Saturday 27 April 2019

'Kamu telah masukkan jari dalam kemaluan mangsa'..




Media tempatan sebelum ini melaporkan seorang pembantu perubatan didakwa mencabul pesakit di dalam ambulans yang dalam perjalanan ke Hospital Selayang, Gombak.

Menurut mangsa, ketika kejadian itu berlaku dia berada dalam keadaan sedar tetapi lemah, telah dicabul oleh suspek. Mangsa terus memaklumkan kepada majikannya yang kemudian membuat laporan polis.

Dalam perkembangan terkini kes tersebut, seorang wartawan mendedahkan gambar dan butiran kes tersebut.


"Suspek berusia 22 tahun mengaku dalam soal siasat kepada polis, dia mencabul remaja perempuan berusia 17 tahun kerana mangsa sangat cantik.

"Hari ini tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang. Tuduhan sangat 'SX" jadi boleh baca dalam kertas pertuduhan di bawah," kata Mohd Rezuan Abdul Manap.

Berdasarkan kertas pertuduhan itu, suspek didakwa telah memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa dan menjilat payudara mangsa.

Jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP