KOTA BHARU - Amanah Kelantan amat gembira dengan keberanian Pas menjelaskan sikap sebenar politik mereka terutama dalam konteks hubungan dengan Umno, kata Naib Pengerusi Amanah Negeri, Che Ibrahim Mohamed.
Menurutnya, walaupun begitu, perlu diingatkan, pengakuan Pas yang dilihat semakin mesra dan akrab dengan Umno berbanding dengan parti-parti pembangkang akan dinilai oleh semua pemerhati politik termasuk penyokong setia Pas sendiri.
Pas tidak boleh selama-lamanya berselindung di sebalik sikap berpura-pura dalam politik mereka, menzahirkan permusuhan dengan Umno kepada pengikut bawahannya dan menonjolkan kemesraan dan sikap terbuka dengan Umno ketika bertemu pemimpin atasan parti pemerintah itu,”katanya kepada Sinar Harian di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang didakwa menyifatkan tindak-tanduk Pas yang dilihat berlembut dengan Umno adalah contoh politik matang dan sejahtera.
Takiyuddin sebelum ini dipetik sebagai berkata, tindak-tanduk Pas yang dilihat berlembut dengan Umno adalah contoh politik matang dan sejahtera.
Jelasnya, budaya politik matang sejahtera yang menjadi teras parti itu bukan hanya diamalkan dengan parti pemerintah sebaliknya dengan parti pembangkang juga.
"Berkenaan pertemuan menteri pertanian dengan Datuk Seri Abdul Hadi, itu adalah program yang berlangsung di Marang dan beliau (Hadi) adalah ahli parlimen di situ. Ini pendekatan kita yang baharu," katanya.
- sharian
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment