SHAH ALAM 25 FEB: Jentera Pakatan Rakyat perlu bersiap-siaga untuk mara ke medan tempur sebagai satu saf yang rapi dan tersusun sebaik Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) diumumkan, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
PR“Pertempuran kali ini adalah di antara rakyat dan elit penguasa. Antara yang mempertahankan hak dan yang melindungi kebatilan.
“Kita telah berada di pusingan terakhir. Saya optimis dalam pertempuran kali ini kemenangan akan bersama rakyat.
“Kerana itu kita tidak boleh melakukan kesilapan kerana ia mengkhianati cita-cita perubahan dan sengaja mengkhianati amanah rakyat Malaysia,” katanya ketika menyampaikan amanat Ketua Jentera Pilihan Raya pada Konvensyen Pakatan Rakyat keempat di Pusat Konvensyen Shah Alam, hari ini.
Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata, Pakatan Rakyat bukan sekadar untuk muafakat PRU 13, namun bertunjang hasrat untuk melaksanakan perubahan.
Justeru, tema manifesto ‘Pakatan Harapan Rakyat’ adalah cita-cita rakyat Malaysia yang bersaudara.
“Dari Perlis sampai ke Sabah, petani, nelayan, guru, usahawan hinggalah para Jeneral, kini semuanya bersama Pakatan Rakyat,” kata Azmin.
Tambahnya, kepimpinan Pakatan Rakyat yang bersih, tidak rasuah dan menolak perkauman sempit memacu kemakmuran negara dan istiqamah dalam perjuangan adalah aset.
“Kebijakan yang digarap melalui Buku Jingga, Belanjawan Pakatan Rakyat dan hari ini kita luncurkan manifesto bersama. Dokongan kuat rakyat Malaysia membuktikan bahawa Pakatan Rakyat akan menerajui PRU 13 dengan agenda kita,” katanya.
“Saya dengan tekad dan berani menyatakan Pakatan Rakyat bersedia untuk mentadbir. Ayuh kita mara ke Putrajaya dengan iltizam untuk melakar masa depan baru demi Malaysia yang gagah,” kata Azmin disambut tepukan hadirin.
- keadilandaily.com/
Monday, 25 February 2013
Pertempuran antara rakyat & kebatilan Umno
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment