Tuesday, 20 November 2018

Melampau - Senarai Pegawai Pejabat Waytha Moorthy Dpenuhi Kaum India Jadi Viral


PUTRAJAYA 20 Nov. - Senarai organisasi Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy yang menerajui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menjadi viral di media sosial berikutan keanggotaannya dikatakan tidak mencerminkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Rata-rata netizen mempersoalkan mengapa kedudukan di Pejabat Menteri itu bagi jawatan Setiausaha Sulit Kanan, Setiausaha Politik, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Setiausaha Akhbar dan Setiausaha Sulit hanya diduduki satu kaum sahaja.

Antara komen dalam media sosial adalah pengguna Twitter bernama Ed Dev yang berkata "Perlu tindakan serius kerajaan PH (Pakatan Harapan). Tidak sesuai dengan objektif atau tujuan untuk membentuk perpaduan. Perlu ada banyak kaum di situ, jika tidak ia akan menjadi Kementerian Perpaduan untuk kaum India sahaja,".

Kebanyakan netizen berpendapat Pejabat Menteri itu perlu memberi contoh yang terbaik bagi mewakili kepelbagaian kaum di negara ini sekiranya benar-benar hendak memupuk semangat perpaduan rakyat Malaysia.

"Nama jabatan ini adalah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional. Memang sungguh nampak perpaduan kaum di kalangan pegawainya," sindir seorang pengguna twitter, Don Juan Deryezal.

Waytha Moorthy sebelum ini telah pun menerima kecaman pelbagai pihak berhubung isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang disifatkan sebagai menentang semangat Perlembagaan Persekutuan.

Penularan kembali video wawancara Waytha Moorty kira-kira 10 tahun lalu di Belanda juga menimbulkan polemik dan kemarahan masyarakat umum kerana dilihat telah memanipulasikan beberapa fakta berkaitan layanan terhadap masyarakat India di negara ini. - UTUSAN ONLINE

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

Unknown 20 November 2018 at 16:42  

moorthy sila balik kampung

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP