SHAH ALAM - Jika sebelum ini bawa katil, kini 15 van jenazah pula diusung Gabungan NGO Melayu Malaysia untuk menggegarkan pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor.
Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Yunos dilihat memandu salah satu van jenazah tersebut dengan mengenakan pakaian seperti penggali kubur dan kemudiannya mengusung jenazah pada jam 11 pagi tadi.
Tindakan tersebut bertujuan mempertikaikan dari manakah sumber Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) berjumlah RM200 juta diperolehi, berapa jumlah yang telah disalurkan sejak ia ditubuhkan dan kaedah yang digunakan.
Namun ketika membuat kenyataan media, tindakan Jamal itu dihentikan oleh sekumpulan 50 lelaki yang mendakwa mewakili rakyat, melaungkan "Siapa penyamun? Malaysia dah muak dengan Jamal!" dan mendesak Jamal menghentikan tindakannya serta-merta.
Situasi tersebut menjadi semakin tegang dan kecoh menyebabkan beberapa anggota polis yang berada di lokasi, bertindak menghentikan kekecohan tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment