Zahid minta Muhyiddin beri bukti, bukan sekadar khabar angin
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pendahulunya Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan bukti berhubung dakwaannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memiliki hampir RM1 bilion dalam akaun bank peribadinya.
Beliau juga menyelar Muhyiddin kerana membuat kenyataan tidak berasas berdasarkan khabar angin.
“Minta dia berikan bukti jika dia ada. Dia menuduh perdana menteri kita, jadi dia mesti menunjukkan bukti.
“Jangan buat dakwaan berdasarkan khabar angin,” katanya ketika diminta mengulas satu laporan Muhyiddin mendakwa hampir RM1 bilion sudah ada di dalam akaun bank peribadi perdana menteri malah sebelum kontroversi yang dilaporkan secara meluas mengenai RM2.6 bilion.
Menurut laporan itu, Muhiyiddin berkata beliau difahamkan mengenai simpanan itu sebelum daripada sumbangan yang dikatakan daripada Arab, daripada bekas peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.
Zahid bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat kerjasama keselamatan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwan di sini hari ini.
Mengenai keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini, Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata keputusan mahkamah perlu dihormati.
Mahkamah Rayuan memutuskan perintah menteri dalam negeri untuk mengharamkan penggunaan kemeja T kuning Bersih dan risalah berkaitan dengan perhimpunan Bersih itu tidak munasabah.
Read More...
Summary only...
Seorang bekas pemimpin negara kaki gaduh, kata Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan seorang bekas pemimpin negara yang berkhidmat selama 22 tahun
sebagai kaki gaduh.
Presiden Umno itu berkata ini kerana pemimpin tersebut sering mengkritik pemimpin terdahulu dan sekarang sebagai tidak betul dalam segala tindak tanduk mereka.
"Ada pihak yang mengatakan Malaysia negara gagal, apatah lagi ini disebut oleh bekas pemimpin yang kita sanjung selama ini, saya dan Menteri Besar (Pahang) Datuk Seri Adnan Yaakob antara penyokong setia (pemimpin itu) selama 22 tahun.
"Kita pertahankan dia, tapi hari ini dia tergamak duduk sama dengan pembangkang. Kita semua faham orang yang kaki gaduh ini akan selalu cari gaduh.
"Pertama dengan (perdana menteri pertama) Tunku Abdul Rahman (Putra Al-Haj) (dikatanya) tak betul, (perdana menteri ketiga) Tun Hussein Onn tak betul, (bekas timbalan perdana menteri) Tun Musa Hitam tak betul, (perdana menteri kelima) Tun Abdullah Ahmad Badawi tak betul dan terbaru Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar juga tidak betul," katanya.
Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Cameron Highlands hari ini.
Najib turut menarik perhatian apabila mencabar mana-mana pihak dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Umno termasuk dirinya supaya bertanding dan mencabar beliau selaku presiden dalam pemilihan parti akan datag.
"Kalau hendak jatuhkan saya bertandinglah dalam Umno tapi jangan runtuhkan Umno," katanya ambil disahut tepukan gemuruh.
Malah, Najib secara sinis berkata jika beliau mempunyai hasrat menjadi perdana menteri dan presiden Umno untuk tempoh 22 tahun lagi, perlembagaan parti sebelum ini boleh dipakai.
"Kalau mengikut perlembagaan dahulu, siapa nak bertanding presiden dia mesti mendapat sokongan daripada 56 Bahagian Umno, ingat senang nak dapat, satu pun susah.
"Tetapi bila saya jadi presiden Umno dan perdana menteri saya ambil langkah pindah perlembagaan dan serahkan nasib saya kepada 160,000 perwakilan yang layak memilih," katanya.
Selain itu, Najib meminta rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang laporan berita oleh pihak asing termasuk Wall Street Journal (WSJ) kerana ia tidak akan membawa kebaikan.
"Apa yang penting adalah apa yang kerajaan beri kepada rakyat, bantu keluarga kita, ada pekerjaan atau sebaliknya, semua ini bukan WSJ yang tentu dan berikan.
"Usah ambil kisah sangat cerita daripada pihak luar, tetapi apa yang penting adalah kita mampu pertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, perdana menteri mengulangi kenyataan bahawa keputusan beliau memperkenalkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 dibuat demi keselamatan rakyat dan negara.
"Bila saya jadi perdana menteri saya mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) saya dikutuk kata tak patut, dan bila saya wujudkan Akta MKN saya dikata nak jadi diktator kononnya rampas kuasa daripada Yang di-Pertuan Agong.
"Saya tidak akan memohon maaf untuk tindakan yang saya ambil demi keselamatan negara kerana kalau ada ancaman, ada yang mati, mayat bergelimpangan apakah maknanya? Keamanan negara boleh berubah sekelip mata sahaja," katanya.
- Bernama
Read More...
Summary only...
'Dia kata ada kawan terperangkap dalam stor tapi...'
|
Rakaman CCTV menunjukkan mangsa mengikut lelaki tidak dikenali selepas diumpan mengatakan rakannya terperangkap di dalam stor. |
DUNGUN - "Ketika dia memeluk belakang leher dan mendukung, saya menjerit sekuat hati meminta tolong," itulah apa yang berlaku kepada murid tahun dua sebuah sekolah di sini yang menjadi mangsa cabul oleh lelaki tidak dikenali.
Kata mangsa yang enggan dikenali, dia menggigil ketakutan dan menangis sebaik sahaja berjaya melepaskan diri.
"Saya ikut sebab dia kata ada rakan yang terperangkap di dalam stor tetapi ketika berada di hadapan pintu stor saya dapati tiada sesiapa di sana.
"Saya enggan masuk ke dalam stor menyebabkan dia memeluk belakang leher dan mendukung tetapi melepaskan semula sebab saya menjerit kuat meminta tolong.
"Saya terus lari di tempat yang ada orang dan menceritakan kejadian itu sebelum mereka memaklumkan kepada guru. Saya tidak mengenali lelaki itu tetapi dapat mengecam wajahnya.
"Sejak kejadian itu saya tidak lagi ke kelas Fardu Ain dan hanya bersekolah pagi sahaja.
Memang masih takut dengan kejadian itu dan bimbang sekiranya berulang," luah kanak-kanak malang ini kepada Sinar Harian.
KELUARGA TERKILAN VIDEO JADI VIRAL
Sementara itu, ibu mangsa melahirkan rasa terkilan apabila rakaman CCTV mengenai kejadian menimpa anaknya diviralkan di laman sosial dan lebih menyedihkan apabila ada mendakwa video itu disebarkan oleh keluarga.
"Saya sendiri tidak dibenarkan melihat rakaman CCTV itu tetapi saya sangat tekejut apabila semalam video itu dihantar oleh ibu kepada rakan anak saya kepada kami.
"Saya dapati video itu juga sudah menjadi viral di laman sosial sedangkan kami ibu bapa tidak tahu menahu.
"Selepas membuat laporan polis, ibu kepada lelaki yang cuba mencabul anak saya datang merayu supaya tarik balik laporan. Saya katakan kepadanya bayangkan anak saya ini adalah anak dia, bagaimana perasaannya walaupun memang ada rasa kesian kepada ibunya itu.
"Sekarang saya serahkan kepada pihak polis dan undang-undang untuk mengambil tindakan serta kejadian ini menjadi satu pengajaran supaya kami lebih berwaspada mengawasi anak-anak walau di mana sahaja berada,"katanya.
- sharian
Read More...
Summary only...
Nuan Nuan Mungkin Dihantar Pulang Ke China Apabila Usianya 2 Tahun
|
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (baju kuning) berkenan melihat ibu panda Liang Liang memakan kek hari lahirnya di Pusat Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara |
KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Zoo Negara tidak merancang melanjutkan tempoh penyimpanan Nuan Nuan, anak panda betina kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dari China, selepas tahun depan.
Ini kerana kos tinggi yang perlu ditanggung jika dilanjutkan tempoh dua tahun yang ditetapkan dalam perjanjian antara Malaysia dan China, kata Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Datuk Seri Zaharin Md Arif.
"Mengikut perjanjian antara Malaysia dan China, kami perlu membayar kos sewa sebanyak US$600,000 (US$1 = RM4) secara 'one off' atas anak panda itu tidak termasuk premium insurans tahunan bernilai RM200,000.
"Namun demikian, kami akan berbincang dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan China Wildlife Conservation Association tentang perlanjutan tempoh simpanan anak panda itu pada bulan November nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan hari jadi ke-10 pasangan panda gergasi di Zoo Negara hari ini.
Pengarah Zoologi dan Veterinar Zoo Negara Dr Mat Naim Ramli berkata jika tempoh simpanan Nuan Nuan panda dilanjutkan, kos penyelenggaraan dan pengasingan ruang perlu diambil kira.
"Hal ini kerana tempoh 'relationship' antara ibu dan anak panda adalah di bawah dua tahun dan selepas itu anak panda akan diasingkan daripada ibunya untuk hidup berdikari.
"...dan kontrak itu hanya boleh dilanjutkan selama dua tahun lagi," tambah beliau.
Bersempena sambutan ulang tahun ke-10 kelahirannya, dua kek buah-buahan khas disediakan untuk Xing Xing dan Liang Liang di kawasan pameran Giang Panda Conservation Complex.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan majlis hari jadi pasangan panda gergasi itu.
Dr Mat Naim berkata Xing Xing dan Liang Liang serta anak mereka Nuan Nuan berada dalam keadaan sihat.
"Setakat ini berat badan mereka masih kekal dan tidak pernah menyusut iaitu Xing Xing pada 130kg, Liang Liang beratnya 109kg dan Nuan Nuan pula 31kg," katanya.
Pasangan panda gergasi itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama Fu Wa dan Feng Yi, tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014 sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing.
-- BERNAMA
Read More...
Summary only...