Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kerusi yang disandangnya di Permatang Pau kerana ketua pembangkang itu tidak yakin untuk menang, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketika ditemui pemberita di Seri Kembangan hari ini, Dr Mahathir berkata, Anwar bebas bertanding di kawasan mana dan "lari dari Permatang Pauh" kerana Malaysia negara bebas.
Beliau diminta mengulas kenyataan Anwar yang mungkin melepaskan kerusi tempat kelahirannya dan bertanding di Perak.
Diminta menjelaskan maksud "lari" itu, Dr Mahathir berkata, bekas timbalannya itu mungkin tidak yakin akan memang di kerusi tradisinya itu.
Selain Anwar, beberapa pemimpin tertinggi Pakatan juga mengintai kerusi baru, antaranya Lim Kit Siang dan Liew Chin Tong dari DAP yang berpindah ke kubu kuat Umno di Johor.
Misteri surat addendum pengampunan Najib
15 hours ago
0 comments:
Post a Comment