Tuesday 6 December 2016

Walak Najib Walak 'Kongsi Gelap'



Isu walak atau kesetiaan kepada Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno lalu disifatkan menjadi kalimah “ugutan” semata-mata.

Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, ia berbeza dengan pengamalan dalam tradisi Islam apabila walak diberi, bukan diminta, kepada ulama atau pemimpin kerana sikap mereka.

“Kedengaran di Persidangan Agung Umno Najib memeras ugut orang yang tidak berwalak kepadanya sebagai pengkhianat dan sebagainya kerana dia adalah khalifah.

“Dalam konteks parti, khalifah itu adalah presiden dan dalam konteks negara khalifah itu adalah perdana menteri walaupun seorang yang mengamalkan kleptokrasi ('pencuritokrasi'),” sindir bekas naib presiden PAS itu.

Dalam perhimpunan agung Umno lalu Najib berkata parti itu bertahan sehingga kini kerana prinsip walak dan kesetiaan dalam tradisi mereka.

Katanya, prinsip walak wajib diberikan kepada pemimpin yang sah, dan dalam konteks Umno iaitu presiden parti manakala bagi kerajaan ialah perdana menteri.

Mahfuz mendakwa sistem dalam Umno itu mirip kepada kesetiaan dalam kumpulan kongsi gelap “yang menjalankan kegiatan haram yang juga memaksa ahli kumpulannya setia bersama ketua kumpulan.”

"Seperti ahli kumpulan mafia yang belot atau khianat (tak walak) kepada ketua dan kumpulan akan dihapus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Maka perkara yang sama berlaku dalam parti politik Umno apabila mereka yang bercakap benar menegak yang makruf dan menentang yang mungkar dilakukan pemimpin Najib dianggap tak walak pada presiden dan dihapuskan (pecat).”

Beliau justeru mengingatkan bahawa ketaatan dan kepatuhan sepatutnya diberikan kepada perkara dan tidak melanggar syarak, bukan ketaatan membuta tuli.

“Tahniah Najib menjadikan walak melindungi diri. Tahniah perwakilan yang sudah pun pulang dan selamat sampai dengan 'dedak' yang berat,” sindirnya.

- mkini


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP