PETALING JAYA: Isu bajet iklan pendek hari kemerdekaan terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang mencecah RM450 ribu masih belum reda apabila Gabungan Persatuan Karyawan Malaysia (Gafim) pula mempersoalkan agensi itu dalam pemberian tender.
Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan agensi berkenaan dan mendesak supaya Finas menjelaskan bagaimana sesebuah tender iklan yang mempunyai bajet besar diberi.
"Gafim sebenarnya sokong apa-apa sahaja usaha kerajaan yang menerbitkan iklan merdeka bagi kesedaran orang ramai.
"Cuma apa yang perlu dijelaskan adalah proses pemilihan produksi dalam memberikan tender dan bagaimanakah keterbukaan yang dibuat oleh pihak Finas?," soalnya kepada mStar Online di sini pada Jumaat.
Pada Rabu lalu, Ahmad Idham meneusi Twitter miliknya mempersoalkan langkah Finas melaburkan RM450 ribu untuk menghasilkan treler Tanah Tumpahnya Darahku sempena hari kemerdekaan untuk ditayangkan di pawagam yang panjangnya hanya 2 minit 40 saat.
Ahmad Idham meminta badan itu memberi penjelasan berhubung kos berkenaan yang dianggap tinggi untuk sebuah iklan pendek.
Pengerusi Finas, Datuk Md Afendi Hamdan pula memberi respons menerusi laporan mStar Online pada Jumaat dengan mengatakan bajet berkenaan adalah bersesuaian dengan kualiti iklan tersebut yang diberikan tendernya kepada syarikat Vision Networks milik Afdlin Shauki.
Iklan berkenaan sudah pun disiarkan serentak di pawagam seluruh negara sebelum tayangan filem bermula Rabu lalu disusuli promo berjudul Pesanan Terakhir dan diikuti nyanyian lagu Negaraku.
Kempen itu bermula dari 28 Ogos lalu sehingga 3 September depan sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-56.
Tambah Jurey, sepatutnya pihak Finas tidak perlu beremosi dalam membuat kenyataan berhubung perkara tersebut kerana pihak mereka berhak mengetahui bagaimana proses pemilihan syarikat produksi dalam pemberian tender tersebut sama ada ia dibuat secara terbuka ataupun sebaliknya.
"Mereka kena tahu, Finas adalah agensi kerajaan, bukannya swasta yang boleh sembarangan memberi projek. Jadi mereka perlu mengikut prosedur.
"Sebenarnya kami semua tidak tahu mengenai projek ini dilakukan. Tiba-tiba sahaja ia sudah mula ditayangkan di pawagam. Bukankah lebih elok kalau mereka memberitahu secara terbuka berkenaan projek ini dan kemudian pastinya ramai yang akan menghantar ‘proposal’ masing-masing.
"Ia juga sekali gus dapat melihat pelbagai idea. Jangan biarkan industri berprasangka buruk kerana Finas ditubuhkan untuk membantu industri," tegasnya.
Sementara itu, Jurey juga berkecil hati dengan Finas memandangkan agensi itu dilihat kurang mesra dengan penggiat-penggiat seni tempatan.
Malah katanya, ketika pihak Gafim menghantar surat untuk berjumpa serta berbincang mengenai perkembangan dan masalah-masalah yang timbul berkaitan industri hiburan, agensi itu langsung tidak memberikan sebarang respons.
"Saya lihat Finas tidak mesra dengan industri lagi. Tidak seperti dahulu, setiap tiga bulan mereka membuat satu forum untuk berbincang berkaitan masalah yang timbul.
"Malah apakah peranan dan akta terbaharu Finas selepas bergabung dengan Filem Negara Malaysia? Semua itu penggiat filem perlu tahu," ujarnya.
- Mstar
Sunday, 1 September 2013
Afdlin Shauki Dibayar RM450 Ribu Untuk Iklan 2 Minit 10 Saat
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment