Isteri PM S'pura beritahu Rais agar bertenang
Isteri kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Ho Ching memberitahu Ketua Biro Strategi dan Dasar Bersatu Rais Hussin agar "bertenang".
Beliau mengulas laporan media Singapura Today Online, yang bertajuk: "Senior member of Mahathir's party warns Singapore of 'pain by a thousand cuts' for its stance on maritime dispute" (Anggota kanan parti Mahathir beri amaran 'kesakitan seribu luka' kepada Singapura berhubung pertikaian maritim).
"Bertenang (Chill, man)," katanya ringkas menerusi hantaran di Facebooknya yang memiliki 50,000 pengikut.
Ho Ching juga merupakan ketua pegawai eksekutif badan pelaburan Singapura, Temasek Holdings.
Laporan Today Online berdasarkan ulasan Rais, yang disiarkan hari ini oleh Malaysiakini dan The Malay Mail.
Dalam ulasan itu, Rais berkata: "Tiada apa yang dapat diraih dengan memberi ancaman untuk menghalang kapal Malaysia di perairan malaysia atau Singapura. Apa yang akan mereka dapat adalah kesakitan akibat seribu luka".
Bagaimanapun, isi kesuluruhan ulasan Rais tersebut adalah untuk membantah peningkatan ketegangan antara dua negara.
"Lebih baik pertengkaran tidak membawa kepada pergaduhan. Lepas itu apa? semua orang tahu peperangan hanyalah untuk menjadikan anak-anak yatim piatu.
"Tetapi jika Singapura merasakan pilihan raya 2019 negara itu adalah masa sesuai untuk menunjukkan kekuatannya, mereka patut tahu pertunjukan nasionalisme seperti itu akan menyebabkan Malaysia melakukan perkara sama," katanya.
Terdahulu, Singapura mendakwa Malaysia mengubah sempadan Pelabuhan Johor Bahru dan menceroboh perairannya.
Malaysia bagaimanapun menafikan hal itu dan menegaskan kegiatan penambakan laut oleh Singapura tidak bermakna sempadannya juga dipanjangkan.
Muhyiddin cadang rundingan bagi pertikaian sempadan perairan Malaysia-Singapura
Singapura dakwa kapal Malaysia ceroboh perairannya 14 kali
Malaysia tuntut semula ruang udara dari Singapura
Sarawak and Malaysia can’t afford escalating O&G disputes
15 minutes ago
0 comments:
Post a Comment