Saturday, 4 February 2017

BN Yakin Tawan Kelantan Pada PRU14



KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) yakin memperolehi sekurang-kurangnya 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekaligus menamatkan penguasaan 27 tahun Pas di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bendahari UMNO negeri, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, keyakinan tersebut berdasarkan kesungguhan serta kerja kuat parti itu membantu rakyat selain dibantu perpecahan pembangkang.

"Bukan setakat 12 kerusi, mungkin akan bertambah dan membentuk kerajaan. Faktor dimana UMNO yang tidak pernah berhenti bekerja untuk rakyat selain mempunyai jentera kukuh dilihat mampu memberi kelebihan kepada parti itu menang pada PRU-14," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan khas serta pengumuman jentera BN Kota Bharu di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Rosmadi Ismail; Ketua MCA Bahagian itu, Tan Ken Ten dan seluruh kepimpinan komponen BN Kota Bharu.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Fatmi yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu berkata, BN mampu merampas kembali Parlimen Kota Bharu pada PRU-14 meskipun kawasan tersebut dianggap sebagai kubu kuat Pas.

"Hari ini, kita lihat BN Kota Bharu menunjukkan solidariti serta semangat perpaduan yang cukup kuat dalam kalangan parti-parti komponen sekaligus berjaya membentuk kekuatan dalam menghadapi pilihan raya," katanya. - Utusan Malaysia






PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP