Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos layak menggantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi jawatan ketua Pemuda Umno.
Ini kerana katanya, Jamal lebih berani daripada Khairy apabila berdemo dengan hanya bertuala di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) tidak laam dahulu.
Malah katanya, Jamal juga berani menyahut seruannya untuk berdebat bagi mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Khairy tak kuat dah sekarang… selepas ini saya sanggup jadi juru kempen Jamal untuk jadi Ketua Pemuda Umno.
“Sebab kalau nak banding Jamal dengan Khairy, saya lebih tabik Jamal sebab Jamal lebih berani dari Khairy," kata Rafizi dalam ceramah Perdana Pakatan Harapan di IIDCC Shah Alam malam tadi.
Semalam Jamal meluahkan hasrat untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno bagi menggantikan Khairy jika jawatan itu kosong selepas pilihan raya umum depan.
Pengerusi Umno Sungai Besar itu sebelum ini sering membuat kejutan bagi membantah beberapa tindakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Disember tahun lalu beliau hadir ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) dengan bertuala untuk menumpang mandi ekoran ketiadaan bekalan air di kediamannya selama empat hari.
Disebabkan keberanian itu, Rafizi berkata Jamal layak bertanding bagi jawatan ketua pemuda Umno.
“Jamal berani pakai tuala (di hadapan SUK Selangor) dan saya rasa Jamal lagi boleh jadi ketua pemuda Umno.
"Kalau Najib kena serang, kalau kita panggil berdebat Jamal dia berani,” katanya.
Tuesday, 18 July 2017
Jamal Tongko Lebih Berani Dari KJ
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment