Sunday, 24 February 2013

Perkasa malukan umat Islam

KOTA BHARU: Demontrasi mempertahankan kalimah Allah, sebaliknya antara yang hadir gadis-gadis berpakaian seksi, tidak bertudung dan berbagai gaya dipertontonkan. Itulah yang mungkin dapat dilakukan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) di Alor Setar semalam bagi membela agama Islam, apabila gadis yang hadir ada berpakaian seksi dan berlagak macam model.

Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Hafiz Musa berkata, program yang bercampur gaul lelaki dan perempuan yang berpakaian tidak senonoh anjuran Perkasa semalam cukup memalukan umat Islam.


“Berhimpun untuk menegakkan agama Allah atau kalimah Allah, tetapi apa yang berlaku dan dapat kita saksikan begitu menyolok mata sekali.

“Kalaupun tidak ikhlas untuk tujuan itu, jangan gunakan gadis yang berpakaian sebegitu. Jika tidak masyarakat akan mempersendakannya,” katanya di sini.

Semalam perhimpunan Perkasa yang diketuai Datuk Ibrahim Ali di Alor Setar bagi mempertahankan kalimah Allah memperlihatkan aksi yang tidak senonoh dengan kehadiran gadis-gadis berpakaian seksi.

Mohd Hafiz berkata, perbuatan seperti itu bukan untuk memartabatkan agama Islam sebaliknya memperlihatkan kepada umum perbuatan yang menyalahi hukum syarak.

“Namun kerana terlalu gopoh dalam meraih simpati politik Perkasa sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapat populariti secara murahan.

“Tindakan mereka itu tanpa disedari telah mempersendakan hukum Allah. Dalam kita ghairah berpolitik, janganlah sampai ia memerangkap diri sendiri,” katanya.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP