Sunday, 17 February 2019

Clare dakwa di London Hadi cakap lain, di Malaysia lain


Clare Rewcastle-Brown mendedahkan isi kandungan audio Nik Abduh Nik Abdul Aziz - yang panas sebelum ini - dijelaskan dengan terperinci oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang kepadanya.

Menurut pengarang Sarawak Report itu Abdul Hadi mengemukakan "analisis terperinci" berhubung kandungan serta maksud Nik Abduh dalam audio tersebut melalui dokumen yang diserahkan kepada mahkamah dalam saman presiden PAS berkenaan.

Saman itu sudah ditarik balik dan Abdul Hadi serta Clare bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah melalui syarat-syarat rahsia.

Dalam laporan terbaru Sarawak Report Clare juga menyiarkan inti pati kandungan dokumen tersebut. Antara lain Abdul Hadi menegaskan rakaman berkenaan tidak bermaksud PAS mengaku terbabit dalam rasuah dengan Umno.

Sebaliknya kata Abdul Hadi dalam dokumen terbabit, ia merujuk kepada sumbangan berbentuk kebajikan.

"Memandangkan dominasi Umno dalam politik, dan mengambil kira Umno ialah parti yang dianggotai ramai Melayu dan Islam, anggota dan penyokongnya mungkin berkongsi matlamat melakukan kebajikan dengan anggota dan penyokong PAS (justeru) tidak dapat dielakkan bahawa ahli-ahli PAS atau penyokong erpotensi menerima sumbangan sedemikian daripada ahli atau penyokong Umno," kata keterangan tersebut.

Kenyataan itu dibuat Clare sehari selepas Abdul Hadi mendakwa beliau belum mendengar kandungan rakaman suara Nik Abduh berkenaan.

Untuk rekod apabila rakaman audio itu mula menjadi tular Nik Abduh berkeras menafikan beliau adalah orang yang ada di sebalik suara berkenaan.

Malah anggota parlimen Bachok itu menganggapnya sebagai fitnah, karut dan marut. Beliau juga menyifatkan audio tersebut sebagai "sampah yang tak layak dimakan kecuali pelahap fitnah seperti PAN (Parti Amanah Negara) dan sekutunya".

Selepas mengaku sebenarnya beliau adalah orang yang bercakap dalam rakaman audio berkenaan Nik Abduh - yang juga anggota Jawatankuasa Pusat PAS - mempartahankan tindakannya itu sebagai keperluan demi parti.

Malah kata Nik Abduh, arwah bapanya - Nik Abdul Aziz Nik Mat - pernah mengambil pendekatan sama sebelum ini.

Kata Clare dakwaan dibuat Abdul Hadi mengenai rakaman suara Nik Abduh itu menunjukkan sikap presiden PAS terbabit memberi kenyataan berbeza-beza di Malaysia dan mahkamah London.

"Dokumen berkenaan boleh dilihat semua orang dan ia tidak sepadan dengan kenyataan beliau kepada umum," katanya.

Abdul Hadi sebelum ini mengemukakan saman terhadap Clare ekoran rencana disiarkan portal terbabit yang mendakwa PAS menerima dana RM90 juta daripada BN sebelum PRU ke-14 lalu.

Dalam hujah pembelaannya Clare turut memasukkan rakaman audio Nik Abduh itu untuk dipertimbangkan dalam perbicaraan mahkamah.

Abdul Hadi menarik balik saman tersebut dengan alasan ia terlalu mahal untuk diteruskan.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

PokAmid 18 February 2019 at 14:05  

Mamat kepala parti lebai memang begitu lidah nya. Hari ni lain, esok lusa akn jad pula,di sini lain dan di sana akn jadi lain pula.
Apa la teruk sangat lidah mamat ni...
Masih ok lagi ke otak nya?

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP