Wednesday 29 May 2013

Empat Polis Yang Terlibat Kematian Tahanan Ditukar Ke Unit Pejabat

KUALA LUMPUR, 29 Mei — Empat anggota polis, termasuk seorang pegawai, yang sebelum ini menyiasat kes tembak di Bandar Tun Razak, Cheras membabitkan N.Dharmendran, kini ditugaskan di unit kerja pejabat di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata langkah itu bagi memudahkan laluan siasatan Bukit Aman berhubung kes kematian tahanan berkenaan di lokap.


Kematian Dharmendran, 32, di lokap IPKKL pada Selasa selepas mengadu sakit dada, didapati mempunyai unsur jenayah.

Semalam, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene berkata polis membentuk satu jawatankuasa khas diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam usaha menangani insiden kematian mengejut tahanan di lokap.

Jawatankuasa itu, yang antara lain ditugaskan memantau tahap keselamatan dan kesihatan tahanan, akan berkuat kuasa sejurus selepas pelancarannya dalam masa terdekat.

Bernama


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP