Tuesday, 20 June 2017

37 Laporan Polis Terhadap Papa Gomo Di Seluruh Negara


KUCHING: Sebanyak 37 laporan polis telah dibuat setakat hari ini di seluruh negara terhadap blogger Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris berhubung kenyataan berbaur hasutan dan video di laman Facebooknya.

Laporan tersebut dibuat ke atas laman Facebook milik PapaGomo yang menggunakan nama 'Sir Azri' seolah-olah sengaja mengada-ada cerita, menghasut, memfitnah serta memutar belit fakta tanpa usul periksa dalam isu antara Menteri Perlancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.


Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata, laporan itu diterima daripada beberapa balai polis di seluruh negeri termasuk di Semenanjung.


“Kita telah memulakan proses siasatan, oleh yang demikian, beri kami masa untuk melengkapkan siasatan tersebut,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Perlancaran Ops Selamat 11/2017 sempena Hari Raya Aidilfitri di Terminal Bas Kuching pagi tadi.


Mazlan turut memberitahu bahawa kes tersebut memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan secara terperinci kerana ianya melibatkan media sosial.


Beliau juga turut menegaskan sekira pihaknya berjaya mendapatkan bukti-bukti dengan cepat, pihaknya akan merujuk segera kes tersebut kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana








PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP