GEORGE TOWN, 26 FEB: Cubaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mencetuskan api perkauman dengan menggunakan agama untuk menakut-nakutkan rakyat menjadi penghinaan kepada slogan 1Malaysia dan wasatiyyah yang cuba dibawanya.
Terbaru, akhbar The Star melaporkan Presiden UMNO itu berkata bahawa, “Undi untuk PKR akan merosakkan akidah sementara undi untuk PAS akan memecahbelahkan umat Islam; manakala undi DAP akan mengakibatkan penindasan Islam.”
Kenyataan politik sempit Najib itu disambut dengan kekecewaan Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari yang telah membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri kerana memfitnah DAP, hari ini.
“Ke mana perginya sifat wasatiyyah atau kesederhanaan yang diuar-uarkan Datuk Seri Najib sendiri? Ini membuktikan slogan yang dilaungkan seperti Wasatiyyah dan 1Malaysia hanya slogan kosong dan tidak dituruti beliau sendiri, apabila mendakwa dengan begitu jahat dan tidak berasas tanpa mengemukakan sebarang bukti,” ujar beliau dalam kenyataan medianya hari ini.
Tuduhan Perdana Menteri ternyata tidak berasas dan tidak disokong dengan fakta, sedangkan menurut Zairil, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah membuktikan agama Islam bukan sahaja tidak ditindas malah lebih dimartabatkan.
“Peruntukan hal ehwal agama Islam bukan sahaja ditingkatkan berkali ganda berbanding kerajaan sebelum ini, tanah bernilai hampir RM80 juta diperuntukkan untuk pembinaan Ibu Pejabat Mahkamah Syariah Pulau Pinang setinggi tujuh tingkat bagi menggantikan bangunan lama dua tingkat.
“Selain itu, kerajaan negeri juga mengusahakan industri halal, melakukan pengambilan balik tanah untuk pembesaran perkuburan Islam, meningkatkan elaun bulanan tok siak dan bilal sebanyak 80 peratus, mengiktiraf para huffaz dan untuk kali pertama memberi peruntukan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR),” katanya.
Menurutnya lagi, siri fitnah Barisan Nasional melalui media arus perdana juga telah ditumpulkan apabila mahkamah memerintahkan akhbar Utusan Malaysia membayar ganti rugi kerana didapati bersalah memfitnah Lim Guan Eng, kononnya sebagai seorang yang anti Melayu dan anti Islam.
“Adalah jelas dakwaan Najib itu berniat jahat dan bertujuan menghasut sentimen perkauman dan agama di kalangan masyarakat Islam terhadap Pakatan Rakyat, khususnya DAP.
“Bagi mengelak sebarang kekeliruan dan persengketaan, saya bagi pihak DAP membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Najib atas dakwaan fitnah yang berbahaya itu,” katanya.
Laporan polis turut dibuat oleh Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Raja Puji di balai polis Tun H S Lee pagi ini dan menyifatkan kenyataan Perdana Menteri itu menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah amat terdesak sehingga sanggup mengabaikan slogan perpaduan dan kesederhanaan demi mendapatkan sokongan melalui usaha memporak-perandakan masyarakat.
Kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali dipersoalkan DAP, malah ia telah disemadikan dalam perlembagaan parti dan juga Deklarasi Shah Alam yang termeterai dalam Persidangan Kebangsaan DAP pada 8 Januari 2012. – Roketkini.com
Tuesday, 26 February 2013
DAP lapor polis, Perdana Menteri cetus api kebencian kaum
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment