Tuesday 9 April 2019

Tun M: TMJ Hanyalah Orang Biasa Dan Tidak Kebal..




PERDANA Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa sidang media di lobi Perlimen di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ Rosni Masri

KUALA LUMPUR 9 April - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menganggap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai orang biasa.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, atas sebab itu beliau berhak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak bersifat hasutan.

“Dia boleh cakap seperti orang biasa, kita anggap dia orang biasa. Asalkan dia tidak buat kenyataan yang dianggap hasutan,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kritikan yang dilemparkan Tunku Ismail terhadap Putrajaya, sejak akhir-akhir ini.

Jelas Pengerusi PH itu, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pewaris Sultan Johor itu sekiranya melakukan kesalahan.

“Kita akan mengambil tindakan terhadapnya, beliau tidak kebal undang-undang malah tiada siapa di Malaysia yang kebal undang-undang,” katanya. - UTUSAN ONLINE

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP