Monday, 25 September 2017

Pemakan Dedak Akan Kembali Kepada Umno..



Mahathir (tiga, kiri) bersama pemimpin Pakatan Harapan lain memegang sepanduk bertulis Pakatan Harapan pada Majlis Makan Malam Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi, malam kelmarin.

BAYAN BARU - Rakyat diminta membuat pilihan bijak pada PRU14 dengan memilih pimpinan yang tidak dibelenggu dengan rasuah.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat tidak perlu membuat demonstrasi jalanan atau rusuhan seperti di negara luar bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada, sebaliknya membuat pilihan tepat dalam pilihan raya.

Menurutnya, sebagai rakyat Malaysia, semua bangsa dan agama sayang terhadap negara yang beri kehidupan baik, namun dengan adanya kerajaan kleptokrasi di bawah BN, negara alami kejatuhan jika tidak ditukar segera.

“Kita hidup dengan aman, walaupun ada perbezaan, kita tidak merusuh, tetapi bila duit kita dicuri, guna untuk beli sokongan dan berlaku salah guna kuasa, kita perlu bertindak.

"Saya tidak minta rakyat merusuh atau berperang, tetapi cukup dengan mengundi Pakatan Harapan dalam PRU14 nanti.

“Sekarang, main isu perkauman pula. Sebab apa, sebab dia tahu kaum Cina tak akan sokong dia. Tapi percaya lah, orang Melayu pun tak akan sokong dia dah. Saya tahu sebab saya turun padang. Semalam (kelmarin) saya turun Selama, Perak 8,000 orang turun dan kebanyakan mereka orang Umno dan Pas,” katanya.

Mahathir berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Spice, malam kelmarin.

Turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP; Lim Guan Eng, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Beliau berkata, amalan pemberian dedak oleh pemimpin tertentu untuk dapat sokongan termasuk menarik semula bekas pemimpin Umno sebagai persediaan menghadapi PRU14 nanti terus diperhebat.

“Dedak akan terus diberi untuk orang sokong dia, dia letak dalam mulut, boleh jadi bisu, letak dalam mata, boleh buta dan letak dalam telinga, boleh pekak. Lama-lama dia akan letak dalam hidung agar tidak boleh bernafas.

"Sebab itu, mereka yang makan rasuah akan kembali kepada Umno kerana mereka tak tahu nak cari duit, hanya bergantung rasuah saja.

“Inikah pemimpin yang kita mahu? Sebagai rakyat yang ada kuasa, kita harus berusaha singkirkan pemimpin begini demi sayangkan negara ini.

"Sekarang pun dia takut sebab dia tahu, Pakatan Harapan bersedia kalahkan BN. Dahulu saya jadi perdana menteri, Umno bukan kuat pun, tapi pembangkang tidak bersatu. Tapi sekarang kita lain, kita dah bersatu, sokong satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, 325 meja terjual bagi mendapat kutipan sumbangan dengan kehadiran lebih 3,000 penyokong Pakatan Harapan.

Majlis itu turut berjaya jual lima potret pemimpin tertinggi Pakatan Harapan iaitu Mahathir; Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kit Siang, Guan Eng, Mohamad Sabu dengan harga RM230,000.

Kelima-lima pemimpin itu turut menurunkan tandatangan mereka pada potret itu.






Read More...

Sunday, 24 September 2017

Pas Buat Laporan Polis Banjir Di Pulau Pinang..



Yaacob (tengah) bersama pimpinan Pas Pulau Pinang menunjukkan laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, semalam.

GEORGETOWN - Pas Pulau Pinang membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri yang didakwa menjadi penyebab utama kejadian banjir di negeri ini.

Pengerusi Lajnah Tanah Pas Pulau Pinang, Yaacob Omar berkata, daripada statistik yang diperolehi, lebih 20 kejadian banjir dilaporkan berlaku dalam tempoh setahun.

Menurutnya, pihaknya mendapati punca kekerapan banjir sejak kebelakangan ini adalah disebabkan tiada perancangan yang baik dibuat sebelum pembangunan dilaksanakan.

“Dahulu, banjir ada berlaku tetapi tidak sekerap ini, dalam setahun dua tiga kali saja. Tetapi sejak kebelakangan ini, banjir makin kerap berlaku. Apa yang kita lihat, kerajaan negeri tidak menjalankan kajian yang sepatutnya sebelum meluluskan projek pembangunan.

“Apabila menjalankan pembangunan, sepatutnya mereka menyediakan sistem parit dan saliran yang baik terlebih dahulu. Namun apa yang berlaku, sistem perparitan dan saliran langsung tidak diambil peduli. Jika parit tidak dibuat dengan betul, maka air akan melimpah dan menyebabkan banjir,” katanya kepada media semalam.





Read More...

Friday, 22 September 2017

Anwar Terlibat Kemalangan Kereta


SHAH ALAM – Kenderaan Jabatan Penjara yang membawa Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat kemalangan jalan raya, tengah hari tadi.

Peguam Anwar, R Sivarasa berkata, kemalangan berlaku di persimpangan trafik berdekatan Saujana Utama, Sungai Buloh ketika dalam perjalanan dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh selepas diwadkan selama empat hari.

“Kenderaan yang dipandu pegawai penjara telah menekan brek untuk mengelak kereta yang datang dari arah bertentangan, dan mengakibatkan kereta pengiring melanggar kereta di hadapan.

“Kereta yang membawa Anwar telah mengalami kerosakan di bahagian belakang kereta. Syukur Anwar tidak mengalami sebarang kecederaan serius, tetapi agak terkejut dan telah diberikan ubat tahan sakit selepas dirawat doktor di Penjara Sungai Buloh,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. S. Jeyaindran dijadual bertemu Anwar petang ini dan menetapkan sama ada beliau memerlukan sebarang rawatan lanjut di hospital.






Read More...

3 'Kuda Tua' Bergabung Untuk Rampas Selangor..


Tiga bekas menteri besar Selangor akan bergabung bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menawan kembali negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata penyertaan semula Tan Sri Muhamad Muhamad Taib dalam UMNO juga memberi aura baharu buat BN di negeri itu.

"Kita dah bincang...bukan sahaja dengan Tan Sri Muhamad Muhamad Taib, tetapi Insya-Allah kita ada Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohd Khir Toyo yang mana ketiga-tiga bekas menteri besar ini akan berganding bahu bersama saya untuk pastikan kemenangan BN di negeri ini.


"Mereka ini (menteri besar) tak pandang jawatan, apa yang penting mereka nak lihat apa yang dilaksanakan dahulu ada kesinambungannya...bukan seperti sekarang. Apa yang kerajaan negeri Selangor dah buat?,"katanya.

Noh, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tiga kawasan perumahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua dan Kajang, dekat Kuala Lumpur, hari ini.

Noh juga mengulangi kenyataannya mengarahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memeriksa semua pusat tahfiz, pondok dan madrasah di seluruh negara susulan kebakaran pusat tahfiz di Kampung Datuk Keramat di ibu negara yang mengorbankan 23 nyawa, Khamis lepas.

"Saya arahkan Bomba untuk memeriksa semua pusat tahfiz dan nasihatkan pihak pengurusan apa yang perlu diperbaiki...kalau pendawaian tak betul, struktur bangunan tak mengikut aspek keselamatan, bagi mereka (pengurusan) tempoh untuk baik pulih dua tiga bulan mengikut budi bicara.

"Bila dah sampai tempohnya, tindakan drastik akan diambil sama ada untuk tutup pusat berkenaan atau membawa kes tersebut ke mahkamah. Dalam masa terdekat ini saya sendiri juga akan turun padang membuat pemeriksaan," katanya.

Beliau berkata hal keselamatan bukan hanya perlu diutamakan di sekolah tahfiz sahaja tetapi juga di kawasan perumahan termasuk rumah pangsa.

Pada lawatan tersebut, Noh meluluskan peruntukkan sebanyak RM4 juta bagi membaik pulih prasarana di tiga perumahan iaitu Perumahan Taman Segar Perdana dan Taman Perkasa Fasa 1 di DUN Dusun Tua serta Rumah Pangsa Taman Kota Cheras di DUN Kajang.

- Bernama





Read More...

Thursday, 21 September 2017

Halau Hamidah: Ini Jawapan Syed Saddiq..

‘Maaf, saya cuma pertahan Presiden’


SHAH ALAM – Tidak mahu memanjangkan isu mengenai tindakan Bekas Naib Presiden Parti Bersatu, Datuk Hamidah Osman meninggalkan parti itu, Armada hanya mahu memberi fokus terhadap perjuangan parti.

Ketuanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, fokus utama Bersatu dan Pakatan Harapan kini adalah untuk membersihkan negara daripada budaya rasuah, salah guna kuasa dan untuk membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup yang semakin teruk.

“Memang betul saya berbeza pendapat dengan beliau berkenaan beberapa isu dalaman tapi jika disebabkan ini beliau merasakan saya biadab, saya minta maaf.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang beliau berikan dalam Bersatu terutamanya pada peringkat awal penubuhan parti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, apa yang dilakukannya hanya mempertahankan apa dirasakan benar dan bertanggungjawab untuk mempertahankan Presiden dan Timbalan Presiden di atas tohmahan yang dilontarkan ke atas mereka.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya untuk masa hadapan beliau dan semoga tidak lupa akan musuh utama negara iaitu rasuah dan salah guna kuasa yang menjerat rakyat dengan beban kos sara hidup yang tinggi,” katanya.

Terdahulu, Hamidah mendakwa telah dihalau keluar dari Bersatu selepas dihalau keluar parti oleh Armada,

Katanya, perkataan ‘berambus’ yang digunakan Syed Saddiq itu agak keterlaluan hingga menyebabkan dia mengambil tindakan untuk keluar parti.  

“Saya sangat sedih, lebih sedih apabila tiada tindakan daripada mereka yang di atas. Saya dah tak mampu nak teruskan perjuangan. Jadi, saya ambil keputusan melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden dan semua jawatan dalam parti.

“Ia bukan mudah untuk dibuat, agak berat, tapi kalau baik untuk kita dan kebaikan yang lain, say buat juga,” katanya.




Read More...

Wednesday, 20 September 2017

Selepas Beri Keterangan Kepada RCI, Nor Yakcob Letak Semua Jawatan



Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad, berkuatkuasa 30 September ini.

Khazanah dalam kenyataan media hari ini berkata, Nor Mohamedmenyatakan perkara itu ketika mesyuarat Lembaga Pengarah Khazanah ke-84, hari ini.

“Beliau juga akan melepaskan jawatannya sebagai PengerusiInstitut Penyelidikan Khazanah berkuatkuasa pada tarikh yang sama,” kata kenyataan itu.

Nor Mohamed yang juga bekas menteri kewangan kedua sebelum ini mengakui turut bertanggungjawab dalam perdagangan mata wang asing yang menyebabkan kerugian besar kepada negara pada 1990-an.

Beliau yang memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung perkara itu awal bulan lalu berkata, sebagai ketua urus niaga, beliau memikul tanggungjawab dan kemudian meletakkan jawatan daripada Bank Negara.

RCI itu menamatkan prosidingnya hari ini, selepas memanggil 25 saksi termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri AnwarIbrahim.

Pengerusi Khazanah Datuk Seri Najib Razak mengucapkan penghargaan kepada NorMohamed atas sumbangannya, terutama berhubung ProgramTransformasi SyarikatBerkaitan Kerajaan yang bermula sejak 2004.

“Ahli lembaga pengarah menerima keputusan itu dan mengucapkan selamat maju jaya kepadanya,” kata Najib dalam kenyataan sama.

Khazanah berkata lagi, Nor Mohamedmerupakan ahli lembaga pengarah paling lamaberkhidmat, iaitu selama 15 tahun, serta menjadi satu-satunya timbalan pengerusi sepanjang penubuhan syarikatpelaburan strategik kerajaan itu.

Katanya lagi, antara sumbangan NorMohamed adalah dalam pembangunan pelbagai koridor ekonomi seperti Iskandar Malaysia diJohor, serta peranannya sebagai penasihat ekonomi kepada perdana menteri (2000-2003) dan menteri di jabatan perdana menteri yang bertanggungjawab terhadap Unit Perancangan Ekonomi (2009-2013).

“Pengurusan dan kakitangan Khazanah dengan setulus hati menyatakan penghargaan dan terima kasih terhadap sumbangan cemerlangnya terhadap Khazanah dan negara,” kata Khazanah lagi.

– Mkini



Read More...

Tuesday, 19 September 2017

BETUL KE MUHYIDDIN DAH SEMAKIN NYANYUK??


Bekas pengasas PPBM, Anina Saadudin menyelar kenyataan bekas Pengerusinya yang didakwa masih gagal menjawab isu kepimpinan yang melanda parti itu seperti yang didedahkan sebelum ini.

Anina dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini turut mempersoalkan tindakan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti bunga itu yang didakwa 'menyisihkan'-nya tanpa sebarang sebab.

Dakwaan itu merujuk kepada cara 'kejam' pemecatan dia daripada jawatan Ketua Srikandi dan kemudian digugurkan sebagai ahli MPT dengan 'menendangnya' daripada kumpulan WhatsApp.

"Pertamanya TSMY menyentuh tentang kononnya saya tidak datang untuk berbincang dengan beliau tentang isu kepimpinan yang saya bangkitkan.
"Seperkara lagi, saya ingin menyarankan supaya TSMY menjawab isu dengan isu yang tepat. Jika TSMY persoalkan tentang locus standi, saya jawab tentang locus standi. Jika TSMY cakap tentang kepimpinan, saya jawab tentang isu kepimpinan. Jadi, saya harap TSMY akan menjawab isu dengan betul.
"Kenapa begitu buruk sekali tadbir urus parti ini. Lebih 40 tahun dalam kabinet dan berpengalaman terkeluar dalam barisan kabinet kerajaan, takkan TSMY tak tahu bagaimana untuk pecat pemimpin parti. Datuk Seri Najib pecat TSMY pun dipanggil berdepan untuk berbincang, ada pemakluman dan ada hitam putihnya.
"Jika pecat pemimpin parti seperti lanun yang humban kelasinya ke dalam laut, bagaimana rakyat nak yakin TSMY boleh memimpin negara," katanya kepada Antarapos melalui sistem aplikasi WhatsApp.

Dalam pada itu, Anina turut menyatakan rasa kecewa dan hairan dengan keengganan Muhyiddin menjawab persoalan 'lokus standi' walaupun atas kapasitinya sebagai salah seorang pengasas PPBM.

"Jika parti ini benar-benar mahu berjuang untuk rakyat maka jangan letakkan jurang antara pemimpin dan rakyat. Jika benar mahu berjuang demi kebenaran maka beranilah berkata benar dihadapan rakyat. Kenapa mengelak utk berdepan dgn saya.
"TSMY gagal membuktikan yang beliau berani berhadapan dengan saya dan tidak menjawab isu lokus standi yang saya persoalkan. Sebaliknya hari ini beliau melalut dengan kenyataan yang tidak pun meletakkan dirinya pada standard seorang bekas Timbalan Perdana Menteri," tambahnya.

Pertelagahan antara bekas Ketua Srikandi itu dengan Muhyiddin selaku Presiden parti mendapat perhatian umum selepas dia mengambil tindakan keluar parti dengan alasan sudah tidak lagi tahan dengan layanan buruk yang diterima ketika berada di dalam parti tersebut.

- http://semuthitam80.blogspot.my/




Read More...

Monday, 11 September 2017

Tawan 5 Negeri: Pas Mimpi Di Siang Hari

Mustahil bagi PAS tawan 5 negeri, kata Lim


Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata kenyataan PAS untuk menawan lima negeri dalam pilihan raya umum akan datang adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

"Presiden PAS (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang cakap besar bahawa PAS akan menang lima negeri dalam Pilihan Raya Umum 14, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang dan Selangor.

"Tiada sebarang kemungkinan PAS menangi Terengganu, Kedah, Pahang dan Selangor walaupun pertanyaan masih terbuka sama ada PAS akan hilang kuasa di Kelantan yang telah dimenanginya dalam enam pilihan raya umum berturut-turut sejak 1999," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Satu-satunya kemungkinan yang ada, kata Lim adalah membentuk kerjasama antara PAS dan Umno.

"Adakah Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak bersetuju untuk membenarkan PAS mentadbir lima buah kerajaan negeri di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang dan Selangor manakala Najib menumpukan kerusi-kerusi parlimen dimenangi Umno - walaupun menang kembali dua pertiga majoriti di parlimen?" soalnya.

Lim mengakui walaupun perkara itu tidak masuk akal namun Pakatan Harapan (HARAPAN) mesti bersedia termasuk di Selangor.

"HARAPAN Selangor mesti memastikan bahawa empat buah parti komponen menang majoriti kerusi-kerusi dewan negeri Selangor untuk terus mentadbir negeri itu walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru dengan PAS selaku pengacau," katanya.






Read More...

Sunday, 10 September 2017

Hadi Semakin Meroyan Dengan Pakatan Harapan

'DAP, HARAPAN fanatik, rela gadai agama'



PAS mengajak orang ramai menolak DAP dan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang masing-masing dilabel presidennya sebagai parti fanatik kaum, sekular serta memisahkan urusan kehidupan dengan agama.

Dalam kenyataan panjang hari ini Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kumpulan terbabit boleh "menukar agamanya dengan apa saja" dan menjadi alat kepada sesiapa saja demi kepentingan politik yang sementara.

"Mereka sudah menunjukkan sifat negatifnya dengan hanya mentadbir negeri. Belum lagi (mentadbir) negara dan telah pun menunjukkan perangai yang boleh menempah ketegangan dalam masyarakat majmuk ini," katanya.

Tambah Abdul Hadi, DAP dan HARAPAN juga didakwanya menunjukkan keberaniannya mahu merungkai perkara asas dalam kontrak sosial yang telah diikat dalam Perlembagaan Negara.

Keadaan itu, katanya, berbeza dengan PAS di Kelantan yang boleh meneruskan perjuangannya walaupun "dicekik dan dijerut lehernya" tetapi mereka "tidak dapat dicucuk hidungnya".

Pernah sebelum ini menggelar DAP sebagai "butir tahi" Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Abdul Hadi juga mengingatkan penyokongnya supaya tidak terikut dengan kumpulan yang tidak senang dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) PAS.

Alasannya, kata Abdul Hadi, PAS melaksanakan dasar itu dengan konsep taawun yang ditunjukkan al-Quran dan sunnah dan ia membezakan parti itu pembangkang lain.

"(Mereka) semata-mata membangkang dan berebut kerusi untuk memerintah tanpa mengira benar atau salah, dan jauh sekali halal dan haramnya," kata Abdul Hadi lagi.

Mati kalau tak ada kerusi

PAS pernah bekerjasama dengan DAP dan PKR semasa menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-12 dan kemudian membentuk gabungan Pakatan Rakyat.

Gabungan itu bertahan sehingga PRU ke-13 pada 2013 sebelum hubungan mereka menjadi tegang dan berakhir dengan tamatnya pakatan berkenaan selepas itu.

PKR dan DAP - bersama bekas pemimpin PAS yang menubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH) - kemudian menubuhkan HARAPAN. PAS bagaimanapun kekal berseteru dengan DAP, AMANAH dan PKR.

Dalam keadaan begitu pun sekumpulan pemimpin PKR masih cuba melembutkan hati PAS untuk bekerjasama menghadapi PRU ke-14 dengan alasan mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

Pada masa sama Majlis Presiden HARAPAN memuktamadkan bahawa tidak ada rundingan diadakan dengan PAS dan persiapan sewajarnya dibuat bagi menghadapi kemungkinan berlaku pertembungan tiga penjuru.

Pendekatan PAS menyerang DAP pula dianggap selaras dengan hujah digunakan Umno, mendorong pengkritik menuduh parti itu sedang mengadakan kerjasama bagi menghadapi HARAPAN. 

Akhir-akhir ini anak Abdul Hadi, Muhammad Khalil, adalah antara tokoh yang terkedepan mengecam DAP sebagai parti anti-Islam dan perkauman.

Kata Abdul Hadi PAS tetap beristiqamah dengan konsep Islam didahulukan dan meletakkan kerusi "di belakang".

PAS, katanya, tidak bergantung kepada jumlah kerusi yang dikuasai dan ia berbeza dengan parti lain yang "boleh mati kalau tidak ada kerusi".

Menurut anggota parlimen Marang itu, PAS juga mengenal pasti siapa yang menjadi penentang Islam dan siapa yang boleh menerima agama itu di sebalik tawaran kerusi pilihan raya.

"PAS tetap beristiqamah bersama Islam, PAS bukan parti mengampu dan menumpang," katanya.

- mkini





Read More...

Friday, 8 September 2017

'Islam Pas' Ajar Penganutnya Maki Hamun Agama Lain..

DAP dilanda virus anjing gila, kata Pemuda PAS


DAP diibaratkan bersikap seperti dijangkiti virus ‘rabies’ atau ‘anjing gila’ dalam usahanya untuk kekal sebagai parti yang "menguasai" dalam Pakatan Harapan, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS, Hishamuddin Abdul Karim.

Dalam artikelnya di Harakahdaily, beliau berkata, ini terbukti dalam serangan bertali arus terhadap PAS.

“PAS yang gagal diproksikan DAP melalui agen-agen mereka (di mana kemudiannya menubuhkan AMANAH), kini dihadapkan serangan bertali arus termasuk menggunakan BERSATU dan PKR.

“Namun, AMANAH, BERSATU dan PKR tidak menggigit PAS seperti diharapkan menyebabkan DAP kini seperti dijangkiti virus ‘rabies’. DAP akhirnya menzahirkan juga kerakusan dan nafsu besar mereka untuk berkuasa.

“(Pemimpin veteran DAP) Lim Kit Siang dalam beberapa kenyataan terbarunya bukan sahaja dilihat telah mengabaikan AMANAH, malah langsung tidak mempedulikan pengaruh BERSATU.

“Bahkan beliau secara terangan meminta dan menyebut pula kerusi-kerusi untuk DAP, sedangkan ia ditandingi PKR sebelum ini,” kata Hishamuddin.

Beliau berkata bahawa pengaruh dan cengkaman oleh Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng dalam DAP bakal menyebabkan parti itu berkubur tidak lama lagi.

“Ia ditambah dengan keangkuhan mereka yang sering menunjukkan sikap anti Islam serta memperlekehkan syariat. Malah, mereka juga biadab mempertikai pelbagai status-quo negara ini terutama menyentuh berkaitan hak keistimewaan Bumiputera,” katanya.

Menurut Hishamuddin, DAP juga mampu “mengikat” Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas diktator yang pernah berkuasa selama 22 tahun.

Hishamuddin juga menganggap kenyataan Guan Eng bahawa PAS berisiko kehilangan Kelantan dalam PRU akan datang jika tidak bersama Pakatan Harapan sebagai ungkapan yang angkuh dan berbaur ugutan kebudak-budakan.

“Jika Guan Eng merasakan bahawa PAS masih punyai sisi untuk diperkuda atau dimainkan, ingin ditegaskan bahawa seorang Mukmin tidak dipatuk dua kali di lubang yang sama.

“Hakikatnya, dua beranak ini sedang dihantui oleh kebimbangan kehilangan Pulau Pinang serta sebahagian besar kerusi dimiliki sekarang.

“DAP ghairah menggalak wakil rakyat dari BN melompat parti, merasa sakit bila ADUN sendiri menyeberang. Mereka menjulang wakil rakyat yang keluar parti menyertai mereka sebagai wira, tetapi melabel wakil rakyat sendiri pengkhianat bila keluar DAP.

“Ketika DAP sibuk pihak lain akan hilang kekuatan, DAP sendiri terlebih dahulu menghadapi satu persatu kehilangan kekuatan apabila pemimpin, wakil rakyat dan ahlinya terutama di Sabah dan Melaka bertindak keluar daripada parti cauvinis itu,” katanya.

Menurut Hishamuddin, kedua-dua anak-beranak Lim sedang meredakan ketegangan porak peranda yang berlaku dalam parti mereka dengan menyerang PAS dan mengganggu rakan parti HARAPAN sendiri.

“Mereka mulai menghidu bahawa formula gabungan menerusi HARAPAN tidak menjamin kemenangan, malah dikhuatiri terdedah kepada pelbagai pengkhianatan.

“DAP terpaksa bergelut dengan pelbagai akibat dari kejahatan yang mereka rencanakan dahulu,” katanya.

- mkini





Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP