Sunday 11 December 2016

PAS Semakin Keliru Dan Celaru

PAS anjur 'ceramah mega' pembangkang tanpa DAP, AMANAH



PKR dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) akan menyertai PAS pada ceramah malam esok, sehari sebelum Pakatan Harapan (HARAPAN) bermesyuarat mengenai penyertaan BERSATU dalam gabungan itu.

'Mega ceramah' tersebut - seperti yang tertera pada bahan promosi bagi acara itu- akan menampilkan penceramah daripada ketiga-tiga parti dan Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Ceramah tersebut merupakan anjuran Badan Perhubungan PAS Selangor dan akan berlangsung di tapak pasar malam Paya Jaras pada pukul 9 malam.

Lokasi itu berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaya yang diwakili ADUN, Khairuddin Othman daripada PAS.

Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad berkata parti-parti yang dijemput adalah parti yang mempunyai "hubungan politik" dengan PAS.

"Sebelum ini pun kita ada jemput PKR, IKATAN dan BERSATU ke ceramah kami, jadi ini bukan perkara baru.

"Kali ini, memandangkan 2017 adalah tahun pilihan raya, kita merasakan perlu mengadakan satu acara yang besar," kata Iskandar kepadaMalaysiakini ketika dihubungi.

Beliau berkata ceramah itu merupakan peluang kepada keempat-empat parti untuk "membentangkan penyelesaian mereka kepada rakyat".

DAP, AMANAH tidak dijemput

Mengenai kenapa DAP, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan Selangor bersama-sama PAS dan PKR tidak dijemput, Iskandar berkata, keputusan parti itu pada tahun 2015 telah memutuskan hubungannya dengan DAP.

"Kami mempunyai hubungan politik dengan BERSATU dan PKR, tetapi muktamar kami pada tahun 2014 memutuskan semua hubungan politik dengan DAP. Jadi itulah sebabnya DAP tidak dijemput, "katanya.

AMANAH, satu lagi parti yang mempunyai anggota penyokong kerajaan di Dewan Undangan Negeri Selangor, juga tidak dijemput.

Mengenai sama ada parti-parti yang diwakili pada ceramah itu akan menandakan satu pakatan politik baru, Iskandar menjawab tidak.

"Ia hanya ceramah. Kami tidak menandatangani MOU. Ia seperti menjemput orang untuk makan tengah hari atau makan malam. Ini tidak bermakna anda mahu berkahwin dengan mereka," kata Iskandar.

Minggu lalu, Ketua Sekretariat Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata mesyuarat hari ini akan membincangkan bagaimana PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU akan memuktamadkan kerjasama mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP