Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat Azmin Ali berhubung kenyataannya di laman Youtube mengenai Projek IC yang didakwanya membabitkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pegawai SKMM menyiasat Azmin selama hampir empat jam hari ini mengikut Seksyen Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kenyataan yang dimuatkan di laman video bertajuk "Program Tukar ke Orang Melayu (Project IC by Mahathir)".
Akta tersebut memperuntukkan mengenai seseorang yang menghantar mesej ataupun seseorang yang menggunakan bahasa, menggertak atau menggunakan kelucahan atau menyakitkan hati ataupun sabit dengan perlakuan yang boleh dikaitkan dengan hasutan.
SKMM mengajukan lebih 50 soalan dalam siasatan di ibu pejabat suruhanjaya itu di Cuberjaya yang bermula jam 2 petang ini, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Azmin berkata komen pertama dalam laman itu "mempunyai persamaan" dengan kenyataan medianya yang dimuatnaik dalam laman blognya pada 18 Januari lalu.
"Siasatan dijalankan untuk melihat adakah benar bahawa kandungan komen dalam Youtube itu dimuat oleh saya. Ini satu dakwaan jahat dan cuba mengalih pandangan daripada isu sebenar," katanya.
Kenyataan berkenaan dimuatkan di ruang komen untuk video yang antara lainnya memaparkan individu didakwa polis memberi kad pengenalan kepada sekumpulan yang didakwa warga Bangladesh.
Umno pada akhir bulan lalu menafikan terlibat dalam priojek yang ditunjukkan dalam video tersebut.
Video - Sarawak Pilih Lawan Arus! Kekal UPSR & PMR/PT3
30 minutes ago
0 comments:
Post a Comment