Tuesday, 2 May 2017

Hadi Bersyukur Dan Tak Akan Lupakan Jasa Kerajaan BN


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan lupa jasa dalam memberi laluan untuk beliau membentangkan usul untuk meminda undang-undang syariah di Parlimen.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi laluan yang sangat berharga dan bermakna kepada Islam.

"Kita tidak akan lupa kerjasama ini, semoga Allah memudahkan jalan ke hadapan.

"Ingat apa yang Nabi berkata, mereka yang tidak berterima kasih kepada orang lain, tidak berterima kasih kepada Allah," kata Hadi dalam ucapan penutup beliau pada muktamar ke-63 parti Islam itu di Alor Setar, hari ini.

Pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat yang lalu iaitu 6 April, kerajaan memberikan laluan kepada Abdul Hadi untuk membentangkan usul untuk meminda Akta 1965 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355.

Kenyataan Abdul Hadi bercanggah dengan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang pada malam tadi berkata, pendirian berbeza kerajaan mengenai rang undang-undang itu membuktikan ia tidak boleh diharap untuk menegakkan Islam.

"(Pindaan kepada) Akta 355, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) berkata, kerajaan akan bentangkan, tetapi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) berkata tidak.

"Bagaimana kamu boleh bergantung kepada mereka? Tidak boleh," jelas Tuan Ibrahim.

- mkini





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP