Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad, berkata polis mempunyai bidang kuasa untuk menangkap Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said pada bila-bila masa.
Penahanan Samad pada jam 12.40 pagi tadi mengundang kemarahan pengguna laman sosial dan kebanyakannya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kejadian itu.
"Suka hati polis hendak tangkap jam berapa pun, kita tidak ada tempoh, kalau kita hendak tangkap, kita tangkap,” kata Zainuddin ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.
"Saya tidak faham kenapa sibuk-sibuk kritik tengah malamlah, ini kerja polis, jangan ganggu kerja polis," katanya mengulas kritikan pengguna internet terhadap tindakan polis itu menahan Samad yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0 itu.
Ketika ditanya apakah rasionalnya polis menangkap pada waktu malam, Zainuddin berkata, waktu malam adalah lebih sesuai untuk melakukan tahanan.
Aantara yang marah dengan tindakan polis itu ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya sebagai biadap.
"Tindakan biadab! A Samad Said umur 80 tahun diheret jam 12 malam?" Reaksi Anwar melalui akaun Twitternya ketika mengetahui Samad ditahan.
Anwar turut menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kepada sasterawan negara itu.
“Tak dapat soal siasat siang hari? Perikemanusiaan?" katanya.Tindakan polis menahan Samad turut dikritik rakan seperjuangannya, Datuk Ambiga Sreenavasan yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0.
"Pak Samad, Pengerusi Bersama Bersih 2.0 ditahan dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi. Layanan yang mengejutkan dalam menghormati sasterawan negara," memetik dari laman twitter Ambiga.
Samad ditahan polis di rumahnya di Bangsar, kira-kira jam 12.40 pagi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk membantu siasatan berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya.
Sasterawan negara itu disoal siasat selama hampir dua jam selepas tiga anggota polis mengambilnya di rumah berhubung insiden pada malam ambang kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Samad diwakili peguam, Latheefa Koya dan Eric Paulsen.Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa Samad menyerah diri kepada polis apabila mendakwa Samad "hilang" daripada polis.
Sebelum ini, polis turut menahan dan menyoal siasat aktivis, Hishamuddin Rais dan Adam Adli di bawah Akta Hasutan 1948 semalam. – tmi
Wednesday, 4 September 2013
Suka hati kamilah nak tangkap pukul berapapun, kata polis
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment