Wednesday, 30 November 2016

PAU Medan Untuk Kutuk Mahathir

Tidak perlu rasa terhutang budi kepada pemimpin khianat


ATIRAH HASLI


KUALA LUMPUR - Umno tidak perlu rasa terhutang budi kepada pemimpin terdahulu yang mengkhianati parti.

Ini kerana menurut Ketua Wanita Umno Silam, Sabah, Mizma Appehdullah, ia sememangnya tanggungjawab pemimpin yang memimpin parti dan kerajaan ketika itu.

"Kita menghargai sumbangan pemimpin terdahulu dengan negara. Mereka yang dulunya yakin bahawa tanggungjawab sebagai orang Umno itu adalah menjaga hak serta keunggulan bangsa hari ini, sanggup berpelukan dengan individu yang melaungkan kebencian mereka kepada kepimpinan negara.

"Mereka bertindih paha, berhantuk lutut dengan orang yang paling benci kepada pembelaan umat ini. Mereka bertutur senda dengan orang yang paling jahil dan sering mempersendakan agama.

"Mereka berkongsi pentas pada pentas yang pernah menuduh mereka zalim, diktator dan kuku besi suatu ketika dahulu," katanya ketika membahas ucapan dasar, Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abd Jalil.

Katanya lagi, parti tidak boleh memandang ringan serangan demi serangan yang  datang dari musuh tradisi, khususnya daripada bekas rakan seperjuangan Umno sendiri.

"Mereka yang menyerang kita bukan hanya musuh tradisi politik tetapi yang menyerang kita juga ialah mereka yang pernah bersama-sama dengan kita, menjadi sebahagian daripada kita memimpin kita dan tahu cara kita bergerak, beroperasi dan berfikir.

"Mereka yang terdiri daripada bekas pemimpin Umno ini juga mempunyai pengalaman yang lama dalam parti. Segenap kelebihan dan kelemahan Umno mungkin akan dipergunakan untuk survival agenda politik mereka," katanya lagi.




Read More...

Jambatan KL Eco City Runtuh: 1 Terbunuh 3 Parah



Laluan penjalan kaki yang menghubungkan KL Eco City dan The Gardens berdekatan Apartmen Abdullah Hukum, di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur dilaporkan runtuh petang tadi.

Menurut sumber bomba, konkrit yang runtuh itu menyebabkan seorang mangsa terbunuh manakala tiga lagi dikatakan kritikal.


-malaysiakini
[Berita penuh menyusul]


Read More...

Tuesday, 29 November 2016

Rosmah Bantu Najib Untuk Dapatkan Nombor Telefon Trump

'Helo, Rosmah dapatkan nombor Trump untuk Najib'



Rosmah Mansor mendedahkan peranannya dalam perbualan telefon antara suaminya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemenang pilihan raya presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Dalam acara semalam, Rosmah berkata beliau terpaksa melakukan banyak peranan di rumah, termasuk menjawab telefon bagi pihak Najib.

“Saya di rumah macam operator, macam setiausaha. Semua saya buat.

“Dalam pukul 2.30 pagi, telefon saya berbunyi dan saya mendapat telefon dari salah seorang besarlah, rakan Datuk Najib yang bermain golf masa di New York.

“Dia kata, Datin Seri, saya minta maaf ganggu pagi-pagi ini. Saya fikir, Allah, apa pula? Mesti penting.

“Kalau lebih dari pukul 12 (tengah malam) telefon kita berbunyi, kita fikir pasti sesuatu yang sangat penting, kecemasan ke apa. Saya kata, ya, Tan Sri, apa masalah?

“Tidak, saya hendak beritahu presiden yang dipilih Trump tunggu telefon Datuk Najib dalam tempoh dua jam lagi,” katanya.

Ucapan itu dimuat naik ke Youtube.

Mendedahkan lebih lanjut, Rosmah berkata pemanggil itu meminta 10 minit untuk mendapatkan nombor telefon Trump untuk diberikan kepada Najib.

“Jadi saya tak boleh tidur, (saya) tunggu sampai dapat nombor telefon presiden Amerika yang dipilih.

“Saya kata OK. Selepas dua jam saya pun kejut Datuk. Eh, eh, apa you kejut I waktu sedap-sedap tidur? Dia marah saya sebab saya kejut dia, 'eh bangun bangun'.

“Apa yang penting sangat? (Saya kata) kamu tahu Donald Trump tunggu panggilan telefon kamu,” katanya.

Najib juga, kata Rosmah lagi kemudian, meminta kepastian atas perkara itu.

“I dapat nombor, saya beritahu Datuk, lebih baik pasang alat penggera. Jadi dia pasang penggera. Saya pun pasang penggera... Bila sudah dua jam, hampir jam 5 pagi, Datuk telefon.

“Donald Trump sendiri angkat telefon,” kata Rosmah.

Beliau juga berasa Trump mudah dihubungi dan Najib tidak perlu melalui ramai orang untuk dapat bercakap dengan jutawan itu.



- mkini



Read More...

Sunday, 27 November 2016

Abang Kucing Cabar Kejantanan Jamal



Jadilah anak jantan dan buat benda yang betul - itu mesej yang disampaikan sekumpulan 'pejuang' yang mencabar ketua Baju Merah untuk beradu kekuatan secara budiman.

Menggelarkan diri mereka Gabungan Pejuang Rakyat Demi Negara, jurucakap kumpulan itu Sharul Nizam Abdul Rahim berkata tujuan utama mereka membuat cabaran itu adalah untuk menegaskan pendirian mereka terhadap aktiviti membuli.

Katanya awal bulan ini dia pernah melontarkan cabaran kepada Jamal tetapi sehingga kini tidak ada reaksi daripada ketua Umno Sungai Besar itu.

Cabaran sama, katanya, dibuat kepada orang kanan Jamal, Razali Zakaria.

"Saya atas nama Abang Kucing Antibuli menyusun wira rakyat untuk mencabar Datuk Seri Jamal Yunos masuk dalam gelanggang (dan beradu kekuatan).

"Daripada bergaduh macam samseng, saya nak ubah jadi pergaduhan yang sah," katanya pada sidang media di Kota Damansara, Selangor hari ini.

Jamal sebelum ini aktif menggerakkan kumpulan Baju Merah mengekori konvoi BERSIH menjelang perhimpunan BERSIH5 di Kuala Lumpur pada 19 November lalu.

Beberapa insiden kekasaran tercetus membabitkan pengikutnya dan penyokong BERSIH.

Ada antara insiden itu malah melibatkan kekasaran kepada wartawan dan jurugambar.

Jamal turut diingati kerana memberi pelbagai amaran dan ancaman termasuk terhadap Malaysiakini.

Sebelum BERSIH5 berlangsung Jamal dan beberapa penyokongnya memuat naik klip video menunjukkan kehebatan mereka bersilat sertamenahan pukulan kayu serta pedang.

Buktikan kekuatan dalam gelanggang

Sharul Nizam berkata Jamal dan penyokongnya sering membuli wanita dan orang tua yang tidak berdaya mempertahankan diri.

"Saya berkelana dari Semenanjung Malaysia hingga Sabah, Sarawak, susun barisan pejuang yang sanggup bertarung lawan Jamal.

"Abang Kucing beri masa sebulan kepada Jamal untuk jawab. Kalau jawapan dia ya, kita boleh bina gelanggang yang sah (untuk bertarung)," katanya.

Ditanya bagaimana pendirian mereka jika Jamal menolak cabaran itu, Shahrul Nizam berkata: "Kalau tak jawab (cabaran), cukuplah sampai di sini. Jangan tunjuk samseng lagi."

Jika bersetuju kata Shahrul Nizam, Jamal bukan saja bebas memilih lawannya malah dibenarkan memilih jenis seni bela diri yang akan digunakan, sama ada silat, tinju, tae kwan do atau sebagainya.

Sementara itu seorang daripada calon lawan Jamal yang memperkenalkan dirinya sebagai Alexander berkata dia sedia berdepan dengan ahli politik itubersendirian atau beramai-ramai.

"Saya bukan samseng. Saya pencinta haiwan tetapi saya terima cabaran (untuk bertarung dengan Jamal)," katanya yang berasal dari Sabah.

Ada kira-kira 200 'pejuang' hadir semasa sidang media itu dan setiap seorang mendapat latihan seni bela diri yang pelbagai.

Ketua mereka, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar berkata beliau dihubungi untuk membantu menganjurkan perlawanan berkenaan dan bersetuju selepas memikirkan ia adalah langkah yang sesuai menghadapi taktik Jamal yang membuli orang lain.

"Cabaran Abang Kucing ini mesti disahut Jamal untuk dia membuktikan kekuatan, kekebalan dia dalam gelanggang," katanya.



- mkini


Read More...

Najib: Mahathir Sudah Tiada Fear Factor



Membesar dengan pemimpin Umno memberi kelebihan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding pendahulunya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam temu bual denganThe Sunday Star, Najib berkata beliau telah bergaul dengan pemimpin-pemimpin parti itu sejak pertama kali menyertai Umno pada usia 23 tahun.

"Saya tidak hanya bergantung kepada MB (menteri besar), saya adalah sebahagian daripada mereka dan itulah sebabnya Mahathir tidak boleh mengusir saya dari Umno.

“Saya menyertai politik ketika hari lahir saya yang ke-23. Ia memberi saya banyak kelebihan kerana saya membesar dengan lebih daripada dua generasi pemimpin dalam Umno," beliau dipetik sebagai berkata.

Presiden Umno itu juga mendakwa Mahathir, yang kini merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sehingga kini gagal menjatuhkannya kerana tidak ada lagi memiliki ‘fear factor’.

“Dia memimpin dengan cara menakutkan. Apabila dia tidak lagi menjadi presiden, tidak ada lagi ketakutan di kalangan (akar umbi) kepada beliau dan beliau tidak lagi dapat mengawal serta menentukan perkara-perkara dalam Umno.

“Ia adalah hormat bukan takut,” katanya lagi.

Dalam temu bual itu, Najib berkongsi perbualan beliau dengan mendiang Lee Kuan Yew pada tahun 2009 yang menyamakan Mahathir dengan peninju heavyweight yang akan terus menumbuk sehingga lawannya terkeluar.

"Beliau (Mahathir) taasub untuk melakukan sesuatu dengan cara beliau, ia adalah cara pintas. Saya dah fikir dia akan menentang saya, apa yang saya tak jangka adalah reaksinya yang begitu buruk.

"Saya rasa itulah sebahagian dirinya. Kecuali dia dapat mengawal secara mutlak, dia tak akan berhenti. Analisis Kuan Yew terhadapnya adalah tepat,” kata Najib.

Mahathir keluar Umno buat kali kedua pada bulan Februari tahun ini dan setakat ini telah muncul sebagai salah satu pengkritik paling lantang Najib mengenai isu-isu berkaitan 1MDB.

Mahathir turut bersama bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat daripada parti Melayu itu untuk menubuhkan BERSATU.


Read More...

Saturday, 26 November 2016

Kartunis Zunar Ditahan Polis Kerana Menghasut



Kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque ditangkap kerana menghasut selepas mengadakan pameran kartun yang didakwa menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Zunar turut ditahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan penghinaan yang disengajakan dengan niat untuk mencetuskan pecah keamanan.

Terdahulu beliau diminta memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Timur Laut di Jalan Pattani.

Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, polis kini akan merampas karya-karya Zulkiflee atau lebih dikenali sebagai Zunar.

"Polis kini akan pergi ke Komtar bersama-sama dengan Zunar untuk merampas semua karya-karya beliau. Lokasi adalah di Asia Comic Muzium Komtar aras 3," kata Sim.

ADUN Seri Delima RSN Rayer mewakili Zunar.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Meor Farid Alatrash mengesahkan penangkapan itu.

"Dia akan ditahan 24 jam untuk membantu siasatan .. jika siasatan tidak lengkap, kita akan mendapatkan perintah reman esok pagi," katanya.





Read More...

Terbang Lebih 3,000m Kesan Pendaki Hilang



KUALA LUMPUR - Misi mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki Malaysia yang hilang ketika mendaki Gunung Damavand di Iran, kini diteruskan menggunakan helikopter yang mampu terbang sehingga ketinggian melebihi 3,000 meter dari paras laut di pergunungan itu.

Resul Sapar, 55, rakan baik kepada pendaki yang hilang itu, berkata helikopter tersebut akan mencari dua pendaki terbabit di sekitar gunung Damavand dan akan mendarat di bahagian timur untuk menyambung pencarian di daratan.

"Helikopter yang membawa pasukan SAR digunakan untuk mengenal pasti kedua-dua pendaki yang hilang dengan mengambil gambar dari udara untuk dianalisa.

"Pasukan SAR juga diturunkan di atas gunung bagi mencari mereka. Ketika ini misi SAR dipecahkan kepada dua kumpulan yang meneruskan pencarian di kawasan timur dan barat gunung itu," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Ditanya perkembangan terkini mengenai operasi berkenaan, Resul berkata setakat ini masih tiada perkembangan lain daripada pasukan penyelamat.

Resul berkata setakat ini, cuaca di Iran dilaporkan cerah manakala pasukan SAR yang terlibat dalam misi tersebut terdiri dua pakar pendakian dari Iran.

Dua pendaki itu, Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, dan Ramli Abd Majid, 34, dilaporkan hilang di gunung berkenaan sejak Ahad lepas, selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.

- Bernama




Read More...

Friday, 25 November 2016

Polis Tangkap Anak Tajuddin Dan Konco Yang Merusuh Di Parlimen



Sepuluh individu, termasuk anak ahli parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang dicari polis susulan kejadian merusuh di lobi bangunan Parlimen, semalam sudah ditangkap manakala seorang lagi wanita menyerah diri, hari ini.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh sehingga jam 10.15 pagi tadi, semua suspek yang jumlah keseluruhannya kini 11 orang berjaya ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata semua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

"Kita minta orang ramai yang mempunyai bukti atau maklumat lain berkaitan kejadian itu untuk tampil menyalurkan maklumat.

"Mereka boleh berhubung dengan pegawai kita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482222," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada sidang akhbar yang diadakan sebelum ini di Bukit Aman, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan membuat keputusan jika mereka mahu bertindak ke atas ahli parlimen yang membawa kumpulan itu ke dalam kawasan Parlimen.

Ini, katanya bergantung kepada niat anggota parlimen itu.

Semalam, sekumpulan individu cuba menyerang Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad di kawasan Parlimen.

Khalid dan Tajuddin terbabit dalam pertikaman lidah di Dewan Rakyat, Isnin lalu apabila ahli parlimen Pasir Salak itu secara sinis menggelar ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.

Pertengkaran kemudiannya tercetus dan Khalid turut bangkit dan menggelar Tajuddin dengan panggilan "sial" kerana tidak mahu menarik balik kata-katanya itu.

Tajuddin juga mengancam untuk menyaman ahli parlimen Shah Alam itu.





Read More...

Pasangan Kasari Penguatkuasa MBSA Di Penjara 14 Hari



Pasangan suami isteri dalam video viral yang mengasari seorang anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika menjalankan tugas di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, semalam, dihukum penjara 14 hari.

Portal Berita Harian Onlinemelaporkan majistret P Sarulatha menjatuhkan hukuman itu selepas pasangan suami isteri berkenaan, Lor Ka Hoo, 35, dan Tan Sit Fun, 30, mengaku salah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.

Sarulatha turut memerintahkan mereka membayar denda RM3,000 seorang dan jika gagal, tertuduh diarahkan penjara tujuh hari.

Bagaimanapun, Sarulatha membenarkan penangguhan hukuman sehingga selesai rayuan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 23, ketika sedang menjalankan tugas dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam video 2 minit itu, mangsa bersama seorang rakan setugas sedang menjalankan tugas di kawasan Bukit Rahman Putra dan mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kereta.

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan kemudiannya tercetus.

Lelaki itu dirakamkan menengking mangsa, selain mengugut mahu mencederakannya manakala isterinya pula terus menarik belakang baju mangsa yang cuba beredar.

- mkini


Read More...

UPDATE Video Viral: Pasangan Biadap Terhadap Penguatkuasa Ini Akhirnya Ditangkap Polis



SUNGAI BULOH - Padah menghalang penjawat awam menjalankan tugas, lelaki dan wanita yang terlibat dalam insiden pagi semalam telah ditahan polis. 

Menurut sumber, pasangan berkenaan telah ditahan beberapa jam selepas video insiden itu viral di media sosial. 

Berdasarkan keterangan mangsa, Nurul Ain Isa, berkata, pasangan terbabit berang dengan tindakannya mengeluarkan saman terhadap mereka kerana tidak mempamerkan kupon meletak kereta. 

Mangsa telah menjelaskan bahawa saman yang telah dikeluarkan tidak boleh dibatalkan. Penjelasan itu membuatkan pasangan itu bertambah berang dan bertindak menghalang dan merakam gambarnya dengan tujuan menghalang mangsa menjalankan tugas.

Orang ramai dinasihatkan berhenti memuat naik komen-komen berunsur perkauman kerana insiden tersebut bukan melibatkan bangsa, sebaliknya sikap pasangan berkenaan yang tidak menghormati penjawat awam yang menjalankan tugas dan enggan mengaku kesalahan diri. - The Reporter

----------------------------


Semalam viral di Facebook apabila penjawat awam wanita dikepung oleh satu pasangan dan mereka seolah ‘membuli’ penjawat awam tersebut. Seorang menarik baju dan seorang lagi merakam video dari jarak dekat dan menghalang pegawai wanita itu untuk keluar.

Video tersebut telah mendapat lebih 27k perkongsian di Facebook. Walaupun ramai yang tak tahu perkara sebenar kejadian, tapi jelas di video tu menunjukkan pegawai wanita itu seperti dibuli. Ada lagi seorang pegawai wanita disitu tapi rakannya tu pun tak boleh buat apa-apa.

Biadap, kurang ajar


Tindakan kurang ajar seperti yang anda lihat di video itu telah mengundang kemarahan ramai orang.


Sudahpun ditahan

Beberapa jam selepas kejadian, akhirnya pasangan ni ditahan polis.


Sumber: ohbulan





Read More...

Thursday, 24 November 2016

Serang Khalid: Polis Gesa Anak Tajuddin MP Pasir Salak Serah Diri



Polis meminta 10 individu, termasuk anak timbalan menteri Umno Firdaus Tajuddin menyerah diri bagi membantu siasatan kes merusuh di kawasan parlimen hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata siasatan dibuat bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Selain Firdaus, 34, sembilan lagi yang diminta menyerah diri, termasuk:

Mohd Rizal Shafie, 37
Ariffin Mohamed Ali, 32
Hasnah Md Razali, 48
Sapiah Aini Sulaiman, 48
Norfirdaus Ahmad Zanian, 30
Azmir Ahmad, 41
Mohd Saffek Mohd Saleh, 28
Mohd Faizal Saidina Omar, 34

Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman turut mengesahkan anaknya antara yang 'menyerang' anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad di hadapan lobi parlimen pagi ini.

Bagaimanapun, timbalan menteri pertanian dan industri asas tani menafikan menaja kumpulan tersebut untuk memasuki kawasan Parlimen.

Tajuddin juga berkata “mereka melindungi rakyat Pasir Salak”.

Sebelum ini, parlimen hangat selepas Tajuddin berkata anggota parlimen Seputeh Teresa Kok satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.

Khalid kemudian menyelar tindakan itu dan memakinya kembali sebagai “sial”.

Sementara itu, Amar dalam kenyataannya menjelaskan tiada kecederaan dalam insiden itu.

Beliau bagaimanapun merayu orang ramai, terutama penyokong atau ahli politik tidak membelakangkan undang-undang.

"Institusi dan integriti parlimen hendaklah sentiasa dipelihara dan dihormati semua pihak.

"Tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa juga yang cuba mengganggu gugat ketenteraman awam dan mencetuskan kekacauan," katanya.




Read More...

MP Yang Bawa Serangan Di Parlimen Mesti Bertanggung Jawab



Anggota parlimen yang mewajarkan serangan ke atas Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam) pagi tadi mesti bertanggungjawab atas kejadian itu kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Menurutnya kejadian itu membabitkan pencerobohan serius terhadap kawasan keselamatan.

Malah kata Nur Jazlan, kejadian itu boleh disiasat mengikut undang-undang keganasan.

"Peraturan umum mengenai pelawat parlimen ialah mereka mesti dibawa oleh seorang anggota parlimen.

"Jika mereka itu sebenarnya dijemput seorang anggota parlimen ke kaasan ini untuk menyebabkan kecederaan, gangguan, anggota parlimen terbabit perlu dibawa ke Jawatankuasa (Hak dan Keistimewaan) Parlimen," katanya kepada media di lobi parlimen hari ini.

Khalid yang juga pengarah komunikasi AMANAHdiserang sekumpulan orang di luar lobi parlimen hari ini. Bagaimanapun beliau dapat dilindungi anggota keselamatan di situ.

Orang awam itu - didakwa dari Pasir Salak, Perak - berang kerana Khalid menggelar Datuk Tajuddin Abdul Rahman dengan panggilan "sial".

Tajuddin adalah anggota parlimen Pasir Salak, ketua Umno bahagian itu dan ahli majlis tertinggi Umno.

Beliau juga mengakui salah seorang yang menyerang Khalid ialah anaknya.

Ditanya sama ada penyerang terbabit akan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma, Nur Jazlan berkata, undang-undang biasa perlu digunakan terlebih dulu.

Ditanya lebih lanjut kemungkinan mereka wajar disiasat kerana aksi berkaitan keganasan, Nur Jazlan menjawab: "Mungkin jika ada peruntukan untuk mereka disiasat di bawah akta itu."

Nur Jazlan juga mengakui tahap keselamatan di parlimen perlu dipertingkatkan dan "kecewa" apabila ia dilanggar sedemikian rupa.

"Ini kawasan larangan dan pasukan keselamatan yang berkawal boleh mengambil langkah ekstrem sehingga menembak sesiapa yang menceroboh terutama kepada sesiapa yang dilihat boleh menyebabkan kecederaan dan keamanan kawasan ini.

"Bagaimana kalau seorang pengganas menyelinap dan melakukan tindakan keganasan?

"Apa yang jadi hari ini sama, kecuali ia tidak melibatkan sebarang senjata," katanya.

-mkini

Read More...

VIDEO: Khalid Samad Diserang 'Orang-Orang' Pasir Salak Depan Parlimen



KUALA KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad diserang perusuh ketika beliau menghampiri bangunan utama Parlimen pagi ini.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Amanah itu bernasib baik dengan kehadiran pegawai keselamatan yang sempat menyelamatkannya dan menghalang kejadian menjadi lebih serius.

Namun, FMT dimaklumkan seorang pegawai mengalami kecederaan dalam kejadian huru-hara itu.

Serangan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian di Dewan Rakyat pada Isnin, apabila Khalid memanggil Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebagai “sial”.

Kira-kira 20 hingga 30 lelaki pada mulanya hanya mengganggu Khalid, menjerit “Hidup Pasir Salak! Hidup Pasir Salak! “, tetapi selepas seorang daripada mereka jatuh ketika di depan beberapa pegawai keselamatan Parlimen, ia bertukar menjadi ganas.

Kumpulan rusuhan itu mengejar Khalid dan pegawai keselamatan dapat melindunginya daripada sebarang kejadian tidak diingini.

Kejadian itu berjaya dirakam pemberita FMT yang berada di situ.

Khalid kemudian memberitahu pemberita beliau tidak mengalami sebarang kecederaan semasa serangan itu.

“Mereka tidak berjaya menyentuh saya, terima kasih kepada 4 pegawai keselamatan yang melindungi saya dengan baik.”

Salah seorang lelaki dalam video itu juga dilihat menjerit pada Khalid, berkata “ini kepada baru permulaan”.

Insiden di Dewan berpunca daripada kenyataan timbalan menteri pertanian dan asas tani yang dibuatnya dengan merujuk kepada ahli Parlimen Seputeh sebagai “satu-satunya wanita dengan Kok”.

Beliau enggan menarik balik kenyataannya dan disokong Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee yang memutuskan tiada keperluan melakukannya dengan mengatakan Tajuddin hanya merujuk kepada nama Kok.

Sejak 2 hari lalu, Tajuddin diasak soalan berkali-kali oleh media di lobi Parlimen dan menuduh media memihak kepada pembangkang serta bertegas beliau tidak mengucapkan kata-kata seksis atau salah terhadap ahli Parlimen DAP.

Ketika diminta mengulas mengenai serangan rusuhan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kumpulan itu mungkin disiasat mengikut undang-undang anti-keganasan, berdasarkan video tindakan mereka.

“Kita juga perlu menyiasat siapa membenarkan mereka masuk. Kita tidak boleh membuat sebarang sangkaan,” kata Nur Jazlan.





Read More...

Tuesday, 22 November 2016

Wartawan Kena Marah Dengan Tajuddin Pasir Salak



Cubaan mendapatkan reaksi daripada anggota parlimen Pasir Salak berhubung insiden perang mulut di Dewan Rakyat semalam bertukar menjadi sesi memarahi wartawan.

Ketika diajukan soalan mengenai kenyataannya mengenai Teresa Kok (DAP-Seputeh), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata wartawan yang bertanyakan soalan itu menyebelahi pembangkang.

"Saya tahu kamu adalah propembangkang," katanya di lobi parlimen hari ini.

Semalam Malaysiakinimelaporkan parlimen kecoh seketika selepas Tajuddin menggelar Kok sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu demikian selepas berbahas dengan anggota parlimen pembangkang berkaitan BERSIH5 yang diadakan pada 19 November lalu.

Pertengkaran itu juga menyaksikan Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad menggelar Tajuddin dengan panggilan "sial".

Menurut Tajuddin pembangkang "menghentam" semua orang termasuk perdana menteri dan isterinya menggunakan pelbagai bahasa yang buruk.

"Apa yang mereka tak kata tentang perdana menteri, Rosmah (Mansor) dan kami semua? Mengapa kamu semua diam?

"Mengapa kamu tak bertanya kepada mereka mereka (pembangkang)? Kamu tak bertanya sebab kamu pembangkang. Saya tahu kamu pembangkang," katanya kepada lebih 10 wartawan yang berada bersamanya.

Menurut Tajuddin wartawan sepatutnya bersikap adil dalam laporan dan bertanya kedua-dua pihak (BN dan pembangkang) berhubung isu itu.

Bagi dirinya Tajuddin berkata beliau hanya mempertahankan diri.

"Mengapa Khalid Samad cakap sial? Kamu tahu makna sial? Mengapa kamu tak ajar mereka bahawa perkataan itu salah, tak boleh guna," katanya.

Mengenai Kok, Tajuddin berkata beliau hanya menyebut nama keluarga anggota parlimen DAP berkenaan.

"Saya cuma kata Teresa Kok satu-satunya wanita dengan nama Kok. Apa salahnya? Itu nama keluarga beliau. Kamu nak saya kata macam mana?" katanya.

Berkaitan nasihat Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulis supaya semua anggota parlimen berhati-hati berucap bagi mengelak pertengkaran seperti semalam, Tajuddin berkata wartawan perlu mengajar wakil pembangkang supaya bersopan santun.

"Minta pembangkang beradab bersopan, kamu berani?

"Kamu berani bertanya saya kerana kamu pembangkang. Kamu tak mengundi BN, kan? Kamu undi BN? Tak," katanya.

- mkini




Read More...

AS Akan Keluar Dari TPPA Pada Hari Pertama Trump Bertugas



Donald Trump akan memulakan proses membawa AS keluar dari Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik pada hari pertama memulakan tugasnya sebagai presiden, kata tokoh itu semalam.

Menggelarkan perjanjian ditandatangani 12 negara itu sebagai "potensi untuk bencana kepada negara kita" Trump berkata beliau akan memfailkan makluman pemberitahuan untuk menyatakan keinginan Washington menarik diri daripada perjanjian diusahakan Presiden Barack Obama seawal hari pertama beliau bertugas secara rasmi pada 20 Januari akan datang.

Sebagai pilihan kata Trump beliau akan mengusahakan perjanjian perdagangan yang "adil".

Melalui video dimuat naik untuk memaklumkan perkembangan terkininya menjalankan proses peralihan di Rumah Putih Trump berkata pasukannya "bekerja sangat lancar, cekap dan berkesan".

"Lelaki dan wanita yang benar-benar hebat dan berbakat dan sungguh patriotik sedang dibawa masuk dan tidak lama lagi akan menjadi sebahagian daripada kerajaan untuk membantu kita menjadikan Amerika hebat kembali," katanya.

Trump berkata beliau akan memulakan pentadbirannya dengan perintah eksekutif untuk membatalkan sekatan ke atas pengeluaran tenaga, termasuk syal dan arang batu bersih; memerlukan pemansuhan dua peraturan bagi setiap peraturan baru yang diwujudkan; memerintahkan Jabatan Pertahanan membangunkan pelan menghadapi serangan siber; dan mengarahkan siasatan terhadap penyalahgunaan program visa dan melaksanakan larangan melobi selama lima tahun ke atas bekas pegawai pentadbiran.

- dpa







Read More...

Monday, 21 November 2016

Dr M Hadir Himpunan Untuk Desak Bebaskan Maria



Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Dataran Merdeka untuk menghadiri himpunan ekoran penahanan ke atas Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah.

"Bebas Maria, Bebas Maria," laung Mahathir bersama-sama dengan kira-kira 450 penyokong malam ini.

Mahathir berkata, negara ini ditadbir oleh kepimpinan kleptokratik.

"Beberapa pemimpin BERSIH ditangkap, bukan itu sahaja, mereka diseksa.

"Saya sedih apabila diberitahu Maria dikurung dalam penjara.

"Ini adalah perbuatan kejam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak...Orang-orang seperti ini tidak seharusnya menjadi perdana menteri," tambah beliau.

Maria Chin ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 pada Jumaat lepas.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan ditahan di bawah Sosma yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga 28 hari.

Himpunan sedemikian akan diadakan pada setiap hari sehingga Maria dibebaskan.

- mkini







Read More...

PAS mampu pimpin gabungan pembangkang yang baru, kata Khairuddin



KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin kanan PAS hari ini berkata parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak akan mengikut acuan orang lain malah bertegas mampu untuk memimpin gabungan pembangkang yang baru.

Jelas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Khairuddin Aman Razali, PAS boleh jadi faktor penentu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang kerana tidak terikat dengan gabungan pembangkang mahupun kerajaan.

"Kita telah tegaskan bahawa PAS akan bersendirian. Sesiapa boleh ikut PAS kita ada Gagasan Sejahtera dan kita boleh mengajak BERSATU (PPBM) bersama dengan gagasan kami, itu saja.

"Tidak untuk kita ikut orang lain. PAS boleh pimpin pembangkang.

"Kita boleh jadi penentu dan mungkin kita menang negara, kita tidak tahu," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Khairuddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa yang berkata tidak mustahil Umno menerima PAS dan PAS menerima Umno untuk bekerjasama.

Kata Annuar, PAS-Umno mempunyai banyak titik persamaan iaitu perjuangan terhadap agama, selain ingin melihat keamanan, kesejahteraan dan kedudukan Islam pada kedudukan terunggul.

Ujar Khairuddin lagi, PAS hanya enggan menjalin hubungan dengan DAP dan serpihannya Amanah tetapi masih terbuka dengan Umno-Barisan Nasional (BN).

Namun katanya lagi, pendirian PAS masih sama iaitu tidak akan bergabung dengan Umno-BN untuk tujuan politik.

"Dengan DAP ya (putus hubungan). Amanah mereka kita anggap sebagai orang yang keluar daripada PAS dan khianat kepada kami. Takkan ada rundingan dengan PAN (Amanah)," katanya.

PAS kini dilihat "mesra Umno-BN" kerana mahu mendapatkan sokongan dalam usul Rang Undang-undang Pemerkasaan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016.

"Kerjasama dalam ada sahaja perkara yang baik. Itu boleh berlaku contohnya dalam RUU355 kita harapkan kerjasama terutamanya kerajaan.

"Jadi kita akan teruskan sikap kita iaitu bekerjasama dengan sesiapa sahaja dalam perkara melibatkan Islam tetapi kita tegakkan bahawa tidak akan ada gabungan PAS dan Umno," jelasnya lagi.

PAS kini mengetengahkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) apabila tidak lagi menyokong secara membuta tuli terhadap setiap yang dilakukan pembangkang


Read More...

Keberanian Syazwan Zainon Berbahasa Inggeris Tambat Hati Rakyat Malaysia



Perhhhhhhh… Sempoi habis bebbb! Gelagat pemain pasukan Kedah yang baru sahaja diserap masuk ke dalam pasukan Harimau Malaya, Syawan Zainon atau lebih dikenali dengan panggilan Wan Kapet ini mencuit hati seluruh rakyat Malaysia.

Dalam satu temu ramahnya ketika selesai perlawanan Malaysia menentang Cambodia petang semalam… Gomez boleh nampak confident level mamat ni.. Perhhhh, memang power! Walaupun bahasa Inggeris dia agak berterabur.

Namun keyakinan diri yang ada pada dirinya harus dipuji… Tak kisah la grammar dan tatabahasa Inggeris berterabur hilang entah kemana… Tapi semangat dan keyakinan tu kena ada. Dalam satu video yang menjadi viral di laman Facebook ini, korang boleh tengok walaupun Inggeris Wan Karpet ni bersepai, tapi dia tetap steady.

Main bantai je, janji orang faham kan… Lantak la nak cakap tak pandai speaking pun, apa yang penting orang faham. Elok la dari wartawan yang tanya tu.. Hahahaha… Wartawan pun speaking English tak jelas… Jelas lagi Wan Kapet cakap.

Tapi itu semua tak penting… Sebab itu semua kita masih boleh belajar dan jangan pertikaikan kelemahan dorang. Walaupun bahasa Inggeris dorang berterabur tapi setidaknya dorang boleh masuk televisyen… Korang ada?? Haha!

Ronaldo dulu pun tak pandai cakap mat salleh jugak… Tapi lama kelamaan.. Haaa, macam air lajunya dia speaking! Apa yang penting yakin dan mahu belajar. Tergelak keluar air mata jugak la Gomez tengok video Wan Kapet ni… Memang kelakar… Sempoi habis! Yakin betul dia!! – TiraGomez/UtaraNews






Read More...

MP Pasir Salak Buat Kecoh Di Parlimen



Parlimen kecoh selepas seorang timbalan menteri Umno menggelar Teresa Kok (DAP-Seputeh) sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata demikian selepas berbahas dengan anggota parlimen pembangkang berkaitan BERSIH5, kelmarin.

“Yang Seputeh ini kekekek ini kenapa?

“Satu-satunya perempuan yang ada 'Kok' ini Seputeh,” kata Tajuddin.

Anggota parlimen pembangkang kemudian mendesak beliau Tajuddin menarik balik kenyataan itu.

Sebutan nama Kok mirip dengan istilah bagi alat kelamin lelaki dalam bahasa Inggeris.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee bagaimanapun berkata Tajuddin hanya merujuk kepada nama Kok.

Khalid Samad (Parti Amanah Negara-Shah Alam) membantahnya dengan berkata jelas Tajuddin merujuk kepada maksud lain.

Kemudian tercetus perang mulutnya dengan anggota parlimen Pasir Salak itu dan Khalid mengelar kembali Tajuddin sebagai “sial”.

Tajuddin membalaskan dengan berkata “kurang ajar”.






Read More...

Sunday, 20 November 2016

TERKINI: YB TIAN CHUA DAN YB ZURAIDAH TELAH DITAHAN POLIS







Read More...

Saturday, 19 November 2016

Merah Hilang Dalam Gelombang Kuning Menjelang Petang



KUALA LUMPUR, 19 NOV: Peserta Perhimpunan Aman BERSIH 5 semakin ramai membanjiri ibu kota pada sebelah petang.

Bagaimanapun, satu lagi kumpulan yang turut mengadakan demontrasi hari ini, kumpulan baju merah pula semakin menghilangkan diri.

Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, ini membuktikan anggota baju merah tidak mempunyai daya ketahanan seperti peserta BERSIH 5.

“Petang ini merah dah hilang. Mereka bila lapar, mereka baliklah,” kata Shamsul Iskandar di pentas sementara berhampiran KLCC petang ini.

Jelasnya, ini turut menunjukkan perjuangan baju merah tidak diterima rakyat.

Sementara itu, di KLCC petang ini mengumpulkan pemimpin utama parti politik dan juga pelbagai NGO.

Antara yg turut memberikan ucapan adalah Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN; Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presidennya, Tan Sri Mihyiddin Yassin.

-nR-


Read More...

Lebih 40,000 Peserta BERSIH5 'Tawan' KLCC



Kawasan lapang berhadapan Menara Berkembar Petronas yang menempatkan pusat beli belah KLCC di Jalan Ampang kini dibanjiri lebih 30,000 peserta BERSIH5 petang ini.

Mereka berkumpul di situ dari beberapa lokasi selepas mendapat arahan daripada pengelola perhimpunan.

Sebahagian daripada mereka tiba di lokasi berkenaan menaiki LRT, manakala selebihnya berjalan.

Jika berjalan tempoh yang diperlukan untuk tiba ke situ dari kawasan Masjid Jamek ialah kira-kira 30 minit. Dianggarkan 3,000 orang memilih untuk berjalan setakat ini.

Dianggarkan ada kira-kira 30,000 orang sedang berkumpul di situ atau kawasan berhampiran sambil mendengar ucapan beberapa pemimpin termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr Mahathir tiba di perhimpunan hari ini sejurus selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dari luar negara.

Sementara itu kira-kira 2,000 lagi penyokong BERSIH masih melepak di Jalan Tun Perak manakala sebahagian besar peserta Baju Merah sudah bersurai.






5.30pm: Jalan Tuanku Abdul Rahman - Peserta himpunan BERSIH5 mula beransur-ansur bergerak pulang.

Di persimpangan Kampung Baru menuju ke Jalan Tunku Abdul Rahman juga sudah dibuka untuk kenderaan melaluinya.

Dalam temubualMalaysiakini bersama seorang peserta himpunan yang datang dari Baling, Kedah, beliau berkata sangat kecewa dengan apa yang berlaku kepada negara kini.

Pesara berusia 68 tahun dan enggan namanya dilaporkan itu berkata kehidupan seharian orang ramai kini terbeban.

"Kami orang kampung hidup susah. Kami datang sini menaiki bas untuk kami menyatakan kesengsaraan kami.

"Cukuplah himpunan BERSIH5 ini, kami mahu kerajaan pula mainkan peranan mereka. 

"Fahami kesusahan rakyat. Kami telur sebiji kongsi satu rumah," katanya dengan nada sebak.

Hujan petang depan KLCC

5.25pm: Jalan Ampang - Hujan mula turun. Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kelihatan memakai baju hujan manakala orang ramai yang masih berada di kawasan ini berlindung di bawah payung.

Ambil masa bergambar

5.15pm: Masjid Jamek - Suasana yang kembali tenang digunakan peserta BERSIH5 untuk bergambar dengan kenderaan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang ditempatkan di Jalan Tun Perak.

Pada salah satu kenderaan itu seorang anggota FRU dilihat bersikap 'mesra' kerana memberi kerjasama untuk orang ramai mengambil gambar.

Pada kebanyakan masa anggota terbabit menunjukkan isyarat "peace" ketika orang ramai merakam gambar.

"Abang! Pos sikit!" kata seorang lelaki ketika dia menghalakan kamera pada telefonnya ke situ.

Stesen bas jadi pentas

5pm: Jalan Ampang - Menyedari ada peserta tidak dapat mendengar ucapan yang disampaikan di kawasan agak jauh daripada mereka, beberapa pemimpin pembangkang membuka 'pentas' baru berhampiran sebuah stesen perhentian bas.

Setiausaha Agung PRK Rafizi Ramli misalnya membangkitkan beberapa isu dalam ucapannya, termasuk kadar hutang ditanggung kerajaan.

Katanya isu berkenaan dibangkitkan atas pertimbangan ia melibatkan kepentingan rakyat.

Rafizi juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "tidak dapat tidur lena" malam ini kerana menyedari ramai orang mahu beliau berundur.

Jumlah peserta meningkat 40,000

4.55pm:  KLCC -  Kehadiran orang ramai di sekitar KLCC kini dianggarkan seramai 40,000 orang.

Lautan 'kuning' memenuhi sekitar Jalan Ampang dari pejabat Lembaga Getah Malaysia hingga ke Pusat Pelancongan Malaysia sejauh kira-kira 600 meter.

Bagaimanapun segelintir peserta BERSIH5 dilihat mula beransur-ansur pulang kerana keadaan langit yang mula gelap serta sesekali guruh kedengaran.

Perhimpunan dijangka tamat pada jam 6 petang ini.

Kita bukan Jamal, kata Dr M

4.45pm: Jalan Ampang - Dalam ucapannya Dr Mahathir berkata peserta BERSIH5 berkumpul dengan aman - berbeza daripada ketua kumpulan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos.

"Kita bukan Jamal (yang) apabila kena tumbuk dihidung, menangis...." katanya.

Bekas perdana menteri itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua peserta kerana tetap turun ke jalan raya walaupun dalam keadaan politik semakin memburuk.

"Kita bulan lagi hidup di bawah sistem demokrasi, tetapi negara klepotokrasi yang diperintah pencuri," katanya.

Sementara itu Muhyiddin berkata tiba masanya untuk penguasaan BN dan Umno ditamatkan demi rakyat.

Beliau juga menggesa orang ramai melakukan perubahan pada pilihan raya umum akan datang.

"Masa depan kita adalah untuk semua. Ia bukan (hanya) untuk saya. Saya dah tua tetapi anda semua yang masih muda," katanya.

Dr Mahathir disambut meriah

4.30pm: Jalan Ampang - Tun Dr Mahathir Mohamad tiba bersama beberapa pimpinan pembangkang.

Kelihatan bersama bekas perdana menteri itu ialah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin, naib presiden yang juga anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub.

Turut berada bersama di atas kenderaan pacuan empat roda itu ialah Ketua Setiausaha Sekretarian Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok (PAS) Syed Azman Syed Ahmad.

Ketibaan mereka disambut dengan tepukan gemuruh orang ramai. 

LRT sibuk luar biasa

4.30pm: Stesen LRT KLCC - Kesibukan luar biasa di sini hari ini dengan kehadiran peserta BERSIH5 yang tiba atau beransur pulang.

Tren yang menuju atau tiba dari stesen Masjid Jamek dipenuhi penumpang BERSIH selain sejumlah kecil penumpang biasa.

Petugas RapidKL didengar menjerit memberi arahan kepada pengguna untuk mengurangkan kesesakan.

"Keluar ke kiri, keluar ke kiri!" katanya.

"Pergi ke pintu sebelah! Jangan masuk kalau dah penuh!" kata kakitangan lain yang cuba menguruskan penumpang memasuki tren. 

Demo dalam jerebu di  China

4.31pm: Himpunan BERSIH5 di  Shanghai, China turut berlangsung dengan kira-kira 100 rakyat Malaysia menyertainya dalam keadaan cuaca berjerebu.

Selain Shanghai, BERSIH5 juga dijadual berjalan di 64 lagi bandar di seluruh dunia.

Zuraida ungkit 'insiden hidung' Jamal

4.20pm: KLCC - Anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berucap kepada orang ramai dengan membangkitkan insiden hidung berdarah melibatkan pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos minggu lalu.

Zuraida berkata, seluruh rakyat Malaysia gembira dengan perkara itu.

“Siapa tumbuk Jamal?” Soalnya sambil dijawab “polis” oleh orang ramai.

Mereka selepas itu senyap bagi menghormati laungan azan yang sedang berkumandang.

30,000 di KLCC

4.20pm: Kuala Lumpur -  Penyokong BERSIH membanjiri KLCC sehingga melimpah sehingga Jalan Ampang.

Kumpulan dari Masjid Jamek juga tiba di KLCC menggunakan LRT. Ramai lagi yang menunggu giliran untuk ke Menara Berkembar Petronas.

Peserta di sini mencecah angka 30,000 orang.

Di Jalan Tun Perak, kira-kira 1,000 penyokong BERSIH masih berada di situ, kebanyakannya aktivis mahasiswa.

Mat Sabu kutuk penahanan Maria 

4pm: KLCC - Parti Amanah Negara (Amanah) president Mohamad Sabu mengutuk penahanan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.

Katanya, Maria tidak pernah menyebut berkaitan menggulingkan kerajaan.

“Dia hanya sebut tukar kerajaan melalui pilihan raya. Tiba-tiba di ditahan Sosma,” katanya.

Kebanyakan Baju Merah sudah beredar

4.07pm: Jalan Raja Laut - Hanya tinggal kira-kira 20 orang sahaja peserta Baju Merah yang tinggal apabila kebanyakan daripada mereka telah bersurai.

Ketika bersurai, ada antara mereka singgah ke kedai makan dan juga terdapat segelintir yang masih lagi 'melepak' di tepi jalan di Jalan Raja Laut.

Sebahagian besar daripada peserta di sini berjalan menuju ke PWTC.

Dipercayai bas yang membawa mereka ke ibu negara berada di sana. 

Kain rentang panjang anti-Najib

4pm: Masjid Jamek - Gabungan Mahasiswa kelihatan mula membuka kain rentang anti-Najib sepanjang lapan meter.

Kain rentang itu dipegang kira-kira 15 orang.

Sementara itu, dalam ucapan aktivis mahasiswa Asheeq Ali mengutuk penangkapan Anis Syafiqah Mohd Yusuf Malam tadi.

Katanya Anis ditahan atas alasan merusuh bagaimanapun perkara itu tidak berlaku hari ini.

"Berjaga-jagalah PRU selepas ini kerajaan tidak dapat lagi tindas kami," katanya sambil melaungkan “student power”.

Sebelum berakhirnya acara, pihak mahasiswa sempat menyanyikan lagu "Terima Kasih Abang Polis" sambil memandang kepada anggota keselamatan yang sedang mengawal.

Cuaca kelihatan agak mendung namun belum ada tanda-tanda untuk peserta ini bersurai.

- mkini



Read More...

Kumpulan Baju Merah Berarak Tutup Muka, Bawa Kayu Dan Buluh



ADA beberapa perkara pelik aku perhatikan di kalangan Samseng Baju Merah — kebanyakan tak berani tunjuk muka, rata-rata menutup muka agar identiti mereka tidak diketahui. Kalau ada pun yang tidak menutup muka, mereka akan cepat-cepat tutup muka bila sedar ada yang merakam atau mengambil gambar mereka.

Aku rasa mungkin kebanyakan peserta kumpulan baju merah ini berasa malu nak dedahkan diri mereka. Siapa pun akan malu bila orang tahu dia sokong Najib pemimpin rasuah. Tambah lagi datang berhimpun semata-mata nak dapat 'dedak' RM50 dan nasi bungkus, sangat memalukan.

Satu lagi perkara pelik ialah ada sebilangan besar kumpulan Baju Merah yang membawa senjata, seperti buluh dan kayu. Ramai berpendapat kayu-kayu itu akan digunakan untuk mempersembahkan aksi pukul-pukul badan macam orang gila seperti yang selalu mereka lakukan.



Buluh-buluh itu dibekalkan oleh sebuah van yang diletakkan berhampiran Bangunan Umno PWTC.


Ada juga yang kata, kayu-kayu dan buluh itu semua akan digunakan sebagai kayu bendera.

Aku tak fikir samseng Baju Merah ini semua berani nak cari pasal dengan kumpulan Bersih yang berbaju kuning, dengan menjadikan kayu dan buluh itu sebagai senjata, kerana Kumpulan Baju kuning jumlahnya berlipat kali ganda berbanding kumpulan merah.


Tapi apa pun kita tahu mereka ni samseng, jadi tidak salah untuk berhati-hati. Aku harap semua peserta Himpunan Bersih, dapat mengambil langkah keselamatan.

- milosuam


Read More...

Video: Pok Mat Su Hampir Kena Tumbuk, Kena Paksa Pakai Baju Merah






Read More...

Jamal Ditangkap Polis Malam Tadi



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Md Yunos yang berikrar menghalang perhimpunan Bersih 5 menerusi Gerakan Baju Merah yang dipimpinnya ditangkap polis awal pagi ini dalam operasi polis yang berjalan sejak semalam.

Jamal ditahan di sebuah hotel di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan ringkasnya, ketua Umno Sungai Besar it berkata dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam jam 1.30 pagi tadi.

“Saya berharap penahanan saya tidak mematahkan semangat para penyokong Baju Merah,” katanya.

Penasihat undang-undang gerakan itu, Mohd Imran Tamrin ketika dihubungi jam 2.00 pagi tadi berkata pihaknya menuju ke ibu pejabat polis untuk maklumat lanjut.

Adalah dipercayai penangkapan Jamal dibuat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kerana merusuh.

Jamal merancang perhimpunan balas hari ini sejak beberapa bulan lalu, sebagai membantah Bersih 5 yang antara lain mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Polis mengisytiharkan kedua-dua perhimpunan Bersih 5 dan Baju Merah tidak memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman walaupun menerima notis 10 hari.

Sementara itu, aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim turut disoal polis.

Adam melalui akaun Twitter berkata polis datang ke bilik hotelnya berhampiran KL Sentral jam 1.30 pagi.

“Mereka datang, tanya soalan, ambil butiran diri termasuk nombor kad pengenalan.”

“Kemudian mereka beredar,” katanya kepada FMT ketika dihubungi.

Sebelum ini Ronnie Liu ditangkap atas tuduhan merusuh, dan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke berhubung ucapan di Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu lepas.

Polis turut menangkap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan urusetia Mandeep Singh selepas pejabat mereka di Petaling Jaya diserbu polis petang semalam.

Setakat berita ini ditulis, difahamkan 14 orang termasuk Jamal ditahan pihak berkuasa.

Berikut senarai mereka yang ditahan:

1. Maria Chin Abdullah
2. Mandeep Singh
3. Anthony Loke
4. Ronnie Liu
5. Luqman Nul Hakim Zul Razali
6. S. Artuchelvan
7. Jimmy Wong
8. Lee Khai Ming
9. Anis Syafiqah
10. Ariffin Abu Bakar
11. Razali Zakaria
12. Muhammad Safwan Anang
13. Adam Adli
14. Datuk Seri Jamal Yunos

- fmt






Read More...

Friday, 18 November 2016

Senarai Terkini Tangkapan Menjelang BERSIH5 Esok




Polis hari ini menjalankan beberapa tangkapan menjelang perhimpunan BERSIH5 dan Baju Merah esok.

Ia melibatkan pelbagai pihak, termasuk aktivis, ahli politik dan pelajar.

Mereka ditahan menggunakan pelbagai peruntukan undang-undang.

Setakat laporan ini ditulis, senarai tangkapan seperti berikut:

Sumber - malaysiakini



Read More...

22 Peninju Cabar Jamal Baju Merah Bertinju



BUKIT CHANDAN - Tindak-tanduk kumpulan baju merah diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos yang kerap mencetuskan provokasi menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Merasakan tindakan kumpulan tersebut semakin melampau, seorang aktivis masyarakat, Sharul Nizam Ab Rahim, 37, melontarkan cabaran terbuka kepada Jamal dalam laman sosial.

Dia yang menggelarkan dirinya ‘Abang Kucing’ mencabar Jamal supaya bertinju di dalam gelanggang sekiranya Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu benar-benar berhasrat menunjukkan kekuatannya.

Menurutnya, setakat ini, seramai 22 peninju dari seluruh Malaysia menghubunginya dan meminta slot bertarung dengan Jamal dalam gelanggang.

Begitupun, katanya, tiada sebarang respon dari Jamal sehingga kini, namun difahamkan Jamal mengetahui perkara itu (cabaran bertinju) yang dimuat naik dalam laman sosial kelmarin.

“Bila saya buat cabaran terbuka sebegini, orang label saya sebagai penyokong Bersih tetapi sebenarnya mereka tidak tahu saya merupakan pemangkah tetap BN di Lubuk Merbau dan Padang Rengas.

“Saya cabar kerana saya lihat kesamsengannya semakin terserlah dan undang-undang juga seakan tidak boleh menyentuhnya. Itu sebab saya cabar beliau buka gelanggang dan bertinju di situ.

“Saya boleh sediakan beberapa peninju dan sekarang pun saya sudah ada 22 orang yang sudi masuk gelanggang menentang Jamal,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Sharul Nizam, beliau melakukan cabaran sebegitu kerana enggan budaya samseng dan pergaduhan terus merebak dalam kalangan masyarakat Melayu.

Katanya, orang Melayu harus ingat bahawa pergaduhan sesama Melayu begitu mahal harganya seperti yang pernah dibuktikan pemimpin terdahulu.

“Berani itu bagus tetapi bijak lebih baik. Kalau kita bergaduh di tepi jalan sebegitu, ia menyalahi undang-undang. Jadi, apa salahnya kita buka gelanggang dan Jamal boleh tunjuk kekuatannya di situ.

“Apa yang membuatkan saya geram adalah apabila dalam satu video, Jamal menolak seorang lelaki sedangkan polis ada di sekelilingnya. Itu salah, sangat salah.

“Yang kamu (Jamal) tolak tu Melayu tau, Islam sama-sama dengan kamu. Saya tidak tengok baju apa orang pakai masa itu tetapi kalau dia usik Melayu, saya akan bersuara,” tegasnya.

Menurutnya, tindakan kumpulan baju merah menunjukkan kekuatan di jalan raya dilihat tidak adil dan tiadanya respon dari kumpulan baju kuning bukan bermaksud mereka takut.

“Mereka masih muda. Bila berlaku pergaduhan, polis akan berkas semua sekali. Bila ada rekod polis, susah untuk mereka cari pekerjaan pada masa depan.

“Sebab itu, mereka tidak melawan. Jadi, kumpulan baju merah janganlah ingat mereka takut lalu mereka terus melakukan lebih banyak provokasi pula,” katanya.

Setakat semalam, status dimuat naik Sharul Nizam viral di media sosial telah mendapat kira-kira 15,000 perkongsian namun sehingga semalam, tiada sebarang maklum balas dari pihak kumpulan baju merah.

- sharian

Read More...

Presiden PAS Dapat RM10 Juta Hasil Lombong Di Kelantan?



Anggaran jumlah sumbangan Vigorous Global Sdn Bhd kepada Pejabat Presiden Pas yang viral di media sosial.

Baca seterusnya di url baru Bloglist Malaysia (bloglistpolitik.blogspot.com)



Read More...

Thursday, 17 November 2016

Tabiat Najib Yang Suka Meminjam Akan Jadikan Malaysia Mengemis



Tabiat kerajaan yang kerap mendapatkan pinjaman besar bagi membiayai projek negara dan ditambah pula dengan kejatuhan nilai ringgit yang berterusan, akan membankrapkan negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam tulisan terbaru di blognya hari ini, bekas perdana menteri itu berkata, rakyat perlu membantah terhadap pinjaman seumpama itu kerana ia akan menimbulkan bebanan kewangan kepada negara pada masa hadapan.

Menurutnya, Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan kereta api berkelajuan tinggi yang dicadangkan dari Kuala Lumpur ke Singapura akan menyaksikan negara terpaksa mengambil pinjaman RM100 bilion.

"Pinjaman dalam denominasi dolar Amerika atau Yuan (China). Ringgit susut nilai begitu cepat ... Malaysia akan dibebani dengan tambahan hutang yang besar ini.

"Jika pembayaran semula dibuat dengan menjual aset kerajaan, sebahagian besar tanah berharga di Malaysia akan menjadi milik asing," tulis beliau, dan berkata bahawa hutang 1MDB juga menjejaskan kewangan negara.

Memetik Greece sebagai contoh, Mahathir memberi amaran bahawa pemberi pinjaman lazimnya mempunyai pengaruh besar ke atas penghutang dan mata wang mereka akan susut nilai.

Beliau memberi amaran bahawa penurunan nilai mata wang akan menyebabkan rakyat menjadi miskin.

"Selepas 60 tahun dengan pertumbuhan yang tinggi, Malaysia akan kembali menjadi sebuah negara membangun yang miskin akibat tabiat meminjam kerajaan Malaysia.

"Lupakan Wawasan 2020. Malaysia akan mengemis untuk mendapatkan bantuan. Dan negara-negara yang bergantung kepada bantuan akan kehilangan banyak kebebasan mereka," katanya.

Mengapa bukan firma Malaysia?

Sementara itu, Mahathir juga mempersoalkan mengapa Putrajaya tidak memilih syarikat tempatan untuk projek ECRL.

Beliau berkata, penggunaan syarikat tempatan akan mengelakkan wang negara mengalir keluar.

"Malaysia mempunyai banyak syarikat yang berupaya dan berkemapuan untuk membina landasan kereta api elektrik.

"Memberi kontrak kepada syarikat asing ertinya wang yang akan mengalir keluar dari negara ini. Ini tidak sihat untuk mana-mana negara," katanya.

Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun, turut mendakwa firma China lazimnya mengenakan separuh daripada bayaran bagi setiap kilometer landasan itu.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata terdapat implikasi kewangan yang besar bagi negara ini berhubung perjanjian kerajaan dengan China, baru-baru.

"Apabila rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan kunjungan Najib ke China, ini bukan kerana mereka menentang China.

“Ia adalah kerana mereka mengambil berat tentang negara ini. Mereka mengambil berat untuk masa kini dan masa depan negara ini," kata Mahathir.


Read More...

Tuesday, 15 November 2016

Siapa Taja Helikopter Jamal?


Read More...

Video: Jamal Diminta Supaya Sentiasa Ingatkan Allah


Read More...

China Nampak Keterdesakan Najib Akibat 1MDB



Ada penyokong kerajaan, khususnya yang taasub kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengherdik saya kerana meminta kerajaan membuktikan bahawa China akan benar-benar melabur di Malaysia dengan membawa masuk modal dari negara mereka.

Hatta laskar siber yang tidak dikenali sebagai penganalisis ekonomi, korporat dan perbankan pun menulis membelasah saya. Kita tahulah yang mereka menyiarkan bahan-bahan yang kilang oleh penulis-penulis hantu pemerintah.

Apa yang saya rasa kita semua perlu khuatir ialah kemungkinan syarikat-syarikat milik kerajaan China tidak akan membawa masuk modal sebaliknya meminjam dari pasaran tempatan bagi membiayai projek-projek mereka.

Bukti sudah ada. Banyak syarikat dari negara China telah mengutip modal dari pasaran tempatan dengan melakukan tawaran awam permulaan (IPO) dan menyenaraikan saham mereka di Bursa Malaysia.

Ada kira-kira 10 buah syarikat macam itu dan sebahagiannya telah mungkir janji sehingga menyebabkan pelabur tempatan rugi besar.

Baru-baru ini pula, agensi berita ekonomi Bloomberg melaporkan yang China General Nuclear Power Corporation (CGN) bercadang membuat IPO bernilai AS$400 juta (kira-kira RM1.8 bilion) di Malaysia seawal tahun depan.

Apabila sesebuah IPO dibuat di Malaysia, logiknya majoriti yang akan membeli sahamnya adalah pelabur tempatan.

Kita tentu masih ingat macam mana awal tahun ini, CGN telah membeli kilang-kilang penjana elektrik milik Edra Global Energy Bhd dengan harga AS$2.3 bilion. Edra adalah anak syarikat 1MDB.

1MDB terpaksa menjual Edra dengan harga murah kerana kesuntukan wang untuk membayar faedah hutangnya yang kini dianggarkan RM53 bilion. Dengan pembelian Edra, CGN kini menjadi pembekal elektrik kedua terbesar di Malaysia selepas Malakoff Berhad.

Jadi adalah tidak mustahil syarikat-syarikat negara China lain yang mendapat kontrak raksasa seperti Bandar Malaysia (tapak TUDM Sungai Besi) dan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur akan juga meminjam modal di Malaysia.

Jadi pelaburan asing yang digembar-gemburkan itu sebenarnya tidak wujud atau kalau wujud pun kecil dan bersifat sementara. Apabila sampai masa, mereka akan pindahkan beban hutang mereka kepada pelabur tepatan melalui IPO.

Natijahnya, syarikat-syarikat milik Kerajaan China membeli aset-aset strategik di negara kita dengan dibiayai oleh kita sendiri melalai pemberian pinjaman dan pembelian saham IPO. Kita mungkin memiliki sedikit saham tetapi kawalan dan pengurusan adalah di tangan mereka.

Hutang mudah bayar susah

Sekarang Najib membebankan kita dengan RM55 bilion hutang tambahan dari China untuk projek kereta api Pantai Timur. Nilai dolarnya ialah AS$13.73 bilion.

Pinjaman mudah, kata beliau. Semudah mana pun beban tetap ada dan akan ditanggung oleh rakyat jelata dan pembayar cukai hingga tahun 2036.

Yang pasti syarikat-syarikat China itu akan membawa masuk kelengkapan, pekerja serta bahan binaan. Mereka juga akan memaksa kita membeli enjin dan gerabak kereta api dari mereka.

Adalah menjadi amalan syarikat-syarikat milik kerajaan China membawa pekerja dari negara mereka untuk melaksanakan projek di luar asing. Itulah yang berlaku di Afrika.

Kajian Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat mengenai kegiatan ekonomi China di Afrika menganggarkan ada kira-kira 250,000 pekerja China di Afrika pada 2014. Angka itu pernah mencapai 300,000 pada 2011.

Tidak kurang penting adalah kesan pergantungan kepada China ke atas keselamatan dan kedaulatan negara serta potensi untuk mencetuskan ketegangan.

Sudah ada kelompok dalam masyarakat kita yang menganggap China sebagai penyelamat dan berasa kita perlu berterima kasih kepadanya.

Akhbar The Star milik MCA dalam rencana 10 September lalu yang bertajuk “The China Factor in Malaysia’s Growth” antara lain, berkata:

“In times of trouble, who is it that comes to support Malaysia? (Dalam kesempitan siapa yang datang membantu Malaysia?) dan dengan bangga akhbar itu menjawab: It is the Chinese. (Ia adalah China.)

Kita bukan anti-pelaburan asing atau anti-China. Negara kita membangun hasil pinjaman luar dan pelaburan asing. Kita tidak mengamalkan dasar ekonomi anti-modal dan isolationist.

Tetapi apa yang kita khuatir sekarang ialah keutamaan yang diberikan kepada China seolah-olah tanpa China, negara kita akan hancur berkecai dan tidak ada negara lain yang bersedia melabur di negara kita kecuali China.

Bukan itu saja, kita seolah-olah memperjudikan maruah, kedaulatan dan kebebasan kita semata-mata kerana mahukan duit China. Nampak seakan-akan kita ini pengemis.

Secara tidak langsung kerajaan Najib mengakui bahawa akibat wabak 1MDB, pelabur asing tawar hati melabur di negara kita atau mereka tidak bersedia melakukan apa yang sedang dilakukan oleh negeri China.

Di pihak lain pula, China sedar keterdesakan (desperation) Najib akibat skandal 1MDB dan mengambil peluang untuk memainkan peranan penyelamat (seperti yang dilaungkan oleh The Star) maka dengan itu mendapat layanan istimewa dan sekali gus menjadikan negara kita boneka dalam mainan geopolitiknya.

DATUK A KADIR JASINadalah Tokoh Wartawan Negara yang kini adalah pemimpin BERSATU. Artikel ini pertama kali dimuatkan di blognya.


Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP