Ni
Tajuk: Kerajaan Pakatan Harapan Perlu Diselamatkan
Masa Sudah sampai Untuk Tun Dr Mahathir Berundur
2.Pada tahun 1996 selepas Pilihanraya Umum 1995, apabila Parti Semangat 46 menjadi semakin ektrem Melayu dengan mengubah menjadi Parti Melayu Semangat 46, maka Gagasan Rakyat iaitu Gabungan Parti-Parti Pembangkang yang terdiri daripada Parti Melayu Semangat 46, DAP, PRM dan IPF gagal menangani isu-isu perkauman, lalu menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak, Gagasan Rakyat pecah dan terkubur.
3.Selepas Pilihanraya Umum ke-11 pada tahun 2004, Barisan Alternatif nama baru bagi Gabungan Parti -parti pembangkang yang terdiri daripada PAS, DAP, Parti Keadilan Nasional dan PRM sekali lagi pecah dan terkubur menjelang pilihanraya Negeri Sarawak apabila PAS dan DAP berbalah secara terbuka dalam isu-isu yang melibatkan kaum dan agama.
4. Selepas bebas dari penjara Anwar Ibrahim telah menjelajah ke seluruh tanahair untuk membina gabungan parti-parti pembangkang dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008. Usaha gigih Anwar itu membina asas Pakatan Rakyat dan buat pertama kali dalam pilihanraya Umum ke-12 tahun 2008 itu Barisan Nasional hillang kuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, dan Kelantan. Anwar Ibrahim muncul sebagai tenaga yang menyatukan parti-parti pembangkang pelbagai kaum dan agama itu.
5. Sekali lagi dalam pilihanraya umum ke-13 Anwar Ibarhim menjadi tenaga penggerak membina Gabungan Pakatan Rakyat untuk tujuan mengambil alih Kerajaan Persekutuan di Putrajaya. Walaupun Pakatan Rakyat gagal mencapai tujuan itu tetapi buat pertama kali dalam sejarah Malaysia merdeka, Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga di parlimen. Anwar Ibrahim dilihat sebagai ancaman kepada Rejim Barisan Nasional. Lalu konspirasi politik yang jahat dilancarkan untuk menyerang Anwar sehingga beliau dipenjarakan selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh.
6.Apabila berlaku vakum dalam kepimpinan Pakatan Rakyat selepas PRU-13 dan selepas Anwar dipenjarakan dan sikap PAS yang semakin ektreme dalam isu-isu berkaitan kaum dan agama, maka Pakatan Rakyat juga pecah menjelang pilihanraya Negeri Sarawak yang diadakan berasingan dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia.
7.Kini isu 3 R (race,religion dan royalty) muncul kembali di persada politik Malaysia, iaitu isu kaum, agama dan raja. Yang terkini dilihat Tun Dr Mahathir Mohamaed selaku Pengerusi Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan sudah seperti hilang punca dan hilang daya untuk menghadapi kritikan-kritikan dari pelbagai pihak terutama dari Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sehingga menuduh Dong Zong sebagai pertubuhan rasis atau perkauman.
8. Sebagai seorang Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (Pakatan Harapan) yang turut menandatangani surat yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir untuk dilantik menjadi Perdana Menteri sebaik sahaja PH memenangi cukup majoriti untuk membentuk kerajaan selepas PRU-14 pada 9 Mei 2018, saya berpendapat masa sudah sampai untuk Tun Dr Mahathir Mohamaed berundur sebagai Perdana Menteri. Beliau sudah jelas kelihatan tidak dapat menangani banyak isu dalam negara sekarang.
9. Untuk selamatkan Kerajaan Pakatan Harapan, saya percaya tiada jalan lain ketika ini untuk elakkan PH supaya jangan pecah menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi seperti apa yang berlaku pada Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, saya berharap dan memohon supaya Tun Dr Mahathir yang berjiwa besar mengambil langkah yang berani seperti Sir Winston Churchil Perada Menteri British yang berundur selepas berjaya membawa Britain dan Pihak Berikat memenangi Perang Dunia Kedua mengalahkan Kuasa Paksi Fasis Jerman dan Jepun dan menyerahkan kuasa Perdana menteri kepada pemimpin yang lain.
10, Tun Dr Mahathir Mohamaed akan tetap dikenang dan dihormati kerana telah berjaya memimpin PH menumbangkan BN dalam PRU-14 dan membentuk kerajaan baru PH melalui proses peralihan kuasa dengan aman dan teratur. Tetapi perkembangan terkini dalam tanahair dengan munculnya isu-isu yang banyak untuk memecahbelahkan rakyat, maka sudah sampai masanya proses peralihan jawatan Perdana Menteri dari Tun Dr Mahathir kepada Anwar Ibrahim dapat dilaksanakan dengan segera sekarang ini sekiranya Kerajaan Pakatan Harapan hendak diselamatkan.
Sekian.
Hassan bin Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Rabu 14 Ogos 2019
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
6 comments:
Yang patut dihalau adalah DAP dari PH. Mereka ini umpama grunting dalam lipatan. Tidak sudah2 meminta itu dan ini. Setiap rancangan Kerajaan dibantah. Mereka bersikap seperti pembangkang kerana nak memenangi hati pengundi bukan Melayu dan Melayu jenis liberal. Tun M perlu sokongan ahli2 parlimen Melayu, parti apa sekalipun, dalam keadaan sekarang untuk nak membawa kembali negara ke landasan yang betul. Meminta Tun M berundur pada masa sekarang akan menghancurkan nasib dan masa depan orang Melayu, melainkan semua orang2 Melayu bersatu kembali sekarang. Orang2 Cina dan India sudah lupa daratan dan kurang ajar, samada ahli politik atau bukan.. Sudah berani menulah perdana menteri. Mau lagi kamu, wakil rakyat dari Johor, menyebelahi puak2 kurang ajar ini? Usia PH tidak kekal lama Jakarta begitu. Tun M tidak rugi.
Sehingga kini DAP telah buktikan yg mereka SANGAT SETIA DAN BERPEGANG DGN JANJI.Ini perintah ALLAH.
Yg TIDAK SETIA DAN BERPEGANG DGN JANJI adalah Parti Bunga Raya. Parti PAS pun sama. Walau PAS mengaku Parti Islam, tetapi Akhlak Islamnya tersangat mengecewakan.
Semakin semarak lah aktiviti SEMBURIT.
Ko ingat umno dan pas tu nak sangat sokong TM tu... selagi ada bossku tak mungkin... cash is king. Boleh beli apa saja....
Asyik semburit aje. baliklah ke rimba raya tu... pemiftnah tegar...
Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL
Post a Comment