Friday 9 December 2016

Rizal Akan Disaman Seminggu Selepas Najib Saman WSJ



Sebagai reaksi kepada cabaran Datuk Rizal Mansor supaya beliau disaman fitnah, peguam Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, tindakan itu akan diambil genap seminggu selepas perdana menteri mengheret The Wall Street Journal ke mahkamah.

Menurut Mohd Haniff Khathri Abdulla juga memberitahu Rizal, ada "perjuangan yang lebih besar di kala ini" berbanding pembantu Datin Seri Rosmah Mansor itu.

"Rizal Mansor perlu tahu bahawa terdapat perjuangan jauh lebih besar di kala ini, iaitu untuk menewaskan kebatilan Najib Razak (iaitu) 'boss' Rizal Mansor," katanya dalam kenyataan terbuka.

Menurut Haniff, Rizal juga bukanlah faktor relevan untuk "diambil kira" dalam misi mereka "menyelamatkan Malaysia".

Walaupun begitu, kata Haniff, beliau menyesahkan mendapat mandat untuk menyaman Rizal "pada hari Selasa" selepas perdana menteri menyaman WSJ.

Kenyataan itu merujuk kepada kenyataan Najib pada 5 Julai 2015 lalu yangmembayangkan beliau akan menyaman WSJ kerana laporan yang mengaitkannya dengan 1MDB.

Pada 8 Julai pulaMalaysiakini melaporkan Najib memulakan tindakan undang-undang terhadapWSJ berkaitan laporannya yang mendakwa AS$700 juta (RM2.6 bilion) dari dana 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun peribadinya.

Bagaimanapun, ia dikatakan bukan surat tuntutan biasa sebaliknya pasukan peguam Najib menghantar emel kepada pemilik WSJ, Dow Jones, untuk meminta syarikat itu mengesahkan sama ada ia mempertahankan laporannya.

Banyak kali Selasa berlalu

Perdana menteri memberi tempoh 14 hari kepada penerbitan itu untuk menjawabnya.

Pada 1 April 2016 seorang daripada peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun, berkata beliau belum menerima sebarang arahan untuk bertindak atau memfailkan saman terhadapWSJ.

"Saya tidak menerima apa-apa arahan lagi. Terbaru, saya diminta untuk mewakili Najib dalam kes lawan Mahathir," katanya kepadaMalaysiakini melalui mesej teks.

Hafarizam yang mewakili Najib dalam enam kes lain di mahkamah sebelum itu ditanya sama ada beliau menerima sebarang arahanuntuk bertindak terhadap media Australia dan WSJberhubung pendedahan terbaru mereka.

Kata Haniff, sejak Najib menyatakan hasratnya menyaman WSJ pada 5 Julai tahun lalu, sudah 75 kali hari Selasa berlalu.

Sebelum ini Haniff berkata Rizal memfitnah Dr Mahathir atas kenyataan dibuat bekas perdana menteri di majlis DAP hujung minggu lalu.

Peguam itu juga mendakwa Rizal tidak mempunyai kebijaksanaan untuk memahami kenyataan Dr Mahathir atau sengaja bertindak memutarbelitkan perkara itu.

Rizal kemudian mencabar Haniff supaya menyamannya jika menganggap beliau membuat kenyataan fitnah.

"Saman jika saya fitnah.

"Dimana fitnahnya. Fitnah jika reka cipta cerita yang tidak ada. Membawa cerita yang Dr Mahathir tidak ucapkan sedangkan peguam Dr Mahathir sendiri mengakui dengan jelas yang apa dikatakan oleh saya tu sebiji seketul apa yang diucapkan oleh Dr Mahathir.

- mkini


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP