Sunday, 31 March 2019

PEMIMPIN PAS TAHU RAMELI BANTU HADI




Sekurang-kurangnya lima pemimpin PAS bukan saja memberi restu dan mandat kepada ahli perniagaan Rameli Musa untuk menyelesaikan kes mahkamah antara Presiden Abdul Hadi Awang dan Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown tetapi mereka juga setuju akan mengembalikan wang itu, kata sumber.

Sumber mendedahkan kepada The Malaysia Insight, pemimpin PAS berkenaan tahu mengenai pembayaran RM1.4 juta yang dibuat oleh Rameli.

The Malaysian Insight juga difahamkan Rameli mendahulukan wangnya sendiri dengan jaminan dan pemahaman bahawa ia akan dibayarkan balik kepadanya.

“Tindakan Datuk Rameli ini sememangnya dalam pengetahuan dan mandat beberapa pemimpin PAS,” kata sumber yang maklum mengenai rundingan penyelesaian kes di mahkamah di London itu.

“(Tetapi) Pemimpin tinggi (lain) PAS pun tidak tahu,” tambah sumber.

The Malaysian Insight tidak mendedahkan nama lima pemimpin itu kerana masih belum memperolehi komen mereka.

Rameli disiasat selama lima jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 5 Mac lalu berhubung pembayaran RM1.4 juta itu, beberapa hari selepas terdedah bahawa cek Bank Islam Malaysia Berhad yang digunakan untuk pembayaran itu milik beliau.

Pemimpin PAS bagaimanapun menafikan tahu mengenai pembayaran kos penyelesaian itu, malah membayangkan penyelesaian itu dibuat sukarela oleh pihak ketiga yang mahu melihat kes itu tidak berlanjutan.

“Lima pemimpin PAS itu pun sekarang macam buat tidak tahu dengan Rameli,” kata sumber.
Beberapa pihak malah menuduh Rameli, yang dilantik jadi pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada 3 Januari, menyelesaikan kes itu atas permintaan pemimpin kanan Pakatan Harapan.

“Rameli memang penyokong PAS. Ini tak ada kena mengena dengan Pakatan Harapan walaupun beliau kenal dan berkawan dengan (Presiden PKR) Anwar Ibrahim. Lantikannya ke KTMB pun tidak ada kaitan,” kata sumber.

Pada 18 Mac lalu, semasa berbahas di Dewan Rakyat, Anwar mengaku Rameli kawannya, juga sama-sama bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar, tetapi kawannya itu cenderung menyokong PAS.

Sekiranya tidak diselesaikan pada awal Februari lalu, kes itu sepatutnya ditetapkan untuk perbicaraan bulan depan.

Semasa Rameli disoal siasat oleh agensi anti rasuah, isterinya Norlella Md Akram menulis di Facebook meluahkan perasaan yang dilihat ditujukan kepada pemimpin PAS dan parti Islam itu.

“Adakah ajaran Islam untuk membiarkan orang yang banyak menolong kita ditimpa kesusahan oleh kerana pertolongan itu dan tiada sebarang simpati mahupun bertanya khabar dari pihak yang ditolong?

“Kebenaran akan ditegakkan,” tulisnya, sebelum memadam kenyataan itu sehari kemudian.

Sehari selepas itu juga, beliau menutup akaun Facebooknya.
The Malaysian Insight diberitahu rundingan penyelesaian tersebut dibincangkan oleh Rameli sebagai wakil Hadi, selepas berbincang dengan lima pemimpin PAS itu.

“Rundingan berjalan lebih kurang lima bulan, antara September tahun lepas hingga Januari lalu,” kata sumber.

The Malaysian Insight difahamkan saman itu diselesaikan kerana kedua-dua pihak sudah menanggung kos yang tinggi untuk proses perundangan di London.

Rameli berjumpa dengan Rewcastle-Brown di sebuah hotel ternama di London pada hujung tahun lalu untuk rundingan akhir sebelum persetujuan dicapai tentang jumlah penyelesaian, tambah sumber.

Rameli membayar jumlah penyelesaian RM1.4 juta kepada pengarang Sarawak Report itu pada 31 Januari, sehari sebelum mahkamah di London merekodkan penyelesaian kes.

Peguam Americk Sidhu, yang mewakili Rewcastle-Brown, sebelum ini mengesahkan Rameli jadi perantara penyelesaian kes Hadi, yang katanya dirundingkan berbulan-bulan.

Laporan sebelum ini menyebut wang berkenaan dipindahkan melalui cek ke dalam akaun firma guaman milik Americk sebelum peguam itu memindahkannya ke akaun bank anak guamnya di London.

Hadi menyaman Rewcastle-Brown berhubung penerbitan sebuah tulisan dalam Sarawak Report pada 6 Ogos 2018, yang didakwa memfitnah pemimpin parti Islam itu menerima duit RM90 juta dari Umno. Rewcastle-Brown kemudian memfailkan saman balas terhadap Hadi pada Oktober 2017.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan sebelum ini menegaskan saman itu dikemukakan oleh Hadi, bukan oleh parti.

Pada 2 Februari, melalui setiausaha politiknya Hadi mengumumkan beliau setuju menyelesaikan kes di luar mahkamah, yang syarat-syaratnya tidak didedahkan di mahkamah .

Sumber SINI

Read More...

Umno Atau Pas Yang Harus Belajar Untuk Menjadi Khadam Yang Hebat..?



BERGURU.


UMNO harus banyak belajar dari PAS kalau mahu menjadi pembangkang yg hebat.

PAS telah 6 dekad menjadi pembangkang di negara ini. Mereka banyak menyumbang idea dan kritikan dan berjaya mengimbangi kuasa kerajaan sejak sekian lama. Itu peranan dan sumbangan besar pembangkang yg ramai orang tidak tahu dan fikirkan.

UMNO belum pun setahun jagung menjadi pembangkang, baru 10 bulan sejak parti itu tertungging jatuh pada PRU yg lalu. Mereka meninggalkan timbunan taik kering kepada kerajaan PH untuk dibersihkan.

Kesepakatan UMNO/PAS dilihat sebagai satu percubaan baik dari blok pembangkang. UMNO sepatutnya perlu lebih terbuka untuk menimba pengalaman sebagai pembangkang kalau ingin dilihat hebat sekiranya mahu kekal sebagai pembangkang yg berkaliber utk tahun-tahun berikutnya di negara ini sepertimana PAS. UMNO perlulah mengiktiraf parti PAS sebagai 'Guru' mereka.

UMNO tidak perlu hipokrit dengan menganggap PAS sebagai pencacai semata-mata untuk kembali berkuasa. PAS pula perlulah menanam sifat wala'ak kepada UMNO supaya hubungan yg dibina tidak hanya separuh jalan. UMNO mudah belot, sejarah kerja sama PAS UMNO bukan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejarah telah membuktikan UMNO mudah curang kepada PAS.

Dalam soal kesetiaan ini PAS perlu lebih cermat dan berhati-hati dgn UMNO, UMNO dipenuhi dengan manusia kotor yg midah curang mereka boleh 'berselingkoh' dengan sesiapa sahaja bila berasa 'gian' atau 'birahi'. Mereka golongan yg tidak tahan menahan gelodak nafsu.

Namun apa yg saya lihat hubungan PAS UMNO ini lebih menjurus kepada 'Kahwin Mu'taah' sahaja, sekadar melepaskan nafsu masing-masing yg tertangguh. Klimaksnya 'Jimak' antara pasangan kekasih ini dapat kita lihat menjelang PRU yg akan datang. Rasanya mereka tidak akan mampu untuk terus 'Bersanggama' serta menikmati kelazatannya bila masing-masing gagal mengorbankan kepentingan kerusi empuk pasangan masing-masing.

Umum tahu kenikmatan sebenar berjimak itu hanya mampu kita di nikmati apabila kedua-dua pihak mampu memberi dan menerima dengan rela hati, berteraskan kepercayaan dan kasih sayang.

By Sidie KdK ®

Read More...

Saturday, 30 March 2019

Syed Saddiq Jawab Sindiran TMJ..

‘Sila Buat Kerja Bukan Sekadar All Talk’ – Ditegur TMJ Isu Tajaan, Ini Respon Syed Saddiq




Baru-baru ini kecoh dengan isu penarikan tajaan Telekom Malaysia (TM) ke atas Liga Bola Malaysia (MFL) yang telah menjejaskan banyak pihak. Isu ini ditegur sendiri oleh Tunku Makhota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim agar menteri belia dan sukan membela nasib sukan nombor satu negara itu. Menerusi Twitter Syed Saddiq, kes penarikan tajaan oleh TM telah menjadi kes mahkamah dan dia akan terus mencari tajaan baru.

Biar mahkamah putuskan


Syed saddiq memberi respon ke atas tweet TMJ yang menggesa beliau untuk membela sukan bola sepak disebabkan isu penarikan tajaan oleh TM. Beliau menegaskan bahawa isu tersebut telah menjadi kes mahkamah dan berharap agar dapat terus menunggu apa keputusan yang bakal dibuat oleh mahkamah. Beliau akan berusaha mencari tajaan baru dan tidak memaksa mana-mana syarikat yang memberi tajaan untuk mengikut perintahnya.

Peruntukkan bagi SUKMA Johor


Selain itu, TMJ turut mempersoalkan tentang isu Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor yang mendakwa duit untuk sukan itu masih belum disalurkan walaupun telah beberapa kali bermesyuarat. Syed Saddiq memberitahu bahawa beliau dan kerajaan negeri Johor telah berjumpa dan penerangan terhadapa mekanisma peruuntukkan turut disampaikan beberapa kali. Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri telah dimaklumkan. Belia turut menegaskan bahawa proses ini turut diguna pakai sewaktu SUKMA Perak yang lepas.

Sumber: Syed Saddiq

Read More...

Misteri Timbunan Tanah Di Belakang Rumah Polis Akhirnya Terjawab, Ada Mayat..




Viral satu kes polis di mana satu mayat lelaki dijumpai di tanam bersama timbunan tanah merah di belakang rumah suspek yang merupakan anggota polis berpangkat lans koperal di Bandar Putera Indah, Tongkang Pechah, Batu Pahat. Menurut Harian Metro, pihak polis bertindak atas laporan yang dibuat mengenai kehilangan seorang lelaki berusia 37 tahun yang tidak pulang ke rumah.

Suspek positif methamphetamine


Ujian saringan air kencing dijalankan ke atas anggota mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine ketika tangkapan dilakukan.

Dia masih bertugas dan pemeriksaan mendapati dia mempunyai kes lampau dan beberapa kes bawah pemerhatian kita.

Suspek yang ditahan pihak polis didapati positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod lampau dibawah pemerhatian pihak polis.

Tunggu hasil post mortem

Yang mati itu sama ada overdose atau tidak, kena tunggu post morterm (proses bedah siasat) dan laporan dikeluarkan doktor.

Selain itu, ketika kejadian sama ada dia (individu ditahan) sedang bertugas atau tidak, saya belum tahu. Kena periksa dahulu.

Apa pun rumusannya, kami masih menunggu laporan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pihak polis masih menunggu hasil laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mangsa. Pihak polis turut menyiasat sama ada suspek sedang bertugas ketika hari kejadian ataupun tidak. Kes ini diklafikasikan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Harian Metro


Read More...

FITNAH : RAJA PETRA DAPAT SURAT AMARAN DARI TAIKUN JACK MA

Blogger Raja Petra Kamarudin (RPK) kantoi menipu




Blogger kontroversi yang kini berada di London, Raja Petra Kamaruddin telah menarik balik artikelnya berjudul "Jack Ma slash Pakatan Harapan" selepas menerima notis amaran rasmi daripada Alibaba Group Holding Ltd yang berpangkalan di China semalam.

Surat yang ditandatangani oleh Albert Liu, timbalan naib presiden kumpulan, menuduh Raja Petra berbohong dan merosakkan reputasi pengerusi, Jack Ma berhubung pertemuan baru-baru ini antara Jack Ma dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan pegawai khasnya Tony Pua di Hong Kong.

Beliau kemudian mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Raja Petra jika dia tidak memberi respons kepada mereka pada 1 April, menyebabkan tindak balas segera Raja Petra. "Saya telah mengeluarkan artikel itu dan berjanji tidak akan mengulangi cerita itu," penulis blog kontroversi itu menulis.

Dalam artikel tersebut Raja Petra mendakwa jutawan Cina Jack Ma memberitahu Lim dan Pua bahawa China tidak lagi mempercayai Malaysia kerana kerajaan dikatakan tidak menghormati perjanjian.

Tulisan bogger Raja Petra antara rujukan utama parti-parti pembangkang di Malaysia dalam membuat tuduhan terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan sekarang.



Read More...

Friday, 29 March 2019

Anwar Gesa Hentikan Usaha Lagakan Pimpinan..





Perbezaan pendapat dalam PKR ketika ini hanyalah isu kecil dan tidak akan menggugat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.

“Benda kecil, kita tumpu pada pilihan raya, perbezaan pendapat kecil boleh, diizinkan... beza pendapat sikit ok tetapi sekarang perlu tumpu PRK Rantau dan ekonomi, saya konsisten bab ini.


“Semua pun sudah setuju datang berkempen, usahlah laga-lagakan lagi, yang penting adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat, pastikan ekonomi berkembang dan bekerja sebagai satu pasukan,” katanya selepas program Pertemuan Bersama Jentera PRK DUN Rantau di Rembau, semalam.

Pada 22 Mac, Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan peletakan jawatannya itu dibuat susulan ketidaksefahaman Pakatan Harapan mengenai pemilihan kepimpinan PAC.

Terdahulu Anwar dalam ucapannya berkata penyakit ‘over confident’, sombong, rasa sudah kuat dan tidak perlu banyak bekerja apabila sudah berjawatan hanya akan menyebabkan sesebuah parti ‘terlungkup’.

PRK DUN Rantau 13 April ini diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November lepas yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN berkenaan pada PRU14, terbatal dan tidak sah.

- Bernama

Read More...

Thursday, 28 March 2019

Kereta Terbang : Netizen Kecam Kebodohan Menteri PH







Read More...

Exco Melaka Buat Hal Lagi..

‘Awak Tahu Saya Siapa?’ – Exco Melaka Dakwa Pengayuh Beca Tak Sekolah, Berang Dirakam





Exco Melaka, Norhizam Hassan Baktee viral di laman sosial Oktober tahun lalu berkaitan isu penutupan jalan di sebuah taman perumahan di negeri itu. Dalam video itu, netizen kurang senang dengan Norhizan yang dianggap kasar dan kurang sopan.

Terbaru, sekali lagi sebuah rakaman video membabitkan Norhizan viral ketika satu perbincangan dengan pengayuh beca dipercayai berlaku di sekitar Menara Taming Sari, Melaka.



Dalam video tersebut, Norhizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu dilihat berbincang dengan beberapa wakil pengayuh beca dan diawasi beberapa orang pegawainya.


Perbincangan dipercayai berkaitan masalah lalu lintas yang berlaku membabitkan pengayuh beca dan pengunjung tempat tarikan pelancong sekitar bandar itu berlangsung tanpa masalah pada mulanya.

Norhizan kemudiannya memberi cadangan supaya pengayuh beca diberi kursus supaya pengayuh beca terbabit ‘sekolah sedikit’. Kenyataan itu membuatkan perakam video bertanyakan Norhizan adakah dia ingin mengatakan pengayuh beca tidak sekolah.

Ahli politik itu kemudiannya dilihat berang dengan tindakan perakam video merakam dirinya dan menyoal jika perakam kenal dirinya siapa.

Norhizan kemudiannya ditenangkan oleh pegawainya untuk mengelakkan pertengkaran dan pertikaman lidah terus berlaku.

Sumber: Azril Aziz

Read More...

Wednesday, 27 March 2019

Lokman Noor Adam Akan Didakwa Esok




KUALA LUMPUR, 27 Mac : Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam akan didakwa di mahkamah esok susulan insiden beberapa penuntut Universiti Malaya (UM) dikasari di sebuah perhentian bas di Pantai Baharu, di sini baru-baru ini.

Lokman yang mengesahkan perkara itu melalui laman sosial Facebooknya berkata beliau menerima surat pertuduhan hari ini dan diminta hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, 9 pagi esok.

Katanya, Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Datuk Mutalif Abdul Rahim serta dua lagi individu juga akan dituduh berhubung kes itu.

“Saya dikatakan akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaaan yang akan dibaca bersama Seksyen 149 Kanun Keseksaan di mana kononnya saya telah mendatangkan kecederaan (kepada salah seorang mahasiswa),” katanya.

Jumaat lepas, tercetus insiden tolak menolak antara mahasiswa UM dan penyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah perhentian bas di Pantai Baharu, di sini.



Semasa kejadian, Najib sedang menyampaikan ucapan kepada sekumpulan pelajar di sebuah restoran terletak berhadapan perhentian bas berkenaan.

Polis mengesahkan menerima 12 laporan berikutan insiden itu.

Read More...

'Tiada Siapa Cuba Halang Anwar Jadi PM'




Khairuddin Abu Hassan, penyokong tegar Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, tampil membidas bekas menteri di jabatan perdana menteri, Zaid Ibrahim.

Ini susulan kenyataan yang mencadangkan terdapat cubaan untuk menghalang presiden PKR Anwar Ibrahim daripada menggantikan Mahathir.

Tanpa menapis kata-katanya, Khairuddin, bekas pemimpin akar umbi Umno, menyifatkan bekas menteri itu sebagai ahli politik yang tidak lagi relevan.

“Dia pun hanya pandai bercakap tetapi bukan boleh buat kerja pun. Cakap saja lebih!

“Hari ini cakap lain dan esok boleh bernada lain pula. Orang cakap lain; dia pula buat rumusan lain,” katanya dalam satu satu kenyataan, petang tadi.

Khairuddin juga meminta Zaid untuk menamakan individu yang cuba menghalang Anwar daripada menjadi perdana menteri yang akan datang.

Menurutnya, mereka yang mengulas kenyataan anak Anwar dan bekas naib presiden PKR Nurul Izzah mengenai Mahathir hanya memberi nasihat kepadanya supaya menyuarakan rasa tidak puas hatinya melalui saluran yang betul.

“Kita hanya menasihat YB Nurul Izzah selaku salah seorang anggota parlimen kerajaan masa kini agar membuat teguran melalui saluran yang betul.

“Bukan mengutuk serta 'tikam belakang' perdana menteri di luar negara,” katanya.

Menurut Khairuddin, nwar sendiri pernah menegur Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali kerana tidak menggunakan saluran yang betul.

Terdahulu hari ini, Zaid menerusi ciapannya di Twitter menasihatkan Nurul Izzah agar kekal berani berdepan kritikan.

Bekas menteri Umno itu berkata usaha menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri tidak akan berjaya.

Dihubungi Malaysiakini kemudian, Zaid menegaskan bahawa bukti dalam politik adalah mengikut keadaan dan jarang sekali adalah secara langsung.


"Apabila nombor dua (Azmin Ali) dalam PKR mempunyai kedudukan dan kuasa, dan nombor satu (Anwar) jelas diketepikan, maka, apa kesimpulan yang boleh dibuat?" soalnya.

Nurul mengundang bidasan selepas dalam wawancaranya dengan Straits Times Singapura meluahkan kekecewaannya dengan kerajaan semasa yang mengheret kaki melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan.

Ketika bercakap mengenai cabaran bekerjasama dengan Mahathir, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menggambarkan beliau sebagai "bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan, bukan saja pada kehidupan keluarga kami, tapi juga sistem (pentadbiran negara)."

Semalam, Anwar sekali lagi mengulangi sokongan beliau dan keluarganya kepada pentadbiran Mahathir susulan spekulasi bahawa kenyataan Nurul menunjukkan wujudnya keretakan dalam Pakatan Harapan.




Read More...

Mahkamah Tolak Penangguhan, Najib Semakin Hampiri Sungai Buluh..




Kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak dijangka bermula tidak lama lagi.

Ini susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mendapati bahawa Mahkamah Rayuan yang mengeluarkan perintah membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara perbicaraan kes itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian.

Ketua Hakim Negara, Richard Malanjum, yang mengetuai tujuh hakim, menyampaikan keputusan mereka selepas mendengar hujah dari peguam Najib, Harvinderjit Singh dan Peguam Negara, Tommy Thomas, yang mengetuai pasukan pendakwa.


"Kami sebulat suara (mendapati) bahawa dalam perintah penangguhan prosiding oleh Mahkamah Rayuan, kami berpendapat bahawa mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa," katanya.

Malanjum berkata Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk mengketepikan keputusan Mahkamah Rayuan, dan menghantar kes itu semula ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 4 Julai 2018, Najib yang juga anggota Parlimen Pekan, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos 2018, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama dari dana serupa.

Read More...

Tuesday, 26 March 2019

Video Najib Kantoi Jual Hartanah Negara Di Hong Kong..




BANGUNAN KONSULAT DI HONG KONG: INI FAKTA-FAKTA DI SEBALIK KEKECOHAN

Najib tuduh kerajaan jual aset milik kerajaan di HK. Hakikatnya, deal tersebut dibuat sebelum 9 Mei 2018 melalui rundingan terus (direct nego) dengan syarikat pembeli. Alasannya sebab kerajaan Najib pada ketika itu tak nak tanggung kos pembaikan sebanyak RM300 juta.

2. Tapi bezanya..
Harga BN melalui rundingan terus (direct nego): RM1.1 bil
Harga PH melalui tender terbuka (open tender): RM1.6 bil

Deal yang sama, tapi PH berjaya kaut lebih RM500 juta untuk rakyat Malaysia.

3. Kenapa Najib bising?
Apa tak bising? Segala manfaat atau kickback yang mungkin diperolehinya hangus. Maka dia politikkan supaya meskipun deal yang dicapai kerajaan lebih baik untuk Malaysia, PH akan hilang undi.

4. Tak susah nak faham cara bekas kerajaan tipu duit rakyat. Saya ringkaskan prosesnya:

ENCIK NR ada kuasa untuk authorize penjualan aset-aset negara. Tapi perlu diingatkan, negara untung besar atau untung sikit ataupun rugi akibat deal tersebut, TIDAK MEMBERI KESAN SECARA PERIBADI KEPADA ENCIK NR.

Ertinya...
Aset dijual dengan lebih mahal: Negara untung, dapat lebih duit, rakyat pun untung. TAPI duit ENCIK NR tak tambah tak kurang.
Aset dijual dengan lebih murah: Negara rugi, dapat kurang duit, rakyat pun rugi. TAPI duit ENCIK NR tak tambah tak kurang.

5. Apa dia buat?
Encik NR buatlah direct nego. Dia pilih syarikat yang sudi bekerjasama sulit dengan dia, kemudian dia jual aset-aset negara dengan harga lebih murah daripada harga pasaran kepada syarikat yang dipilihnya.

Misalnya.
Harga pasaran: RM1.6bil (ada je syarikat lain yang sudi bayar harga ini kalau open tender, tapi ENCIK NR tak nak)
Harga direct nego: RM1.1 bil (diberi kepada syarikat yang dipilih oleh ENCIK NR)

RM1.6 bil - RM1.1 bil = RM500 juta

Ingat syarikat yang beli bangunan tersebut untung RM500 juta sebab harga lebih murah?

No. No. No. Dari RM500 juta ini, sebahagian perlu diberi kepada ENCIK NR sebagai imbuhan. Mungkin RM400 juta, mungkin RM350 juta, terpulang kepada persetujuan sulit antara ENCIK NR & syarikat yang dipilihnya.

7. Hasilnya....
--> Syarikat yang sudi deal dengan ENCIK NR untung. Selepas ditolak imbuhan yang diberi kepada ENCIK NR, aset yang dibeli masih lebih murah dari harga pasaran.
--> ENCIK NR pun untung, sebab dapat side income. Ini kita panggil RASUAH.

Yang rugi tau siapa? Negara & rakyatnya.

8. Berbalik kepada penjualan bangunan Konsulat di HK.

Perhatikan betul-betul jawapan Najib.
1. Najib TIDAK MENAFIKAN deal tersebut dibuat secara rundingan terus sebelum 9 Mei 2018.
2. Najib juga TIDAK MENAFIKAN harga zaman dia PM adalah RM1.1 bil (kurang RM500 juta berbanding PH)
3. Malah di Parlimen petang tadi, selepas soalan ini dibangkitkan pembangang, Menteri Kewangan bongkar & cabar Ahli Parlimen Pekan menafikan perkara ini. Ahli Parlimen Pekan tak berani nafi, duduk diam-diam je. Tapi pembangang-pembangang yang lain jerit tak tentu hala macam naik sawan.

9. Tau kenapa Najib tak berani jawab?

Sebab kerajaan PH ada surat tawaran tersebut. Sebab itu Najib dalam FB dia tak jawab tajuk ini. Dia alih tiang gol, bawa isu terowong, bawa isu lain. Dia nak alih perhatian sebab dia telah DIKANTOIKAN.

----

Kenapa kerajaan buat pembongkaran seperti pembangkang meskipun dah menang Putrajaya?

Senang je logiknya. Sebab Najib & pembangang buat macam-macam fitnah setiap hari.

Kalau kerajaan tak balas & tak bongkar, macai kata ini bukti PH rasuah, jual aset negara bla bla bla.
Kalau kerajaan balas & bongkar, macai kata pula jangan berperangai seperti pembangkang.

So nak macam mana? Biarkan pembangkang terus menabur fitnah?




Read More...

Siasatan Dana RM90 Juta Kini Diperingkat Akhir..




SHAH ALAM – Siasatan berhubung kes penyaluran dana RM90 juta kepada Pas yang diterima daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini dalam peringkat akhir.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, pegawai penyiasat sudah diarahkan menyerahkan kertas siasatan itu kepada pendakwa raya selewat-lewatnya akhir minggu depan untuk mendapatkan keputusan.

“Saya sudah berbincang dengan pegawai-pegawai penyiasat dan laporan yang saya terima adalah kes ini di peringkat akhir siasatan.

“Kita ada buka beberapa kertas siasatan tapi kita perlu kemukakan dulu kepada pendakwa raya.

“Kita akan kemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dibincang dan mendapat sebarang arahan berhubung dengan kes berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian bangunan baharu Kompleks SPRM Selangor, di sini, hari ini.

Pada 25 Februari lalu, SPRM mengesahkan siasatan pihaknya setakat ini tidak menemui sebarang kemasukan wang RM90 juta yang didakwa daripada 1MDB ke dalam akaun PAS.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkembangan siasatan kes berkenaan.

Pada 8 Februari lalu, bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan berhubung dakwaan beberapa pemimpin PAS menerima wang RM90 juta disyaki daripada 1MDB.

Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dalam artikelnya yang diterbitkan portal berkenaan, sebelum ini mendakwa ada pemimpin tertinggi Pas mungkin menerima RM90 juta untuk mendorong parti itu bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Isu terbabit timbul semula apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1 Februari lalu membuat keputusan memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Rewcastle Brown berhubung artikel mengandungi tuduhan berkenaan.

Ditanya tentang kemungkinan SPRM tidak lagi memanggil pemimpin Pas lain dalam masa terdekat, Azam berkata, kes terbabit masih berjalan dan beliau enggan mengulas.

“Itu saya tak nak spekulasi apa-apa, siasatan masih berjalan, di mana kertas siasatan telah siap saya telah arahkan kemukakan cepat kepada pendakwa raya untuk mendapatkan keputusan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Read More...

Hormati Pendirian Nurul Izzah..




“SAYA kenal (Nurul) Izzah, dia ada pendirian tertentu terhadap sesuatu perkara.

“Biasanya, dia memilih untuk menzahirkan secara terbuka dan saya menghormati pendiriannya sebagai Ahli Parlimen untuk penggal ketiga,” kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meletak jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Peletakan jawatan itu dipercayai berpunca daripada keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengekalkan Pengerusi PAC dipegang Datuk Seri Ronald Kiandee.

Pada masa sama, Saifuddin menyifatkan, Nurul Izzah mempunyai pandangan tertentu iaitu jawatan bagi Pengerusi PAC perlu dipegang oleh wakil daripada pihak pembangkang.

“Dia (Nurul Izzah) sudah tentu mempunyai sudut pandangan tertentu bahawa PAC (jawatan pengerusi) itu harus dipegang oleh seseorang mewakili pembangkang.

“Saya menghormati pendiriannya dan Perdana Menteri sudah memberikan komen.

“Bila sampai masanya, Perdana Menteri kata sehingga ada calon yang sesuai, perkara itu akan berlaku,” katanya pada sidang media pelancaran Program Citarasa Malaysia-Hari Bersama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Putrajaya, hari ini.

Ronald kekal sebagai Pengerusi PAC meskipun Ahli Parlimen Beluran itu tidak lagi menjadi wakil rakyat pembangkang selepas menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).



Beliau meninggalkan UMNO tahun lalu untuk menjadi Ahli Parlimen bebas sebelum diterima sebagai ahli BERSATU.

Ditanya mengenai laporan Nurul Izzah tidak akan bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Saifuddin berkata, beliau belum menghubungi Nurul Izzah berhubung perkara berkenaan memandangkan terputus hubungan dengannya kira-kira seminggu berikutan jadual yang padat.

“Justeru, saya memilih untuk bercakap sendiri dengan dia (Nurul Izzah) dahulu kemudian, barulah berlaku lebih adil untuk saya memberikan komen,” katanya.

Read More...

Monday, 25 March 2019

AZMIN KRITIK NURUL IZZAH ‘BUDAK MERENGEK’




TIDAK TAHAN GETIR, AZMIN KRITIK NURUL IZZAH ‘BUDAK MERENGEK’
-------------------------------------------------------
Diterbitkan oleh Projek MM 2 jam yang lalu pada 25 March 2019

KUALA LUMPUR, 25 Mac — Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat mengkritik Nurul Izzah Anwar sebagai “budak merengek” dipercayai susulan beberapa kenyataan ahli parlimen Permatang Pauh kebelakangan ini.

“Negara ini memerlukan individu yang sanggup mendepani segala kegetiran sepanjang perjuangan, bukan budak merengek,” katanya dalam bahasa Inggeris di Twitter malam tadi tanpa menyebut nama sesiapa.

“Apapun cabarannya, kita mesti terus melaluinya. Jika tidak mampu tahan panas, keluar dapur,” kata timbalan presiden PKR.

Kenyataan menteri hal ehwal ekonomi tidak lama selepas Nurul Izzah membuat beberapa pengumuman yang membayangkan pengundurannya dari kegiatan politik.

Tweeter AzminAli
-----------------------------
This country needs doers who are prepared to tough it out all the way, not cry babies. Whatever it takes, we must make it work. If you can't take the heat, get out of the kitchen.
________________________________

Nurul Izzah sebelum ini mengumumkan penggal ini adalah yang terakhir sebagai wakil rakyat selain melepas semua jawatan politik. Terbaru, beliau meletak jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Semalam, Nurul Izzah mengeluh dengan perkembangan politik di Malaysia yang dianggapnya sebagai “huru-hara” dalam wawancara dengan akhbar Singapura.

Beliau juga ada menyebut kekecewaan dengan kemasukan bekas wakil rakyat Umno dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pemimpin PKR N Surendran dengan melampir pautan wawancara Nurul Izzah dengan Straits Times di Twitter malam tadi turut mengkritik tindakan anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Read More...

Pesta Liar Kos Rendah..




KONGSI duit untuk berhibur beramai-ramai. Itu dilakukan sekumpulan 30 pengunjung yang mengeluarkan wang RM50 setiap seorang untuk berhibur bersama rakan dalam bilik di sebuah pusat hiburan di Jalan Perniagaan Gemilang 2, di Bukit Mertajam, kelmarin.

Difahamkan, mereka sanggup bersesak-sesak dalam bilik terbabit yang dibayar dengan harga kira-kira RM1,500 semata-mata untuk berhibur dengan mengambil dadah dan juga minuman keras.

Bagaimanapun, pesta kumpulan terbabit yang terdiri daripada 18 lelaki dan 12 wanita terbantut apabila premis berkenaan diserbu dalam Op Noda yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Serbuan yang diketuai Pegawai Turus D7 IPK negeri, Deputi Superintendan Akmal Yahaya pada jam 12.30 tengah malam itu berjaya menahan 36 wanita warga asing dari pelbagai negara selain 45 pelanggan yang didapati positif dadah.

Pemeriksaan juga mendapati pemilik premis berkenaan turut menawarkan gadis pelayan pelanggan (GRO) kepada pelanggan dengan mengenakan caj RM90 untuk satu jam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zainol Samah berkata, serbuan hasil daripada siasatan dan risikan sejak seminggu lalu.

Katanya, pusat hiburan berkenaan menjadi tumpuan ramai terutamanya di kawasan Seberang Perai.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan pihaknya terpaksa menggunakan beberapa strategi untuk masuk ke dalam pusat hiburan terbabit berikutan mereka menggunakan ramai ‘tonto’ untuk mengesan pergerakan pihak berkuasa di luar premis.

“Ketika serbuan, ada antara pelanggan yang cuba melarikan diri, namun usaha mereka ternyata sia-sia apabila pusat hiburan berkenaan sudah dikepung.

“Hasil pemeriksaan, kita berjaya menahan 36 wanita warga asing yang terdiri daripada 24 wanita warga Vietnam, sembilan daripada Thailand, dua China dan seorang dari Laos yang berkhidmat sebagai GRO di pusat hiburan terbabit,” katanya.

Zainol berkata, selain kegiatan persundalan, pihaknya juga mengesan aktiviti penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelanggan yang berhibur di pusat hiburan berkenaan.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap mereka mendapati 29 lelaki dan 16 perempuan termasuk dua warga Indonesia positif dadah.

Katanya, pihaknya juga menemui beberapa paket dadah dipercayai ketamin atas lantai pusat hiburan terbabit dipercayai dibuang pelanggan.

“Semua yang ditahan berusia antara 18 hingga 35 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) untuk tindakan lanjut.

“Kita akan terus menggerakkan operasi dan serbuan di pusat hiburan di negeri ini bagi memastikan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah, kongsi gelap, gengsterisme serta pelacuran dapat dibanteras,” katanya.

Read More...

KERANA NURUL IZZAH, DR M MENGALAH JUA AKHIRNYA




KERANA NURUL IZZAH, DR M MENGALAH JUA AKHIRNYA

Jika sebelumnya ini, Dr Mahathir Mohamad agak keras pendiriannya berhubung kedudukan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC), kekerasan hatinya kini nampaknya sudah mulai mengendur.

Dalam perkembangan terbaru, beliau menyatakan kesediaannya untuk menimbang melantik pengerusi baru PAC daripada pembangkang bagi menggantikan Ronald Kiandee yang kini telah menyertai Bersatu.

“Ya, kita akan menimbangkannnya. Kita akan mencari calon yang bagus.

“Ia adalah janji yang dibuat PH. Kita boleh laksanakannya bila-bila masa, kita akan berpegang kepada janji,” ujar beliau.

Sebelum ini, ketika mempertahankan kedudukan Ronald Kiandee, Dr Mahathir bertegas menyatakan tidak perlu bagi Ahli Parlimen Beluran itu meletakkan jawatannya.

Kata Dr Mahathir, PH sudah menunaikan janjinya apabila melantik Ronald Kiandee daripada Umno untuk jawatan Pengerusi PAC, tetapi apa yang boleh dilakukannya jika beliau kemudiannya memilih untuk melompat menyertai parti kerajaan.

Pendirian Dr Mahathir itu bukan saja pelik, malah dilihat jelik kerana ia jelas telah menodai janji PH sendiri.

Selain beberapa pemimpin PH melontarkan suara bantahan terhadap sikap Dr Mahathir itu, ia seterusnya mendorong Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh meletakkan jawatannya sebagai Ahli PAC pada semalam.

Sudah tentu perubahan sikap Dr Mahathir ini adalah disebabkan tindakan Nurul Izzah itu.

Selepas mengumumkan pengunduran sebagai ahli PAC, Nurul Izzah juga memaklumkan bahawa ini adalah penggal terakhirnya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Dilaporkan beliau menyatakan bahawa bukan sesuatu yang mudah untuk bekerja dengan Dr Mahathir.

Sebagaimana yang diketahui umum, Dr Mahathir adalah ahli politik yang licik dan boleh bertukar bila-bila masa setelah mendapat kuasa.

Sikap beliau, bukan saja kepada keluarga Anwar Ibrahim, malah kepada sesiapa juga boleh berbeza antara sebelum beroleh kuasa dengan setelah kuasa berada di tangannya.

Dengan sikapnya yang demikian itu, sesiapa saja boleh jadi bosan dan patah hati dengannya.

Bagaimanapun, dengan kesediaan beliau mengalah dalam soal kedudukan pengerusi PAC, ini secara tidak langsung bermakna, jika sikap dan pendirian Dr Mahathir dalam mengurus kerajaan yang dilihat bercanggah dengan agenda reformasi PH dibantah dengan cara yang betul, ia pasti akan beroleh kejayaan.

Kejayaan mengubah pendirian Dr Mahathir dalam soal perlantikan pengerusi PAC harus dilihat sebagai langkah permulaan bahawa pemimpin-pemimpin mesti berani bertindak lebih tegas dalam mempertahankan PH.

Mereka mesti sedar bahawa PH lebih besar dan utama berbanding Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri yang ada pelbagai kuasa ditangannya.

Jangan takut atau gentar menyanggah pendirian Tun Mahathir yang bertentangan dengan PH kerana nilai perjuangan yang disokong rakyat adalah lebih penting untuk dipelihara berbanding nikmat jawatan dan kedudukan yang memberi keselesaan dalam kehidupan.

Moganya lebih ramai pemimpin ada sikap seperti Nurul Izzah yang tidak sayang jawatan atau kedudukan demi memastikan agenda PH kekal terpelihara sampai bila-bila.

Read More...

Kelab Golf Tarik Balik Larangan Jual Arak, MB Kecewa Dan Letak Jawatan



Larangan penjualan minuman keras di Seremban International Golf Club (SIGC) dilapor ditarik semula.

Keputusan itu dibuat selepas ahli-ahlinya dalam mesyuarat agung luar biasa petang ini sebulat suara menolak larangan yang dikenakan presiden kelab itu, Aminuddin Harun yang juga merupakan menteri besar.

Laporan Free Malaysia Today memetik salah seorang ahli kelab itu, Shanker Ramachandran sebagai berkata bahawa larangan itu ditarik serta-merta.

Shanker yang dilapor turut hadir mesyuarat itu berkata, larangan penjualan alkohol dikuatkuasakan Ogos lalu selepas Aminuddin menjadi presiden SIGC.

Shankar juga berkata larangan penjualan alkohol bukan saja dilakukan secara sepihak tapi juga bertentangan dengan perlembagaan kelab itu.

Mesyuarat hari ini diadakan selepas Shankar dan 43 ahli kelab yang lain menggesa ia diadakan.

Mesyuarat itu dilaporkan dipengerusikan timbalan presiden SIGC, Razali Ab Malik yang juga setiausaha negeri Negeri Sembilan.

Aminuddin sebelum ini menafikan dakwaan mengatakan beliau mengharamkan penjualan minuman keras di SIGC dan menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat secara muafakat oleh jawatankuasa SIGC.

Sin Chew Daily memetik Aminuddin sebagai berkata perkara itu telah dibincangkan dalam jawatankuasa SIGC sebanyak dua kali dan persetujuan dicapai menetapkan alkohol tidak boleh dijual di kelab berusia 67 tahun itu.

Dilaporkan padang golf itu milik kerajaan negeri, manakala rumah kelab dan kemudahan sukan lain dimiliki 1,500 ahli SIGC.


Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri secara automatik dipilih sebagai presiden dan timbalan presiden kelab. Menteri besar juga melantik setiausaha, bendahari, kapten kelab dan lima orang ahli jawatankuasa.

Semalam, Free Malaysia Today melaporkan Aminuddin mengancam untuk meletakkan jawatan sebagai presiden SIGC sekiranya kelab golf tersebut tidak mengutamakan sensitiviti tempatan.

“Apa pun saya tak kisah. Saya tak berada sebagai presiden SIGC pun tak ada masalah. Tak apalah, saya ikut tapi saya berhenti.

“Selain itu terdapat juga masjid berhampiran dan kedudukan saya sebagai pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam Negeri Sembilan (Exco Agama Islam),” katanya kepada portal itu.

Read More...

Nurul Izzah Tikam Tun M Dari Belakang?




YB NURUL IZZAH TAK SEPATUTNYA MEMBERI GAMBARAN NEGATIF TERHADAP PERDANA MENTERI DI SINGAPURA!! INI AMAT TIDAK BERETIKA!!

Inilah masalah di antara rakan-rakan dalam Pakatan Harapan!! Segelintir daripada mereka tidak ikhlas sesama sendiri!!

Sekiranya inilah sikap tidak ikhlas dan tiada semangat kesetiakawanan sesama kita; macam mana tun dr mahathir mohamad nak kemudi negara ke era lebih gemilang dan cemerlang?

Tikam belakang sesama sendiri senantiasa berlaku yang akhirnya kita terpaksa buang masa untuk memikirkan bagaimana hendak menangkis serangan sesama kawan-kawan sendiri!!

Kerja-kerja untuk membina semula negara sukar dilaksanakan secara licin dan berkesan!! Banyak masa kena buang untuk 'fire fighting!!'

Memberi komen-komen negarif terhadap tun dr mahathir mohamad di luar negara amat tidak wajar!! Ini cukup tidak beretika!!

Di dalam negara; kita semua lafaz sokongan pada tun dr mahathir mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi bila berada di luar negara kita beri gambaran negatif pula terhadap beliau!!

Ini menunjukkan kita tidak ikhlas sesama rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan!! Sikap yang seperti ini tidak harus berada pada sesama kita!!

Yb nurul izzah mempunyai pelbagai platfom terbaik di dalam negara untuk meluahkan perasaan tidak puas hati beliau pada tun dr mahathir mohamad!!

Ahli parlimen permatang pauh ini amat emosional dan tidak rasional!!

Kenapa beliau harus terus mengungkit kisah-kisah silam di saat semua sudah berikrar untuk berganding bahu secara erat untuk bina semula negara yang telah teruk dirosakkan oleh kerajaan kleptokrasi pada suatu masa dahulu!!

Ini adalah masa untuk kita semua menggembeleng tenaga bagi bina semula tanahair yang tercinta ini!!

Sesungguhnya, adalah tidak wajar serta tidak beretika untuk yb nurul izzah meluahkan kata-kata tersebut pada tun dr mahathir mohamad di dalam interbiu beliau dengan akhbar the new straits time singapura dua hari yang lepas!!

Bagi saya, yb nurul izzah cukup matang di dalam politik dan saya juga amat yakin beliau sendiri akan setuju dengan pandangan yang beliau lontarkan pada Perdana Menteri Malaysia di singapura amat tidak beretika sama sekali!!

Kenyataan tersebut tidak harus keluar dari seorang tokoh politik yang agak berpengalaman kerana ianya bukan saja bakal mengaibkan imej tun dr mahathir mohamad tetapi juga maruah negara turut tercemar!!

Ini adalah satu gerakan yang dirancang secara terancang untuk menjatuhkan kredibiliti tun dr mahathir mohamad seterusnya menggulingkan beliau dari jawatan Pedana Menteri Malaysia!!

Gerakan untuk menggulingkan tun dr mahathir mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia masih digerakkan oleh kalangan tertentu demi untuk mencapai agenda politik mereka!!

Tun dr mahathir mohamad harus terus berwaspada di antara bulan mac sehingga november tahun ini!!

Seandainya kalangan parasit ini bersikap keterlaluan; saya akan perangi mereka secara habis-habisan walaupun terpaksa lawan seorang diri!!

'Alang-alang seluk pekasam; biar sampai ke pangkal lengan!!' Pantang anak melayu berundur sebelum melawan!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Penyelaras Parlimen Jasin
24 Mac 2019







Read More...

Sunday, 24 March 2019

SPRM BUKA RUMAH URUT?




Dalam usaha membuktikan kesungguhannya membanteras gejala ra­suah dalam kalangan anggota penguat kuasa melindungi aktiviti pelacuran di sebalik perniagaan rumah urut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan operasi sulit yang memakan masa selama empat bulan.

Tiada siapa pun boleh terfikir melalui opera­si itu SPRM sanggup membuka rumah urut gadungan (palsu) semata-mata bagi mencari bukti khususnya kegiatan rasuah dalam kalangan anggota agensi penguat kuasa.

Tindakan ‘membuka perniagaan’ itu terpaksa dilakukan setelah mendapati jenayah berkenaan sememangnya berlaku tetapi tiada seorang pun yang berani tampil bersama bukti kukuh bagi membolehkan kegiatan haram itu dibanteras.

Hasil operasi penyamaran dan sulit itu, SPRM memberkas sebanyak 14 suspek termasuk tujuh penjawat awam di kawasan ibu negara dalam Op Jejak dan Op Kota Raya pada Selasa lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya menggunakan sejumlah pegawai terlatih untuk menjayakan operasi tersebut.

Beliau mendedahkan, operasi seumpama itu telah beberapa kali dilakukan pihaknya bagi membuktikan berlakunya pe­langgaran undang-undang yang didorong oleh rasuah.

“Untuk membuktikan kesalahan itu memang kita buka satu, dua premis rumah urut. Terus terang saya katakan dalam operasi penyamaran dan operasi sulit ini, mungkin ada pihak yang terlepas, tetapi suatu masa nanti kita akan tangkap juga,” kata beliau kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bagaimana SPRM memperoleh maklumat sehingga tertangkapnya 14 suspek dipercayai terlibat sindiket pelacuran berselindung di sebalik pusat urut termasuk penguat kuasa yang melindungi kegiatan ini.

Azam mengakui, penyiasatan kes rasuah amat unik dan sukar apatah lagi untuk mendapatkan saksi.

Ujarnya, kebanyakan mereka takut untuk memberi maklumat kerana bimbang implikasi yang bakal dihadapi terhadap diri, keluarga, kerjaya dan lain-lain.

“Sebenarnya mereka ini boleh menjadi whistle blower yang dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat 2010 atau informant perisikan (dilindungi di bawah Akta SPRM 2009). Untuk kes rumah urut ini kita pakai whistle blower dan informant,” jelasnya.

Read More...

PANAS : KJ Sudah Mula Serang Tok Mat..






KJ DAH MULA SERANG TOKMAT?

Belum pun bermula tempoh kempen PRK N27 Rantau, nampaknya team KJ dah mula main peranan untuk cuba menggagalkan misi tokmat pertahan Rantau.

Analogy mudah, tokmat sebagai pemangku presiden sudah pasti memerlukan sebuah kerusi parlimen pada PRU15 demi untuk menjadi ahli dewan yang mampu meletakkanya sebagai ketua pembangkang. Maka kerusi Rembau adalah pilihan terbaik.

Di bawah ini, satu petikan dari sebuah page penyokong KJ mengenai carta organisasi gerak kerja PRK N27. Habis terungkai semua dominasi ahli keluarga tokmat;

"Jika kita lihat pembahagian tugas. Ghani Hassan sebagai Timbalan Pengerusi adalah abang Tok Mat. Azman Hassan juga abg kepada Tok Mat sebagai Setiausaha. Penolong SU Zuliana pula menantu kepada Azman. Mana pergi Timb KUB yang juga Ahli Parlimen Rembau YB KJ. Kenapa dia langsung nama KJ?

Selain saudara,anak juga terlibat. Portfolio Gerak Gempur diketuai Naib Ketua Pemuda Amri Mohamad anak Tok Mat. Mana Ketua Pemuda Bahagian? Amri juga ketuai Poster,Banner dan Sepanduk. Petugas IT Puteri pula diketuai anak Tok Mat Alia binti Mohamad. Malahan Ghani Hassan portfolio Pejabat Parti."

Jelas, ura-ura sabotaj dalaman dari team KJ bukanlah cerita kosong...

Read More...

Saturday, 23 March 2019

Dana RM90 Juta : Hadi Bakal Dipanggil SPRM




KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membantu siasatan dana RM90 juta didakwa diterima parti itu dan pembayaran cek RM1.4 juta kepada pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, siasatan berhubung kes itu tidak pernah ditutup sebaliknya beberapa individu lagi dijangka bakal dipanggil bagi melengkapkan siasatan pada masa terdekat.

"Lebih kurang 25 saksi telah dipanggil dan kita masih menjalankan siasatan (kes) ini. Saya tidak tolak kemungkinan untuk memanggil Presiden Pas (Abdul Hadi) untuk memberi keterangan," katanya selepas melancarkan tayangan video pendek Anti Rasuah di panggung wayang, Lotus Five Star Cinema di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Dr. Rameli Musa telah hadir ke ibu pejabat SPRM, Putrajaya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Rewcastle-Brown pula pada akhir bulan lalu membuat pengakuan telah menerima pembayaran RM1.4 juta dibuat Abdul Hadi selain memuat naik beberapa gambar salinan dokumen berkaitan, termasuk perjanjian rahsia serta sekeping cek Bank Islam menerusi blog, Sarawak Report. - K! ONLINE

Read More...

Pemilik Restoran Amjal Dakwa Ditipu Geng Najib




Beberapa jam selepas insiden kekecohan yang berlaku berhampiran Restoran Amjal semasa program santai Najib Razak, pemilik restoran itu mendakwa ditipu oleh penganjur program tersebut.

Pemilik yang enggan dinamakan itu berkata pihak restoran membenarkan program itu dijalankan di situ kerana penganjur beberapa kali mengesahkan yang program tersebut tidak disertai Najib.

“Kita dah tanya beberapa kali kepada penganjur, Najib Razak ada turun tak hari ini? Mereka kata tak ada.

“Tiba-tiba hari ini, Najib datang,” katanya kepada Malaysiakini.

Katanya lagi, Restoran Amjal sememangnya terkenal sebagai kawasan Pakatan Harapan (PH).

Dalam insiden petang tadi, berlaku pergelutan antara penyokong Najib dengan beberapa pelajar Universiti Malaya (UM).

Kejadian itu berlaku ketika Najib sedang berucap dalam program santai di restoran berkenaan.

Sekumpulan pelajar berkumpul di seberang jalan berhampiran tempat program sambil memegang plakad mengandungi slogan "penipu" dan "mana RM2.6 bilion".

Mereka turut memegang plakad berupa gambar badut yang menyerupai Najib.

Susulan itu, penyokong Najib menghampiri mereka dan mengoyakkan plakad yang dipegang pelajar dan seterusnya berlaku pergelutan.

Salah seorang pelajar turut dilihat dicekik dari belakang sebelum dikerumuni individu lain.

Setakat jam 7.29 petang, kumpulan pelajar tersebut masih memberikan keterangan di Balai Polis Pantai Dalam.

Malaysiakini sudah menghubungi penganjur untuk mendapatkan kenyataan mereka berhubung perkara ini tetapi belum menerima sebarang maklum balas.

Read More...

Ini Bukan Kerja Pengganas..





POLIS menafikan kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dibakar dalam kejadian di rumahnya di Kangar, semalam berkait aktiviti pengganas.

Sebaliknya, Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohd berkata, siasatan pihaknya setakat ini tidak menunjukkan langsung tanda ia perbuatan pengganas.

“Tidak betul untuk kita katakan kejadian itu membabitkan mana-mana kumpulan pengganas dan motif kejadian setakat ini lebih menjurus kepada dendam atau berunsur peribadi.

“Ia sehingga berlakunya kejadian khianat berkaitan api terhadap Datuk Mohd Asri. Namun kita masih lagi menyiasat lebih lanjut.

“Saya minta agar semua pihak tidak terlalu ghairah mengeluarkan kenyataan sehingga boleh menjejaskan siasatan kami,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas mengenai dua suspek dalam buruan polis, Noor Mushar berkata, pihaknya masih berusaha mengesan kedua-duanya dan belum ada tangkapan dibuat.

“Saya akan maklumkan kemudian apabila mereka ditahan.

“Cuma sekali lagi saya minta pihak tertentu supaya tidak terlalu taksub mengulas perkara ini sehingga mencetuskan kebimbangan orang awam,” katanya.

Terdahulu, kenyataan Mohd Asri tersebar di media sosial mendakwa kejadian menimpanya semalam dilakukan pengganas.

Dakwaan dibuat selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai dua individu mencurigakan.

Read More...

Pemimpin Dan Penyokong Umno Ganggu, Maki, Carutkan Wartawan







Dua wartawan pelatih Malaysiakini berkata mereka diganggu pemimpin dan penyokong Umno ketika membuat liputan acara bekas perdana menteri Najib Razak di ibu negara hari ini.

Mariam Nizar berkata dia diganggu oleh Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan Mutalib Abdul Rahim dan Anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Adam yang tidak berpuas hati dengan laporan Malaysiakini berkaitan acara itu.

Malaysiakini sebelum itu melaporkan seorang penyokong Najib mengasari pelajar yang mempamerkan karikatur dan plakad anti-Najib dekat tempat acara.

“Kemudian lelaki berjubah (Lokman Adam) mendekatkan muka kepada saya dan saya menyuruhnya supaya menjauhi saya dan menghormati personal space saya.

“Dia seterusnya mengeluarkan kata-kata seperti 'mak kaulah personal space'.

“Saya call editor untuk memberitahu apa yang terjadi dan mereka (penyokong Umno) memanggil saya penipu.

“Ketika itu Mutalib merampas semula kad namanya dan melukakan ibu jari kanan saya,” menurut Mariam dalam laporan polisnya.

Baca: Kecoh! Penyokong Najib bergelut dengan pelajar

Mariam membuat laporan polis berkaitan perkara itu di ibu pejabat polis (IPD) daerah Petaling Jaya.


Sementara itu, menurut laporan itu lagi, seorang lagi wartawan pelatih Malaysiakini Ramieza Wahid ditolak oleh penyokong Najib.

Menurut mereka juga mendakwa dilontarkan kata-kata kesat seperti bodoh dan penipu. Carutan turut dilemparkan kepada kedua pelajar itu.

Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan menyelar tindakan itu.

“Penyokong politik itu telah melampau batas dengan menyerang wartawan pelatih Malaysiakini secara lisan dan fizikal.

“Kita harus lontarkan mesej jelas dan terang bahawa keganasan seperti ini tidak boleh sesekali ditolak ansur,” katanya.


Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP