Tuesday, 19 September 2017

BETUL KE MUHYIDDIN DAH SEMAKIN NYANYUK??


Bekas pengasas PPBM, Anina Saadudin menyelar kenyataan bekas Pengerusinya yang didakwa masih gagal menjawab isu kepimpinan yang melanda parti itu seperti yang didedahkan sebelum ini.

Anina dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini turut mempersoalkan tindakan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti bunga itu yang didakwa 'menyisihkan'-nya tanpa sebarang sebab.

Dakwaan itu merujuk kepada cara 'kejam' pemecatan dia daripada jawatan Ketua Srikandi dan kemudian digugurkan sebagai ahli MPT dengan 'menendangnya' daripada kumpulan WhatsApp.

"Pertamanya TSMY menyentuh tentang kononnya saya tidak datang untuk berbincang dengan beliau tentang isu kepimpinan yang saya bangkitkan.
"Seperkara lagi, saya ingin menyarankan supaya TSMY menjawab isu dengan isu yang tepat. Jika TSMY persoalkan tentang locus standi, saya jawab tentang locus standi. Jika TSMY cakap tentang kepimpinan, saya jawab tentang isu kepimpinan. Jadi, saya harap TSMY akan menjawab isu dengan betul.
"Kenapa begitu buruk sekali tadbir urus parti ini. Lebih 40 tahun dalam kabinet dan berpengalaman terkeluar dalam barisan kabinet kerajaan, takkan TSMY tak tahu bagaimana untuk pecat pemimpin parti. Datuk Seri Najib pecat TSMY pun dipanggil berdepan untuk berbincang, ada pemakluman dan ada hitam putihnya.
"Jika pecat pemimpin parti seperti lanun yang humban kelasinya ke dalam laut, bagaimana rakyat nak yakin TSMY boleh memimpin negara," katanya kepada Antarapos melalui sistem aplikasi WhatsApp.

Dalam pada itu, Anina turut menyatakan rasa kecewa dan hairan dengan keengganan Muhyiddin menjawab persoalan 'lokus standi' walaupun atas kapasitinya sebagai salah seorang pengasas PPBM.

"Jika parti ini benar-benar mahu berjuang untuk rakyat maka jangan letakkan jurang antara pemimpin dan rakyat. Jika benar mahu berjuang demi kebenaran maka beranilah berkata benar dihadapan rakyat. Kenapa mengelak utk berdepan dgn saya.
"TSMY gagal membuktikan yang beliau berani berhadapan dengan saya dan tidak menjawab isu lokus standi yang saya persoalkan. Sebaliknya hari ini beliau melalut dengan kenyataan yang tidak pun meletakkan dirinya pada standard seorang bekas Timbalan Perdana Menteri," tambahnya.

Pertelagahan antara bekas Ketua Srikandi itu dengan Muhyiddin selaku Presiden parti mendapat perhatian umum selepas dia mengambil tindakan keluar parti dengan alasan sudah tidak lagi tahan dengan layanan buruk yang diterima ketika berada di dalam parti tersebut.

- http://semuthitam80.blogspot.my/




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP