Friday 16 August 2019

ZAKIR NAIK, BOM JANGKA SELEPAS CHIN PENG.




Di ketika Allahyarham Tungku Abdul Rahman mahu berjumpa dengan Parti Komunis Malaya pihak British telah awal-awal lagi tidak bersetuju dengan cadangan tersebut tetapi selepas Tungku yang ketika itu merupakan Ketua Menteri Malaya berkeras juga untuk berjumpa dan berunding pihak British terpaksa akur dengan syarat Tungku tidak boleh buat sebarang keputusan.

Rundingan akhirnya di lakukan dengan PKM di wakili oleh pemimpin tertinggi parti tersebut Mendiang Chin Peng telah sanggup mengadaikan nyawanya keluar dari hutan menandakan keiklasan pihak PKM untuk mencari jalan damai serta menamatkan perbalahan bersenjata dengan pihak kerajaan.

Seperti kehendak British rundingan tersebut tidak memberi apa-apa jawapan namun Tungku berjanji akan mengadakan sekali lagi rundingan selepas Malaya mencapai kemerdekaan.

Namun keiklasan PKM dalam mahukan perdamaian hanyalah tinggal harapan apabila selepas merdeka pihak kerajaan dari zaman Tungku menjadi Perdana Menteri hinggalah ke Zaman Tun Hussin Onn terus meneruskan perang saudara dengan PKM.

Kenapa?

Sebab kerajaan sengaja biarkan PKM berada di dalam hutan untuk di jadikan kambing hitam kepada ahli politik di luar agar mudah bagi pihak kerajaan menuduh serta menahan mana-mana ahli politik pembangkang mahu pun kerajaan yang menentang kerajaan akan di cop sebagai penyokong komunis.

Allahyarham Dr Burhanuddin Al Helmi adalah mangsa pertama ahli politik pembangkang yang di tahan ISA kerana di cop sebagai penyokong komunis hasil daripada sokongan Pas kepada usul Akta keselamatan dalam negeri mengantikan Akta Darurat.

Berpuluh-puluh ahli politik pembangkang telah di tahan kerana di kaitkan dengan komunis malah ahli politik kerajaan yang mahu di bunuh kerier politiknya juga akan di kaitkan dengan komunis.

Ini kerana rakyat mudah menerima alasan ahli politik yang di tangkap jika di kaitkan dengan komunis kerana komunis telah di momokkan dengan berbagai momokkan atau pendek kata tidak ada yang baik melainkan jahat belaka.

Komunis adalah bom jangka yang di tinggalkan British kepada kerajaan Barisan Nasional yang boleh di letupkan pada bila-bila masa di perlukan dan bom jangka ini terus berkesan walaupun setiausaha agung PKM telah meninggal dunia sehinggakan abu mayat mendiang pun menjadi satu ketakutan kepada rakyat Malaysia.

Begitulah juga Zakir Naik adalah bom jangka baru yang di bawa khas dari India sebagai bahan peledak yang akan di gunakan oleh pihak kerajaan terdahulu bagi memecah belahkan penyatuan kaum dan agama di Malaysia.

Walaupun kerajaan yang membawa bom jangka dari India ini telah pun hilang kuasa namun timernya sudah pun di hidupkan dan hanya menunggu bom tersebut meledak.

Zakir Naik adalah jenama bom jangka yang mengantikan jenama Chin Peng.

- Rosly Yusuf

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

3 comments:

dingdong 16 August 2019 at 13:35  

PH used to dance on the crooked, rugged unfairground provided by BN, but now PH give them the most flat and lovely floor yet PH still let them lead the dance. When will PH if ever, learn. Smh..

EVA FIORENTINA APRILA 10 January 2020 at 09:10  

Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

Pok leh 29 January 2022 at 09:00  

Yg rasis tahap paria siape ye

Popular Posts

Blog Pro BN

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP