Pertikaian takhta yang berlarutan di Negeri Sembilan kini memasuki fasa perundangan apabila empat pembesar adat membawa kerajaan negeri ke mahkamah.
Menurut dokumen undang-undang yang dilihat Malaysiakini, para pembesar berkenaan memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Seremban hari ini bagi memohon perintah supaya kerajaan negeri serta Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan mendedahkan minit mesyuarat bertarikh 17 April.
Permohonan itu berkait dengan sidang khas Dewan berkenaan, yang didakwa telah mencapai keputusan sebulat suara untuk meluluskan pemecatan Undang Luak Sungai Ujong, Mubarak Thahak.
Plaintif terdiri daripada Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad; Muhammad Abdullah (Johol); Abd Rahim Yassin (Rembau); dan Mubarak sendiri, bersama Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri; serta Datuk Syahbandar Sungai Ujong, Badarudin Abdul Khalid.
Dalam permohonan mereka, keenam-enam plaintif mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa sebagai anggota Dewan itu, mereka berhak mendapatkan salinan minit mesyuarat tersebut.
Mereka turut memohon mahkamah mengarahkan defendan menyerahkan minit sidang khas itu dalam tempoh tujuh hari.
Selain itu, mereka memohon mahkamah mengeluarkan “perintah untuk menggantung pelaksanaan sebarang tindakan penguatkuasaan oleh defendan berkaitan keputusan sidang khas tersebut”.
Para pembesar adat itu menamakan kerajaan Negeri Sembilan, Dewan Keadilan dan Undang serta setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin sebagai defendan.
Menurut dokumen itu, kes berkenaan dijadualkan didengar pada 13 Mei.
Sidang Dewan Keadilan dan Undang pada 17 April itu menjadi titik penting dalam pertikaian takhta yang sedang berlangsung, yang bulan lalu menyaksikan tindakan balas pembesar-pembesar berkenaan memecat Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Aminuddin dituduh ‘pembohong’
Perkembangan itu berlaku susulan penafian oleh Undang Yang Empat dan Tunku Syed Razman terhadap dakwaan Menteri Besar Aminuddin Harun bahawa majlis tersebut mengesyorkan pemecatan Mubarak sebagai Undang Sungai Ujong, dengan alasan 33 pelanggaran adat.
Mereka turut menyifatkan Aminuddin sebagai “pembohong” dan menggesa anggota Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan supaya menyingkirkan menteri besar itu daripada jawatan menteri besar.
-malaysiakini-
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
1 comments:
Kesaksian saya tentang bagaimana saya menjadi ahli Illuminati. Lord Felix membantu saya memulihkan kehidupan saya yang hampir musnah sepenuhnya. Saya dibebaskan selepas kira-kira 2 tahun enam bulan, setelah dikhianati oleh ramai ahli Illuminati yang lain. Selama bertahun-tahun, saya berputus asa dan mengalami kejatuhan kewangan yang teruk. Namun, pada suatu hari, semasa melayari internet, saya terjumpa satu hantaran daripada seorang ahli kanan Illuminati, Lord Felix, yang menyatakan bahawa sesiapa yang menjadi ahli Illuminati boleh mencapai kemasyhuran, kekayaan, dan kejayaan dalam hidup. Saya menghubunginya dan menjelaskan segala-galanya; beliau mencadangkan proses pendaftaran, dan saya membuat pembayaran untuk keahlian tersebut bagi memulakan langkah saya. Akhirnya, saya diterima masuk ke dalam Pertubuhan Dunia Illuminati (World Order of the Illuminati). Selepas itu, mereka memberikan saya segala panduan dan memaklumkan bahawa ahli baharu akan menerima ganjaran tunai sebanyak $2,000,000 selepas upacara penerimaan. Dengan bantuan Lord Felix, saya telah diterima sepenuhnya sebagai ahli Illuminati. Nasihat saya, jika anda pernah tertipu oleh penipu sebelum ini, cubalah hubungi Lord Felix. Ini adalah peluang terbaik untuk anda mencapai apa yang anda impikan dalam kehidupan masa depan anda. Hubungi beliau melalui WhatsApp di talian +2348168034022.
Post a Comment