Saturday 6 May 2017

Nurul Izzah: Jangan Pedulikan Adam Rosly


Sebarang kritikan dibuat pemimpin muda PKR, Datuk Adam Rosly terhadap mana-mana pimpinan tertinggi dalam parti termasuk kepada Rafizi Ramli tidak seharusnya dilayan.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, Adam kini bercuti dari parti ekoran berdepan dengan siasatan rasuah dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Adam Rosly sedang bercuti, maka tak perlu lah kita endahkan apa-apa kenyataan memandangkan tumpuan bagi pimpinan untuk melawan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sebuah kolej di Kajang hari ini selepas diminta mengulas serangan yang dilakukan Adam terhadap Rafizi yang menuntut supaya Anggota Parlimen Pandan itu telus berkaitan dana Invoke dan NOW.

Malah, Nurul Izzah turut dilihat mempertahankan ahli Parlimen Pandan itu yang disabitkan bersalah kerana mendedahkan dokumen-dokumen yang tertakluk bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).’

“Rafizi Ramli dikenali dan tersohor dengan komitmen beliau mendedahkan rasuah BN.

“Kita ketahui beliau menjadi mangsa kepada salah seorang pembocor matlamat yang penting dalam pembinaan, pengukuhan demokrasi dalam negara kita,” katanya.

Semalam, Adam memberi Rafizi masa selama 48 jam untuk mendedahkan butiran dana melibatkan NOW dan Invoke kerana katanya ia adalah koleksi wang daripada orang awam secara berterusan.

Gesaan itu menyebabkan Rafizi tampil mendedahkan pendapatan Invoke sejak ditubuhkan hingga 30 April 2017 adalah sebanyak RM2,780,652.

Daripada jumlah itu, RM787,049 dikatakan disuntiknya secara peribadi daripada dana berpunca daripada simpanan Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera.

Berdasarkan butiran itu, sebahagian besar dana Invoke berpunca daripada majlis kutipan dana, iaitu sebanyak RM857,369.

Sementara itu, bagi NOW pula, badan pembocor maklumat itu tidak mempunyai sebarang pendapatan sepanjang tahun 2016 dan 2017 kerana tidak menganjurkan sebarang majlis kutipan dana.

Perbelanjaannya pula hanya minimum (hanya sewa pejabat) dan tidak mempunyai kakitangan.

Sebahagian besar dana itu dibelanjakan untuk gaji kakitangan (RM888,487), talian telefon dan Internet pusat panggilan (RM326,301) dan aset tetap (RM300,341).

Tiga hari selepas Adam diheret ke mahkamah, Rafizi berkata, PKR wajar menjauhkan diri daripada kemelut peribadi pemimpin akar umbi itu, terutama menjelang pilihan raya umum ke-14.

Rafizi berkata PKR mesti dilihat tegas dan berpegang kepada piawai moral dan keamanan yang jauh lebih tinggi berbanding parti-parti lain.







PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP