Thursday, 2 February 2017

Ceroboh Pusat Hiburan: Polis Tangkap Jamal


AMPANG - Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan polis di kediamannya di sini, petang tadi.

Memetik laporan media tempatan, Jamal kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut berhubung tindakan beliau dan kumpulan 'baju merah' yang didakwa menceroboh masuk pusat judi di Ampang baru-baru ini.


Pagi tadi Sinar Online melaporkan kediaman Jamal dikepung oleh pihak polis.

Jamal ketika dihubungi berkata, lapan pegawai polis sedang menunggunya di luar pintu pagar.

"Rumah saya dikepung, saya sudah beritahu saya akan datang ke balai dalam pukul tiga tetapi mereka ini tidak sabar-sabar hendak tangkap saya.

"Ada dua buah kereta polis kini, nanti saya maklum semula," katanya.

Cubaan Sinar Online menghubungi Jamal petang ini bagaimanapun gagal. Talian telefon bimbit beliau telah dimatikan.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP