Najib berkata, walaupun kerajaan BN telah kalah pada pilihan raya umum ke-14, tetapi nilai ringgit telah turun lebih dahsyat.
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mendesak penjelasan menteri kewangan berhubung kemerosotan besar mata wang Ringgit berbanding Baht Thailand sehingga mencecah nilai RM13 bagi setiap 100 Baht, semalam.
Najib berkata, walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) telah kalah pada pilihan raya umum ke-14, tetapi nilai ringgit telah turun lebih dahsyat.
“Laungan PH pada suatu masa dahulu, ialah “Najib turun, Ringgit naik”. Saya dah turun dan Guan Eng (Menteri Kewangan, Lim Guan Eng) sudah naik. Tetapi ringgit turun dengan lebih dahsyat lagi. Apa alasan Lim,” kata beliau di laman Facebooknya.
Sebelum itu, beliau berkata, PH pernah memainkan isu kemerosotan nilai ringgit berbanding mata wang Thailand 3 tahun dahulu.
Najib berkata, ketika itu harga minyak dunia jatuh 80% dan Malaysia merupakan negara pengekspot minyak, manakala Thailand pengimport minyak.
“Pada masa itu, apabila ringgit merosot sehingga 100 Baht mencecah RM12.00 (RM1 bersamaan 8.33 Baht), PH mengeluarkan propaganda yang telah tular kononnya peniaga negara Thai tidak mahu menerima mata wang kita lagi.
“Nilai ringgit semakin memulih berbanding mata wang Thailand sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14),” katanya,
Bagaimanapun kata Najib, nilai ringgit jelas bertukar hala dan terus merosot selepas PRU14 sehingga mencecah penanda 100 bBaht bersamaan RM13.00 buat kali pertama, semalam.
Beliau berkata, pada masa ini harga minyak dunia sudah memulih dan kini 2 1/2 kali ganda berbanding harga 3 tahun dahulu.
“Semalam ringgit mencatat nilai paling rendah dalam sejarah berbanding Baht Thailand, iaitu 100 Baht Thai bersamaan RM13.15 (RM1 bersamaan 7.60 Baht),” katanya.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
1 comments:
Gampang najib ni.....kau berak pas tu suruh org basuh....nilai matawang d tentukn oleh keyakinan oleh player money market. Mudah terdedah kpd spekulasi & manupulasi. Tidak menggambarkn keadaan ekonomi sebenar. Matawang turun, solusi kurangkn import..jadilah negara pengeluar...tingkatkn industri pelancongan...ada penyelasaiannya....rakyat kena ubah sikap,berkorban & rajin!
Post a Comment