Tuesday 6 August 2019

RAKYAT MELUAT, INI SEMUA SALAH TUN MAHATHIR!!!




Sabar Nuar ooiiii, mungkin Tun M takut bakal PM Anwar lembik hadapi Najib Zahid Lebai Hadi?

RAKYAT MELUAT, INI SEMUA SALAH TUN MAHATHIR!!!

Menurut kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, kenyataan berulang-ulang berkaitan isu tempoh jawatan Perdana Menteri hanya membuatkan rakyat rasa meluat.

Adakah ia berpunca daripada Tun Mahathir Mohamad?

Atau ia berpunca daripada Anwar Ibrahim?

Mungkinkah ia disebabkan penyokong Tun Mahathir?

Barangkalikah ia berpunca daripada penyokong Anwar?

Mengimbas apa yang sudah berlalu, tidak sukar kita mengatakan bahawa semua ini tidak lain berpunca daripada Tun Mahathir sendiri.

Beliaulah punca segala-galanya. Sebelum dapat kuasa dan sebelum jadi Perdana Menteri dengan setelah ada kuasa serta setelah menjadi Perdana Menteri, segala-galanya adalah berbeza.

Cakap Tun Mahathir mengenai peralihan kuasa dan tempoh beliau seharusnya memegang jawatan Perdana Menteri tidak pernah sama, meskipun usianya semakin hari semakin tua.

Sekejap dua tahun, kemudian dua setengah tahun, selepas itu tiga tahun, kemudian sehingga ekonomi pulih dan terbaru pula sehingga keadaan negara stabil.

Kenapa Tun Mahathir tidak boleh statik dengan kata-katanya yang pernah diucapkan sebelum jadi Perdana Menteri iaitu beliau hanya perlukan dua tahun saja memegang jawatan itu?

Jika itu dapat dilakukannya dan beliau terus konsisten dengan ikrar janjinya, tidak seperti sesumpah yang selalu berubah-ubah mengikut warna tanah, pasti isu peralihan jawatan ini tidak menjadi masalah dan ulangan yang berlarut-larut tanpa penyudah.

Malah, sesuai dengan itu, jika Tun Mahathir dapat pula menetapkan tarikh peralihan kuasa, sudah tentu juga para pembodek, pengampu dan penjilatnya tidak mengeluarkan kenyataan yang mendesaknya berkhidmat sehingga ke akhir penggal.

Tetapi, sudahlah beliau selalu berubah-ubah macam sesumpah dan membiarkan para pembodek, pengampu serta penjilatnya mengeluarkan kenyataan demi kenyataan, di waktu yang sama Tun Mahathir turut menyusun agenda di belakang tabir dengan menjemput segelintir barua daripada UMNO, Pas dan GPS untuk menyokong perlanjutan tempohnya sebagai Perdana Menteri.

Apabila semua ini berlaku, para penyokong Anwar tentu saja tampil memberi reaksi kerana janji peralihan kuasa itu sebenarnya sudah pun ada sejak sebelum PRU14 lagi.

Jika tidak dimulakan oleh Tun Mahathir dan cakap beliau juga tidak macam sesumpah, Anwar dan para penyokongnya memang tiada masalah menunggu tempoh dua tahun peralihan kuasa kepadanya menjadi kenyataan.

Di dalam penjara, diaib dan dimalukan, malah dipukul sehingga separuh mati pun, kesabaran tetap menjadi teman akrabnya selama 20 tahun, apalah sangat dengan bersabar menunggu tempoh dua tahun yang dijanjikan itu.

Cumanya, janji tetap janji dan jangan cuba berlaku khianat di belakang. Khianat dan tikam kawan yang memudahkan kita menang, tentu saja tidak boleh diterima.

Maka, agar isu peralihan ini tidak terus diulang-ulang serta membuatkan rakyat tambah meluat, Tun Mahathir mesti berhenti terlebih dahulu daripada membiarkan lidahnya terus menuturkan kata yang berbeza-beza.

Cakap terus-terang dua tahun akan berhenti dan disertakan tarikhnya sekali, pasti tiada lagi sesiapa akan terus bercakap mengenai bila Anwar akan jadi Perdana Menteri. (Shahbudindotcom 05/08/2019)

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

2 comments:

PokAmid 6 August 2019 at 07:37  

Adakah TunM akan lepaskan jawatan PM sebagaimana yg telah dijanjikan sebelum pru?
Aku fikir TIDAK!!

Unknown 7 August 2019 at 00:01  

Bukan tun mahathir yg menentukan peralihan kuasa. Sepatutnya keempat-empat ketua parti IAITU pkr, bersatu, dap Dan amanah yg mentukan. Sepatutnya tidak menyalahkan tun mahathir dlm perkara ini. Dato seri anuar sepatutnya berunding dan menguasai parti-parti gabungan berkenaan. Kalau Tak mampu jangan menyalahkan org lain SEKIRANYA Kita lemah. Prnyokong2 Dato seri anuar DILIHAT tidak sabar Dan beperangai seperti sebelumnya termasuk admin blog ini. Prrangai sebegilah yg menjadikan Dato seri anuar sukar dlm kerjaya politiknya.

Popular Posts

Blog Pro BN

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP