SHAH ALAM - Isyarat radar pesawat MH370 boleh hilang daripada kawalan jika sistem transponder pesawat itu dimatikan sama ada secara sengaja atau atas sebab-sebab lain.
Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Leftenan Kolonel (B) Mohd Ramly Mohd Ajir berkata, sistem transponder ini akan beroperasi sebaik sahaja pesawat itu memulakan penerbangan dan berhubung dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) di Subang.
Menurut Mohd Ramly, agak sukar untuk radar itu dilenyapkan terus daripada dikesan apabila sudah berada di kedudukan yang tinggi.
“Namun keadaan terputus hubungan boleh terjadi jika pesawat itu melalui kawasan yang mengalami gangguan cuaca atau berbukit. Sukar untuk dijelaskan dalam situasi ini kerana ia dipanggil ‘blind spot’ yang mana tidak ditemui hasil kajian mengapa gangguan itu terjadi (radar hilang).
"Namun, situasi itu hanya berlaku sementara saja dalam tempoh yang singkat, bukannya hilang terus," katanya.
Mohd Ramly berkata, pada kebiasaannya juruterbang yang berpengalaman sudah faham akan gangguan seumpama itu dan akan mula berkomunikasi dengan menara kawalan selepas melepasi kawasan itu.
"Mereka akan berhubung dengan unit kawalan ketika memasuki zon tertentu dan memaklumkan berada dalam kelajuan dan ketinggian berapa." katanya.
Mohd Ramly juga tidak menolak sistem radar itu dipadam dengan sengaja.
“Kebiasaannya untuk pesawat komersil, tiada keperluan untuk radar itu dimatikan. Tetapi boleh jadi (juruterbang) tertekan atau 'mendapat arahan' untuk dimatikan.
“Kebanyakan juruterbang yang terlatih boleh berbuat demikian (mematikan isyarat),” katanya.
Ketika ditanya, adakah ATC atau menara kawalan mampu mengesan radar itu semula jika transponder dimatikan, beliau menjawab: "Sistem yang ada di ATC menyukarkan pusat kawalan berbuat demikian kecuali menggunakan bantuan radar ketenteraan.
“Radar yang ada oleh pihak tentera mampu mengesan pesawat yang telah mematikan radar yang dalam penerbangan.
“Untuk kes MH370 yang menggunakan Boeing 777, sepatutnya lebih mudah dikesan memandangkan pesawat ini besar dan lebih cepat untuk refleks semula kepada signal diberikan, bagaimanapun sebaliknya yang berlaku,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Ramly berkata, misteri kehilangan MH370 menimbulkan tanda tanya semua pihak, namun perkara sama pernah terjadi kepada pesawat Skyhawk A4 PTM milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) pada 1988.
Pesawat dipandu Leftenan Wahi Anuar Mat Amin itu, hilang daripada kawalan radar selepas berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan menuju ke Pangkalan Labuan semasa sesi latihan.
Kehilangan Skyhawk A4 PTM itu juga dianggap misteri kerana tiada sebarang petunjuk ditemui sehingga ke hari ini.
Pesawat milik MAS yang dalam perjalanan ke Beijing, China dan membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu, terputus hubungan dengan ATC kira-kira sejam selepas berlepas dari KLIA pada jam 12.41 tengah malam.
Kali terakhir pesawat itu dikesan ATC adalah pada kedudukan longitud 06 darjah 55 minit 15 saat Utara dan latitud 103 darjah 34 minit 43 saat Timur atau kira-kira 120 batu nautika di timur Kota Bharu di Laut China Selatan.
Thursday, 13 March 2014
Isyarat radar boleh dimatikan
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment