Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumpamakan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan BN dengan tindakan Firaun di Mesir yang menurutnya memberi kekayaan demi menyesatkan pemikiran rakyat
Hadi yang membacakan kutipan ayat daripada Al-Quran itu menceritakan semula kisah Nabi Musa berhubung sikap Firaun yang cuba "membodohkan rakyat" itu.
"Cerita BR1M ini bukan cerita baru. Al-Quran sudah menceritakan lebih lima enam ribu tahun yang lalu, Firaun telah (agih) BR1M," katanya sambil diringi gelak ketawa perwakilan di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Beliau menceritakan bawah Nabi Musa pada awalnya meminta Allah menjelaskan mengapa Firaun diberi kekayaan yang banyak.
"Nabi Musa berdoa wahai Tuhan kami, mengapa engkau beri kepada Firaun, kekayaan yang melimpah ruah. Dengan kekayaan itu, digunakan untuk menyesatkan rakyat bukan untuk membela rakyat," katanya.
Seterusnya, beliau menceritakan pula mengenai keangkuhan Firaun yang mendakwa berkuasa untuk memberi nikmat kepada rakyat berkenaan.
"Firaun telah mengarahkan rakyat Mesir, dikumpul beramai-ramai, dan Firaun berucap. Tidakkah aku menjadi pemerintah berkuasa di Mesir ini?
"Sungai-sungai yang mengalir di kampung-kampung, ini adalah projek aku. Di bawah penguasaan aku.
"Aku (Firaun) yang bagi. Satu lagi projek aku (Firaun). Al-Quran berkata maka Firaun menjadikan rakyat ringan (meremehkan) akal dan membodohkan rakyat," katanya diiringi ketawa yang menggamatkan dewan konvensyen.
Beliau seterusnya menyeru rakayt agar tidak mengundi BN walaupun menerima bantuan tersebut.
"Cara BR1M, adalah tangungjawab kita untuk membijakkan rakyat. Rakyat dibijakkan, terima BRIM jangan undi BN. BRIM itu duit rakyat. Bukan duit poket BN. Beritahu rakyat, bahawa BR1M itu duit kamu, ambil," katanya lagi
Katanya, beliau yakin Pakatan mampu mentadbir Putrajaya selepas membuktikan kecemerlangan memimpin di negeri dikuasai Pakatan selama satu penggal.
"Insya-Allah kita buktikan sekiranya kita ke Putrajaya. Kita menunaikan janji Buku Jingga. Janji yang akan ditepati, bukan menepati janji selama 50 tahun.
"Kita tahu rakyat diperkudakan. Buku jingga menyelesaikan masalah, bukan membodohkan rakyat. Insya-Allah rakyat tidak boleh dibodohkan. Tanggungjawab kita mencerdikkan rakyat," katanya.
Monday, 25 February 2013
Firaun pun bagi 'BR1M', kata Hadi
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment