Saturday, 3 December 2016

Tiada Samseng Dalam UMNO, Kata Jamal 'Baju Merah'



KUALA LUMPUR: Ketua pergerakan baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan wujud kumpulam samseng didalam UMNO sambil menyifatkan dakwaan tersebut berasal daripada berita yang diputar belit oleh media pro pembangkang.

Menurut Jamal, media pro pembangkang sangat cekap memanipulasi sesuatu berita positif kepada negatif, menjadikan individu sepertinya sebagai mangsa tomahan dan fitnah.

"UMNO ini tiada yang samseng. Ahli-ahli UMNO memperjuangkan perjuangan untuk rakyat. UMNO pastikan undang-undang dan juga perlembagaan ini terjaga. Dan sesiapa yang ingin meruntuhkan sistem tersebut, sudah pasti kita akan bangkit dan melawan mereka.

"Dan orang yang melawan mereka ini yang dilabelkan samseng. Jadi sebenarnya, mereka di sebelah sana (pembangkang) yang memulakan provokasi yang menjadikan kita bangkit dan melawan mereka," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Ujarnya, beliau sedar dirinya dikritik hebat di media sosial namun apabila beliau ditemui pengkritiknya secara berdepan, rata-rata mereka memberikan reaksi berbeza terhadap karakter yang negatif digambarkan sebelum ini.

"Jadi saya lihat perkara ini hanyalah mainan di media sosial yang menggambarkan saya ini seorang yang samseng. Saya seorang yang ganas dan jahat.

"Tetapi apabila saya berjumpa dengan orang ramai, mereka akan katakan saya adalah berbeza dari apa yang dikatakan di media sosial," kata Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu lagi.

Mengulas mengenai penubuhan baju merah menentang baju kuning 'BERSIH', Jamal menjelaskan tindakannya adalah demi memastikan negara tidak terjerumus ke kancah bahaya seperti di Timur Tengah apabila kerajaan digulingkan menerusi demonstrasi jalanan.

"Kita tak mahu perkara sedemikian berlaku di Malaysia dan sebab itu timbulnya gerakan merah untuk menghalang mereka ini dari melakukan perkara-perkara yang diluar daripada undang-undang dan perlembagaan negara.

"Kita dah muak dengan BERSIH 1,2,3,4 dan 5. Sebab itu BERSIH 5 ini kita tentang mereka," katanya lagi.

- Malaysian Digest





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

mazmad 3 December 2016 at 15:20  

Dalam UMNO semua nya ada..
Samseng .Perasuah penipu.penyamun.
Perogol.pemabuk .penagih dadah.pemeras ugut...
Tak payah nak nafi lah Jamal Jamban

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP