Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, memberi tempoh sehingga tengah hari Rabu ini kepada Datuk Seri Najib Razak membuat permohonan maaf atau tindakan mahkamah boleh diambil terhadap beliau.
Peguam Mukhriz, Haniff Khatri Abdulla, mengesahkan kepada Malaysiakini, notis tuntutan itu sudah dihantar dan diterima Pejabat Perdana Menteri.
"Anak guam kami berpendapat bahawa kenyataan itu telah diperkirakan oleh anda untuk mengganggu perbicaraan saman fitnah Mukhriz terhadap Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad mulai Khamis ini," kata surat berkeaan.
Notis yang dihantar itu juga menuntut perdana menteri membuat permohonan maaf terbuka sebelum 1 petang 12 Julai ini.
Jika Najib gagal berbuat demikian, kata notis itu, Mukhriz berhak mengambil sebarang tindakan yang perlu mengikut undang-undang bagi melindungi kepentingannya.
Tuntutan itu dibuat sebagaireaksi Mukhriz terhadap kenyataan Najib yang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menjadikan anaknya itu sebagai perdana menteri.
Dr Mahathir adalah bekas presiden Umno dan pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
Bagaimanapun Dr Mahathir dan anaknya itu kini menjadi tokoh penting pembangkang dengan masing-masing memegang jawatan pengerusi dan timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Semalam Mukhriz mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap Najib ekoran kenyataan dibuat pada 7 Julai lalu.
Kata Mukhriz dakwaan itudianggap sangat jijik dibuat oleh seseorang yang mempunyai kedudukan tinggi dalam kerajaan.
Mukhriz juga mendakwa Najib cuba memberi tekanan kepada mahkamah menjelang perbicaraan saman beliau terhadap Tengku Sariffuddin.
- mkini
Monday, 10 July 2017
Mukhriz beri Najib tempoh hingga Rabu untuk mohon maaf
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment