SHAH ALAM - Naib Presiden PKR N.Surendran mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya bersandiwara dalam isu pendedahan senarai nama ahli kumpulan kongsi gelap, baru-baru ini.
“Bagi saya isu ini hanya untuk menarik perhatian ahli Umno sahaja.
“Hal ini kerana pemilihan Umno akan dijalankan tidak lama lagi, jika Zahid bersungguh-sungguh untuk membanteras kegiatan ini, mana tindakannya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Menurut Surendran, pendedahan nama mereka yang terlibat dalam kegiatan jenayah tidak dapat merungkai permasalahan yang melanda negara selagi tindakan tegas dan menyeluruh tidak dilaksanakan.
Pihak kementerian dengan kerjasama agensi di bawahnya kini sedang menjalankan Ops Cantas bagi mengesan dan menahan individu yang terlibat dalam kegiatan kongsi gelap.
Operasi yang bermula 17 Ogos lalu itu sehingga 1 September lalu telah membawa kepada penahanan lebih 4,000 anggota kumpulan kongsi gelap daripada 40,000 jumlah keseluruhannya seperti yang diumumkan sebelum ini.
Bagaimanapun, ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mempertikaikan apakah tindakan konkrit yang akan dilaksanakan pihak berkuasa selepas anggota mahupun 'taiko' kumpulan kongsi gelap ini diberkas dan memastikan mereka yang bersalah menerima hukuman.
“Siapa ketua, penaung dan bila polis akan mendakwa mereka mengikut proses undang-undang? Jangan lupa beberapa tahun lalu polis juga ada dedah nama ini, dan isu itu senyap begitu sahaja,” ujarnya.
Terbaru, Ahmad Zahid hari ini mengumumkan, Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 akan dipinda untuk membolehkan polis melaksanakan tugas membanteras dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan.
Menurut Ahmad Zahid, polis akan diberi "taring' untuk mencegah jenayah dengan lebih berkesan dan berharap draf pindaan itu akan diterima baik oleh anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.
Why Shouldn’t Young Malays Reject Equal Rights?
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment