Dari Mana Punai Melayang
----------------------------------
Awang.
Jawatannya ialah Setiusaha Dewan Ulamak PAS Selangor.... Maknanya dia seorang ulamak, bagi orang-orang PAS.
Dia kata, sesiapa yang menentang Rang Undang-Undang Presiden PAS untuk mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah tidak layak mengunjungi masjid.
Ini fatwa atau apa…? Macam mana kenyataan sebodoh ini boleh dikeluarkan oleh seorang yang berjawatan Setiusaha Dewan Ulamak PAS…?
Pada saya, ulamak PAS tersebut tidak faham bahasa, tidak faham politik dan bahkan tidak faham agama… dia memahami Islam dengan kefahaman yang salah…!
Apa maksud tidak layak mengunjungi masjid…? Kenapa tidak layak…? Apa syarat-syarat yang mesti dipenuhi oleh seseorang untuk melayakkan dia mengunjungi masjid…? Siapa yang tetapkan syarat-syarat itu…? Adakah Allah dan Rasul yang tetapkan begitu..? Kalau bukan, habis ulamak PAS sangka Islam itu apa…?
Ketika berlaku peristiwa Penaklukan Mekah dalam tahun 8 Hijrah, apabila memasuki kota Mekah, Nabi SAW mengumumkan kepada penduduk Mekah : “Sesiapa yang berlindung dalam masjid, dia selamat…! Sesiapa yang berlindung di rumah Abu Sufyan, dia selamat…!”
Penduduk Mekah yang diberi tawaran tempat yang selamat itu tentulah penduduk yang bukan Islam… Bahkan menurut sebahagian riwayat, Abu Sufyan sendiri belum masuk Islam ketika itu, dan sebahagian riwayat yang lain mengatakan dia baru masuk Islam.
Maknanya, kepada orang bukan Islam, Nabi SAW menawarkan Masjidil Haram sebagai tempat perlindungan yang selamat bagi mereka…. Kalau orang bukan Islam pun tidak dilarang memasuki masjid, apatah lagi terhadap orang Islam, mereka sangat-sangat digalakkan untuk selalu solat berjemaah di masjid.
Atau ulamak PAS sangka Islam itu bagaimana…? Rukun Islam 5 perkara, iaitu mengucap syahadah, solat, puasa, zakat, haji… Rukun Iman 6 perkara, iaitu beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Akhirat, Qada’ dan Qadha Allah…. Rang Undang-Undang Presiden PAS untuk mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah; itu apa…? Rukun Islam atau Rukun Iman…?
Untuk pengetahuan tuan ulamak PAS, yang Haji Hadi baca tajuk dan tangguh itu bukan Rang Undang-Undang Presiden PAS… tetapi itu hanya usul untuk meminda rang undang-undang 355 mahkamah syariah….! Enta faham ke tak ni, syeikh…?
Dan kalau ya pun, Hadi Awang hanya baca tajuk sahaja, kemudian dia minta tangguh sampai 2 kali, dan kali ketiga dia baca tajuk, tuan spraker tolong tangguhkan bagi pihak Hadi Awang… Itu saja ceritanya.
Maknanya apa…? Maknanya tidak ada seorang manusia pun di atas muka bumi ini tidak kira apa pun agama yang menjadi anutannya, yang membantah usul persendirian yang dibaca tajuk oleh Hadi Awang itu… Tidak ada…. Setiausaha Dewan Ulamak PAS itu mengigau bila menyebut sesiapa yang membantah RUU….
Dan… kalaupun usul itu dibentang dan diundi sungguh, orang yang tidak menyokong tetap layak mengunjungi masjid…! Pasal apa pulak tak layak…? Siapa yang larang…? Islam ini agama milik siapa…? Masjid itu apa…?
Masjid, dari segi bahasa maksudnya 'tempat sujud'... Menurut istilah yang difahami oleh kita, masjid ialah tempat orang-orang Islam mendirikan solat... Ada yang mengistilahkan masjid sebagai rumah Allah.
Atau sememangnya ulamak PAS tersebut maksudkan orang yang membantah RUU itu ialah orang Amanah, DAP, PKR…?
Ok, kalau ya pun maksudnya begitu, kenapa mereka tak layak mengunjungi masjid…? Adakah kerana ulamak PAS menyangka orang bukan Islam tidak layak mengunjungi masjid, dan percaya bahawa sesiapa yang tidak menyokong PAS dan UMNO, semua telah jadi kafir hingga tidak melayakkan mereka mengunjungi masjid…?
Sebab tu saya kata kebanyakan ulamak PAS ialah orang yang tidak faham tentang apa-apa pun termasuk hal agama…..
Demikian adanya....
Dipetik dari FB Awang
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment