PETALING JAYA, 19 Mei — DAP Selangor mempersoalkan senarai Exco kerajaan negeri yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam, seminggu selepas pergolakkan dalam PKR mengenai jawatan tertinggi negeri selesai.
Timbalan pengerusi DAP negeri Tony Pua mengatakan parti itu seharusnya mendapat empat kerusi Exco berbanding tiga yang diumumkan Khalid dan jawatan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Semalam kami dapati senarai nama yang lain” kata Pua kepada pemberita di Subang Jaya di sini hari ini.
“Kami mahu tahu mengapa... tiada masalah pada Khamis. Ia adalah mesyuarat sekejap setengah jam,” tambah beliau.
Pua mengatakan Khalid dan PR Selangor – yang diwakili oleh Teresa Kok dan Datuk Teng Chang Kim bersama-sama pemimpin PAS Khalid Samad dan Dr Rani Osman – telah bersetuju dalam mesyuarat Khamis lepas DAP akan mendapat empat tempat dalam Exco dan PAS mendapat tiga dan boleh memilih Speaker Selangor.
Khalid memberitahu pemberita malam tadi empat kerusi Exco akan diberikan kepada PAS sementara DAP dan PKR masing-masing mendapat tiga kerusi selain jawatan speaker diberikan kepada DAP.
Pua berkata mengetahui tahu tentang senarai exco tersebut selepas membaca komen di Twitter oleh Abdul Khalid malam tadi.
“Kami terkejut dengan Tan Sri,” kata MP Petaling Jaya Utara itu. “Apa gunanya mesyuarat itu?” katanya.
Pua berkata Teng dan Kok telah cuba untuk menghubungi Khalid untuk mendapatkan penjelasan, tetapi tidak berhasil.
Semalam, Abdul Khalid dalam satu majlis kesyukuran di Pandamaran Jaya berkata ahli exco akan diumum dalam satu majlis angkat sumpah yang akan diadakan dua minggu lagi serta mendedahkan telah menyerahkan senarai nama kepada Sultan Selangor.
Khalid, yang ditanya berulang kali untuk mendedahkan senarai Exco yang dipilihnya, mengelak untuk menjawab sama ada timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali berada dalam senarai itu ataupun tidak.
Sebelum ini, Azmin difahamkan mengintai jawatan penting di negeri terkaya itu sehingga tercetus sedikit pertikaian dan drama dan berakhir selepas Abdul Khalid mengangkat sumpah Selasa lalu, lebih seminggu selepas selesai pilihan raya umum 5 Mei.
Khalid telah dilantik semula sebagai menteri besar Selangor untuk penggal kedua selepas Pakatan Rakyat (PR) memenangi majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya 2013 dengan meraih 44 kerusi 56 kerusi DUN.
PAS dan DAP memenangi 15 kerusi setiap satu, manakala PKR pula 14 kerusi.
- TMI
Why Shouldn’t Young Malays Reject Equal Rights?
6 hours ago
0 comments:
Post a Comment