Sunday 18 November 2018

Fitnah Negara: Dr M Didesak Pecat Moorthy



Klip video yang tular daripada hindraf.org yang membuktikan Moortfhy menabur fitnah berkenaan Malaysia dan pentadbiran kerajaan.


PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Selangor mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy kerana mengeluarkan kenyataan fitnah untuk memburukkan negara.

Yang Dipertuanya, Borhan Ahmad Zakaria berkata, dakwaan Moorthy bahawa masyarakat India di negara ini tidak dilayan dengan adil, dipaksa memeluk Islam jika bekerja di sektor kerajaan dan sebanyak 10,000 kuil dimusnahkan adalah satu tuduhan yang amat berat.

“Dia tidak bertanding pun dalam pilihan raya, jadi pecat sahaja dia. Pelantikan dia dalam Kabinet atas budi bicara Perdana Menteri. Sikap seperti dia tidak wajar ada dalam Kabinet kerajaan.

“Kita akan lakukan desakan supaya dia dipecat atau dikenakan tindakan undang-undang. Dia tidak wajar keluarkan dakwaan seperti ini di luar negara. Adakah ini sikap seorang menteri apabila burukkan negara sendiri di luar negara?

“Layanan yang diterima masyarakat India di Malaysia adalah yang terbaik dan layanan seperti ini tidak akan dinikmati di negara lain,” katanya kepada NSTP hari ini.

Beliau mengulas mengenai video berdurasi 2 minit 39 saat yang tular di media sosial memaparkan Moorthy memburukkan negara dan memfitnah kerajaan, termasuk kononnya Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik.

Borhan menggesa kerajaan menarik semula keputusan untuk menggantung sementara tindakan di bawah Akta Hasutan 1948.

“Akta Hasutan wajar dikekalkan dan begitu juga dengan akta lain seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA).

“Perkembangan yang berlaku sejak kebelakangan menunjukkan pentingnya kerajaan mengekalkan Akta Hasutan. Ketiadaan akta seperti ini menyebabkan sesiapa sahaja bebas bercakap walaupun ia mengguris hati pihak lain,” katanya.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP