Kemelut di antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim berhubung pemilikan harta masing-masing berterusan hari ini dengan bekas perdana menteri itu memberikan label buat seterunya.
Melalui kenyataan bersahaja yang dimuat naik di media sosial, Mahathir berkata dia tidak ada masalah untuk membuat pengisytiharan harta untuk mendedahkan kekayaan yang ada.
Kata Mahathir dia sudah membuat pengisytiharan tersebut beberapa kali semasa menjadi perdana menteri.
"Saya juga tidak ada masalah isytihar harta kerana tidak ada apa yang perlu saya sorok.
Yang jadi masalah ialah Anwar telah beberapa kali tuduh saya salah guna kedudukan semasa saya jadi perdana menteri untuk kayakan diri saya dan keluarga saya," katanya.
Pada 7 Mei lalu Anwar mengulangi cabaran kepada seorang pemimpin politik Melayu yang tidak disebutkan namanya agar mendedahkan semua harta peribadi serta aset mereka sekeluarga.
Berucap di majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani anjuran kerajaan Negeri Sembilan di Seremban, perdana menteri ke-10 itu berkata tokoh terbabit memiliki harta berbilion, manakala anak-anaknya memiliki kapal terbang dan kapal.
"Itu belum dijawab, saya minta mereka jawab, berapa bilion dia ada, mana dia dapat wang itu, pulangkan balik kepada orang Melayu di Malaysia," katanya.
Sehari kemudian Mahathir pula meminta Anwar mengisytiharkan kekayaannya semasa menjadi timbalan perdana menteri dari 1993 hingga 1998 dan mengaitkan presiden PKR itu dengan amalan kronisme.
Ulang gesaan pada PM
Untuk rekod Malaysiakini pada 5 Mei lalu melaporkan Mahathir sudah memfailkan saman berjumlah RM150 juta terhadap Anwar berhubung dakwaan bahawa dia mengumpul kekayaan peribadi ketika berkuasa.
Kata Mahathir Anwar sudah digesa untuk menunjukkan bukti bahawa dia memiliki wang berbilion ringgit, kapal terbang dan kapal atau berdepan dengan tindakan mahkamah.
"Saya telah mengambil tindakan mahkamah dan sehingga hari ini dia tidak pernah tunjuk bukti selain ke sana ke mari buat tuduhan terhadap saya.
"Sebaliknya, dia minta saya tunjuk bukti harta saya. Dia yang tuduh saya dan dia minta saya pula tunjuk bukti," tambah Mahathir.
Justeru Mahathir yang pernah menjadi ahli parlimen Langkawi pada 2018 itu mengulangi sekali lagi gesaannya kepada Anwar agar dakwaan tersebut dibuktikan.
"Setakat cakap di atas pentas politik tanpa ada bukti ini, siapa pun boleh buat.
“Mereka (yang begitu) ini digelar Mat Retorik," katanya.
-mkini-
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
4 comments:
Who wrote the Judds song grandpa?
What is the original key of grandpa?
What country song is about grandpa telling stories?
Who sings grandpas love?
aneh! exabet88 lagi gacor bnget ngab!
Exabet
Yokubet Proses Deposit dan Withdraw Cepat, Gampang Maxwin Ayo bergabung
สล็อต Pg และความสนุกจึงเป็นสิ่งสําคัญ วันนี้เราจะมาทําความรู้จักกับเว็บไซต์ที่ได้รับความนิยมอย่างมากในหมู่คนรักเกมออนไลน์ชาวไทย siambet88 !
Post a Comment