Saturday 17 December 2016

Hina Agong: Mohd Faiz Mohon Maaf



Sejak pagi tadi menjadi viral di laman sosial keratan penulisan di facebook mendakwa seorang lelaki telah menghina Yang Dipertuan Agung, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.

Penulisan beliau itu membuatkan ramai rakyat Malaysia berang dan mengecam tindakan beliau.

Mengakui akan ketelanjuran katanya dalam media sosial, lelaki berkenaan, Mohd Faiz telah tampil memohon maaf kepada YDPA dan seluruh rakyat Malaysia.


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Ingin diakui keterlanjuran kata dan bahasa diri ini dalam menyampaikan buah fikiran saya didalam media sosial ini, dengan merujuk kepada posting fb yg sebelum ini tentang kuasa YDPA dan Institusi Majlis Raja-raja.

Saya merafak sembah dan memohon maaf kepada YDPA dan sekalian rakyat Malaysia atas kenyataan yang dilihat menyinggung. Posting itu dihiasi dengan semangat anak muda yang inginkan perubahan kearah Malaysia yang lebih baik.

Langsung tiada niat diri ini menghina YDPA dan institusi Raja-Raja, adapun cuma mahu melihat kuasa Majlis Raja-raja diperkukuhkan dalam menjaga institusi Islam dan melayu di Malaysia ini. Itulah yang dimaksudkan dengan Kesalehan Sosial yang saya suarakan sebelum ini. Institusi Raja bukan sahaja Soleh Spiritual, malah Soleh Sosial (dengan maksud mempunyai peranan dan tanggungjawab sosial). 

Negara unggul yang kita impikan tentunya Negara yang membahagiakan dan sekaligus membanggakan. Atas dasar itu lah, peranan YDPA dan Raja-Raja serta institusi islam lainnya dapat berfungsi dengan baik.

Dalam menyemangati hubungan Raja-Rakyat, haruslah kita meneladani janji antara Demang Lebar Daun (rakyat) dan Seri Teri Buana(raja) , berkenaan kesetiaan Melayu yang bersyarat dan bersyariat. Kata Demang Lebar Daun ,

"Seperkara lagi. perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu itu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan janganlah ia difadihatkan. dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh,tuanku; jangan tuanku aibi".

Demang lebar Daun memberikan taat setia kepada Seri Teri Buana, yang dibalasnya dengan ;

"Hendaklah oleh segala anak cucu hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat pekertinya,jangan segala hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga."

Inilah waad (perjanjian) taat-setia rakyat kepada Rajanya , bersendikan syariat. Pantang anak Melayu itu dinista dan dikeji tanpa sebab. Adapun pantang juga anak melayu itu dipuja melambung-lambung tanpa sebab. Kita tidak mahu nama Agong itu fungsinya dilihat secara literal pada namanya, Contohnya jika dia seorang guru, dia bukan hanya digurukan, malah bibapakan, dimurabbikan, dimentorkan. Kita tidak mahu nama Agong itu hanya tinggal di Agung agungkan, tanpa sebarang peranan yang besar.

Sebolehnya saya mahu mengelakkan salah faham yang berpanjangan atas posting saya yang sebelum ni. Dan mahu melihat negara ini bersama semua pemimpin dan rakyat terus hidup makmur semakmurnya dan sebahagianya.

Wallahualam
Mohd Faiz 
17 Disember 2016


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP