tindakan akan diambil mengikut prosedur sedia ada di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993", seperti yang dipetik menerusi website rasmi Jabatan Kerja Raya.

Ringkasnya ;

1. Kakitangan JKR jangan nak memandai-mandai buat komen-komen negatif, jelek, atau seangkatannya dengannya ke atas isu-isu yang membabitkan, menyentuh atau ada kaitan dengan pemimpin-pemimpin negara, polisi dan dasar-dasar kerajaan.

2. Korang nak komen kat page-page politik samada pro kerajaan, anti kerajaan, page-page pemimpin atau apa, pastikan komen-komen itu tak bersifat negatif / menentang dasar-dasar kerajaan dan pemimpin negara.

Faham tak?

So, tak reti-reti lagi nak buat fake account? Cover la identiti sendiri. Zaman-zaman gawat neh kau nak jadi berani takde masalah asalkan kau kaya. Kalau ko miskin dan cukup-cukup makan tak payah la nak berani mati sangat. Sia-sia je. Lepas tu jadi modal pepuak netizens mengutuk. Depa bukan boleh. Ade je tak kena.

Kah Kah Kah!

- amenoworld




Read More...

Friday, 13 January 2017

Annuar Musa Mesti Disiasat..


Penafian Tan Sri Annuar Musa terhadap dakwaan penggunaan wang MARA untuk menaja skuad bola sepak Kelantan tidak memadai untuk menolak tuduhan berkenaan.

Peguam, Haniff Khatri Abdulla, berkata ada beberapa dokumen dikemukakan bersama tuduhan ke atas Annuar bagi mengaitkan MARA dengan pasukan The Red Warriors (TRW)

Justeru, katanya, tuduhan mengenai salah guna kuasa dan dan wang oleh Annuar - atas kapasitinya sebagai pengerusi MARA - mesti disiasat segera oleh polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Annuar juga wajib dipanggil untuk memberi keterangan dengan serta-merta," katanya dalam kenyataan kepada media semalam.

Annuar yang juga ketua penerangan Umno semalam disebut secara tidak langsung oleh Tengku Mahkota Johor dalam kenyataan umumnya.

Menurut Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Annuar perlu memberi kenyataan mengenai tajaan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) "yang dipaksa untuk menaja" pasukan TRW.

"Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan TRW yang mana Tan Sri sendiri merupakan pengerusi MARA.

"Tidak cukup dengan pelaburan MARA yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa," katanya.

Tunku Ismail memang tidak menyebut secara khususnama Annuar dalam kenyataannya, namun ia jelas ditujukan kepada anggota parlimen Ketereh itu.

Annuar dalam reaksinya selepas itu bagaimanapun menjelaskan, MARA tidak pernah menaja pasukan bola sepak Kelantan "walau satu sen" pun.

Malah kata Annuar, logo 50 tahun MARA pada bahagian lengan jersi pasukan TRW dipamerkan secara percuma, walaupun ia sebenarnya bernilai RM250,000.

"Ia satu penghormatan kepada MARA daripada TRW. UniKL pula sebuah syarikat swasta, ia tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya. Jadi tidak timbul ia menggunakan dana biasiswa.

"Sebagai syarikat swasta ia mempunyai polisi sendiri terutama dalam soal penjenamaan, promosi, pemasaran dan mereka mempunyai bajet khusus untuk itu," katanya di Facebook.

Selain jawatannya dalam Umno Annuar juga berkhidmat sebagai procanselor UniKL dan institusi pendidikan itu dimiliki sepenuhnya oleh MARA.

- mkini


Read More...

Arahan Menteri Kepada UniKL Dan Mara Bukti Dakwaan TMJ Benar

UniKL, MARA diarah tangguh penajaan selain pendidikan


Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diarah menanguhkan sebarang penajaan tahun ini melainkan untuk pendidikan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri dilapor berkata sebarang penajaan lain perlu diteliti terlebih dahulu.

"Saya akan dapatkan laporan lebih terperinci dari UniKL dan Mara. Seperti saya kata saya tak dimaklumkan mengenai perkara ini.

"Apa-apa pun saya akan dapatkan laporan.

“Cuma untuk sementara waktu ini, sebarang penajaan mesti tunggu dulu. Biar saya tengok," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau ditanya isu penajaan pasukan The Red Warriors (TRW) selepas bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa dilapor menafikan dakwaan menggunakan kedudukan untuk memastikan Mara dan UniKL menaja pasukan itu.

Isu penajaan UniKL dan MARA timbul susulan pendedahan Tunku Mahkota Johor semalam yang mempertikaikan penajaan terhadap pasukan bola sepak Kelantan.


Tunku Ismail Sultan Iskandar turut mendedahkan beberapa dokumen berkaitan penyaluran wang tajaan MARA dan UniKL kepada pasukan Kelantan, termasuk baucar pembayaran, slip deposit cek dan surat menyurat berkaitan.

Beliua mempertikaikan langkah itu atas alasan ia dibuat ketika UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia sebanyak RM700 juta tahun lalu.

MARA adalah syarikat milik kementerian itu. UniKL pula institut pengajian tinggi milik MARA.

Annuar dalam penjelasan terbarunya hari ini mengucapkan "terima kasih" atas edaran itu kerana ia menunjukkan kedua-dua pihak lakukan dengan begituteratur.

Annuar Musa: Dokumen buktikan tajaan Kelantan telus


- malaysiakini


Read More...

Dipukul Dan Disepak Gagal Capai Sasaran Jualan RM200 Sehari


Jumiah Otto menemani anaknya, Nur Firdaus Ibrahim ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail

JOHOR BAHRU – Walaupun cuba menyembunyikan pen­deritaan, namun perasaan cu­riga seorang kakak berjaya menyelamatkan adik tirinya da­ri­pada terus menjadi mangsa dera majikan hanya kerana gagal mencapai sasaran jualan aksesori dan pewangi kenderaan sebanyak RM200 sehari.

Norazlin Yusof, 36, hanya me­nge­tahui nasib malang yang me­nimpa Nur Firdaus Ibrahim, 22, anak kelapan daripada sembilan beradik, dari Felda Nitar 1, Mer­sing selepas terserempak dengan mangsa di Taman Perling, di sini Sabtu lalu.

“Ketika itu, saya sedang berurusan di sebuah bank apabila ternampak Nur Firdaus yang dalam keadaan tidak terurus sedang menjual minyak kereta.

“Saya tegur dia (Nur Firdaus) dan bertanya mengenai luka-luka pada beberapa bahagian anggota badannya, namun dia mendakwa terjatuh motosikal,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Norazlin yang curiga dengan jawapan Nur Firdaus pergi ke rumah majikan mangsa, yang juga merupakan rakan sekampung mangsa di Taman Johor Jaya, di sini Isnin lalu bagi mendapatkan penjelasan.

Sampai di rumah ber­kenaan, hanya adik tiri saya ada di rumah dalam keadaan tidak terurus dan lemah manakala majikannya dipercayai telah melarikan diri.

“Saya kemudian bawa Nur Firdaus ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini untuk mendapatkan rawatan selain membuat laporan di Balai Polis Johor Jaya pada hari yang sama,” katanya.

Ibu mangsa, Jumiah Otto, 56, berkata, anaknya itu mendakwa dipukul sekiranya tidak mencapai sasaran jualan sebanyak RM200 sehari seperti yang ditetapkan oleh majikannya itu.

“Dia terpaksa merahsiakan perkara sebenar daripada keluar­ga kerana gerak-gerinya ketika men­jual aksesori kereta sentiasa dipantau majikannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Jokhiri Abd. Aziz berkata, usaha menjejaki suspek yang menghilangkan diri giat dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dipukul oleh suspek menggunakan rotan selain turut dipukul dengan ta­ngan serta disepak terajang,” katanya.

“Kesan kecederaan dialami mangsa antaranya parut dan lu­ka melecet di bahagian tangan, bengkak di mulut, bengkak dan berdarah di telinga serta kesan luka, berdarah dan kesan parut kecederaan lama di belakang ba­dan,” katanya.

- utusan





Read More...

Thursday, 12 January 2017

Ajaib Kalau Boleh Kalahkan Najib


Walau gandingan, yang tidak pernah diramalkan penganalisis, antara dua musuh ketat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekalipun tidak akan dapat menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya umum akan datang.

Demikian hujah seorang penganalisis politik menerusi artikel yang tersiar dalam jurnal politik The Diplomat.

Ong Kok Hin dari Institut Pulau Pinang menggariskan empat sebab kepada kebuntuan politik Malaysia iaitu penyelewengan pilihan raya, kegagalan institusi, perpecahan politik dan garis kesalahan masyarakat.

"Sehingga dan melainkan ia berubah, pembaharuan akan menjadi rapuh di masa yang terbaik dan kosmetik di kala paling teruk," katanya.

Berhubung penyelewengan pilihan raya, Ong berkata, jika cadangan persempadanan semula terkini berkuat kuasa sebelum pilihan raya, maka hasilnya adalah ketidakseimbangan bilangan pengundi bagi kawasan yang berlainan atau 'malapportionment'.

"Malapportionment adalah perbezaan saiz kawasan pilihan raya yang disebabkan oleh persempadanan semula. Ia menyebabkan perwakilan tidak saksama kerana ia memberikan nilai undi yang tidak sama rata.

"Sebagai contoh, seorang pengundi di Putrajaya mempunyai nilai bersamaan seorang pengundi di Kapar kerana kedua-dua kawasan pilihan raya mempunyai satu kerusi - walaupun Putrajaya mempunyai kira-kira 15,991 pengundi dan Kapar pula 144,159 pengundi.

"Malah dalam negeri yang sama, perbezaan saiz kawasan pilihan raya adalah menarik. Di negeri Selangor, Damansara adalah empat kali lebih besar daripada Sabak Bernam.

"Mana-mana tiga kawasan Parlimen yang sangat kurang diwakili di Selangor adalah lebih besar daripada tiga kawasan pilihan raya kecil yang digabungkan.

"Ia bukan satu perbezaan matematik saiz kawasan pilihan raya. Ia adalah pembungkusan secara sengaja penyokong pembangkang ke dalam kawasan bersaiz mega, melemahkan keupayaan untuk menang kerusi lain dan menyebabkan kerusi marginal lebih mampu dimenangi parti pemerintah.

"Tidak menghairankan, Damansara dipegang oleh pembangkang dan Sabak Bernam dipegang oleh parti pemerintah," katanya.

Tambah Ong, persempadanan semula pula, di sisi lain, adalah amalan melakar sempadan berdasarkan corak pengundian pengundi supaya ada pihak yang boleh mendapat manfaat.

"Persempadanan semula Malaysia dilakukan dalam tiga cara: penciptaan kawasan yang merangkumi pelbagai pihak berkuasa tempatan, gabungan sewenang-wenangnya masyarakat tanpa minat yang sama dan pengasingan komuniti dan kejiranan tempatan.

- mkini

Read More...

PANAS: TMJ Dedah Tajaan MARA Guna "Wang Rakyat'' Kepada TRW Punca UNIKL Terpaksa Kurangkan Biasiswa Pelajar


Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataannya di laman Facebook JOHOR Southern Tigers telah mendedahkan bahawa tajaan Mara terhadap pasukan bola sepak Kelantan punca Unikl terpaksa kurangkan wang bantuan pelajar.

Beliau tampil membuat pendedahan berkenaan selepas menteri terlibat telah menuduh baginda cuba menumpang populariti dengan kejayaan Faiz Subri dan menyifatkan Baginda angkuh.

TAN SRI, DARIPADA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN KEJAYAAN FAIZ SUBRI LEBIH BAIK LUANGKAN MASA UNTUK JELASKAN MENGENAI TAJAAN PELABURAN MARA DAN UNIKL IAITU DUIT RAKYAT

Saya telah menjangka lebih awal lagi tentang kemenangan Faiz Subri pasti akan mendapat perhatian individu-individu, terutama sekali ahli-ahli politik yang ingin melonjakkan kembali reputasi mereka yang sedang merudum. 

Pertama, kepada Tan Sri yang sentiasa tidak berpuashati kepada saya dan seorang menteri yang kononnya turut ingin menumpang populariti dengan kejayaan Faiz Subri mengatakan saya angkuh dan sebagainya. Biar saya selesaikan mengenai Tan Sri terlebih dahulu. 

Selepas ini, saya akan suruh menteri yang pernah mabuk datang mengadap saya untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia siapa wanita yang berkerja di sebuah syarikat di Johor. Ingat, jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur. Saya tidak kacau orang, jadi jangan menggangu saya.

Baiklah, untuk Tan sri terlebih dahulu. Sebelum menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan Sri juga tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors.

Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara. Tidak cukup dengan Pelaburan Mara yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa. 

UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu. Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat.

Akhir sekali, pesanan saya kepada Tan Sri dan menteri berkenaan, jangan lupa beli jersi baru JDT 2017 yang akan dilancarkan pada malam ini.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Beriktut adalah gambar yang disertakan TMJ.



- Siakapkeli.my

Read More...

Kubur Misteri Dalam Kawasan Sekolah

Gambar Hiasan

Tanda tanya mengenai kewujudan batu nisan dengan replika kubur yang diletakkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Samad di Bukit Kuda, Klang terjawab apabila hasil siasatan Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati ianya bertujuan untuk latihan amali sahaja.

KPM dalam satu kenyataan semalam menyatakan bahawa pembinaan replika kubur oleh Panitia Pendidikan Islam sekolah berkenaan adalah berdasarkan kurikulum Pendidikan Islam Tingkatan Tiga mengenai 'Pengurusan Jenazah' bagi pelajar beragama Islam.

"Bagi mengelakkan kekeliruan dan menjaga sensitiviti pelajar bukan Islam, KPM telah mengarahkan pihak pengurusan sekolah berkenaan untuk memindahkan replika tersebut ke suatu sudut di kawasan surau sekolah bagi tujuan pembelajaran dan latihan amali," menurut KPM.

KPM juga menyatakan bahawa replika tersebut bukan merupakan perkara wajib untuk diadakan namun ia merupakan inisiatif sekolah berkenaan bagi memberi kefahaman lebih jelas kepada pelajar mengenai tajuk pengajaran.

KPM berkata demikian merujuk kepada laporan media tempatan baru-baru ini bertajuk 'Kenapa Ada Batu Nisan di Sekolah, soal Waytha'.

- Bernama



Read More...

Wednesday, 11 January 2017

Rafizi: Felda Cagarkan Apa Untuk Dapatkan Dana Dari Singapura

'Kenapa, bagaimana Felda dapat RM1b dari firma S'pura'


Mengapa Felda bertindak mendapatkan pembiayaan swasta sebanyak RM1 bilion untuk projek perumahan peneroka daripada sebuah firma Singapura?

Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mahu tahu bagaimana Felda memperoleh pembiayaan dari Putra Star Investment Holdings Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

"Sekalipun saya adalah salah sebuah syarikat yang paling kaya di dunia, saya tidak akan berikan RM1 bilion tanpa cagaran.

"Apa yang Felda cagarkan untuk dapatkan pembiayaan tersebut?" tanya Rafizi semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau juga ingin mengetahui lebih lanjut mengenai syarat-syarat perjanjian pinjaman berkenaan.

Felda dan Putra Star Investment Holdings memeterai perjanjian bagi membiayai program Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) pada 6 September tahun lepas.

Laporan Bernama semasa majlis memeterai perjanjian itu memetik Pengerusi Felda ketika itu, Tan Sri Isa Samad sebagai berkata, program berkenaan yang mempunyai nilai pembangunan kasar RM1 bilion mengalami kelewatan ekoran masalah mekanisme pembiayaan.

"Bagaimanapun, isu berkenaan diselesaikan setelah memilih inisiatif pembiayaan swasta melalui Putra Star," jelas Isa yang dipetik agensi berita tersebut.

Rafizi turut mempersoalkan pemilihan Putra Star.

- malaysiakini


Read More...

Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem Meninggal Dunia


Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 1.20 tengahhari tadi di Institut Jantung Negara(IJN) Samarahan.

Di Twitter, Menteri Belia dan Sukan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dengan berkata: "Takziah kepada Puan Sri Jamilah & keluarga serta rakyat negeri Sarawak atas kembalinya ke Rahmatullah Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. Al Fatihah."

Selain itu, Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman turut mengucapkan takziah di Twitternya sebentar tadi.

"Takziah atas pemergian YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem. Al-Fatihah", tulis beliau.

Arwah meninggal dunia 14 hari sebelum hari lahirnya yang ke-73.

Al-Fatihah.




Read More...

Ingatan Buat Jamal: Jawatan Presiden FAS Bukan Tempat Asah Bakat Badut


Gabungan Kelab Penyokong Selangor (GKPS) menempelak hasrat Ketua Kumpulan Gerakan Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Penaung GKPS Datuk Adam Rosly berkata, pihaknya risau jika Jamal menjadi presiden akan ada pemain pasukan yang akan tinggal tuala sahaja apabila hendak beraksi satu hari nanti.

"Jangan jadikan The Red Giants modal politik dan tempat mengasah bakat badut serta parasit," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut Adam (kanan, baju putih), pihaknya maklum dengan impian Jamal untuk bergelar presiden FAS dan angan-angan tersebut dizahirkan secara rasmi ketika bertandang ke pejabat FAS, semalam.

"Nasihat saya mudah, sudah-sudahlah memasang angan dan cuba menangguk di air keruh.

“Kemelut FAS ini tidak wajar dipolitikkan dan usahlah seorang ahli politik picisan seperti Jamal menjadikan ini sebagai batu loncatan untuk popular," katanya.

Semalam, Jamal yang bermuka celoreng bendera Selangor bersama penyokongnya hadir ke pejabat FAS untuk menyerahkan surat itu bersama anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Shohaimi Shadan dan exco Pemuda Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah.

Surat tawaran tersebut diserahkan kepada Exco FAS, Adnan Sarrif.

Jamal juga turut berjanji akan menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan pegawai selepas 14 hari jika dilantik menjadi presiden.

Pada 30 Disember lalu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali meletak jawatan sebagai presiden FAS kerana membantah budaya "politik berlebih-lebihan, melakukan kerja cara lama dan mentaliti bergantung kepada subsidi".

Adam berkata, tindakan Mohamed Azmin dan Exco Belia dan Sukan Selangor Amirudin Shari mengumumkan untuk tidak bersama FAS bukan bermakna persatuan ini harus dipimpin oleh individu sembarangan dan menjadi alat politik orang lain.

Kataya, amat menghairankan apabila secara tiba-tiba Jamal berminat dengan urusan bola sepak yang selama ini tidak pernah diambil kisah.

"Dakyah bahawa hendak membawa bola sepak Selangor setanding dengan JDT adalah satu kenyataan lucu.

“Sebagai penyokong setia, semua peminat tahu kedua-dua pasukan berada pada kelas tersendiri dan berada pada era kegemilangan masing-masing.,” katanya.

Menurut Adam, semua pihak perlu faham bahawa FAS perlu dirombak sepenuhnya bukan sekadar tukar presiden sahaja.

"Kami di Gabungan ingin menasihatkan Jamal agar simpan sahaja impian untuk menjadi presiden FAS kerana jelas hanya akan menghuru-harakan lagi keadaan," katanya.

- mkini




Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP