KUALA LUMPUR - Seorang peniaga mengaku tidak bersalahdi Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap pertuduhan mencuri dua pokok bonsai bernilai RM1,500 milik jirannya.
Choong Sze Ian, 26, didakwa mencuri dua pokok bonsai dalam pasu di A3Bangsar Indah Kondominium, 247 Lorong Maarof, di sini pada 1.15 pagi, 2 Mac lepas.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.
Bagaimanapun, peguam Adnan Ismail yang mewakili Choong memohon kepada mahkamah supaya anak guamnya dibenarkan diikat jamin dengan jumlah yang rendah atas alasan tertuduh perlu menjaga adik beradiknya yang masih kecil.
Majistret Siti Shakirah Mokhtarudin membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Mei ini untuk sebutan kes. - Bernama
Tuesday, 8 April 2014
Curi Pokok Bonzai Jiran
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment