Wednesday 12 December 2018

UMNO Sabah Terkubur Hari Ini..


Umno Sabah dijangka akan dibubarkan dan pengumumannya bakal dibuat pengerusi perhubungan negeri parti itu, Datuk Hajiji Noor.

Menurut laporan The Malaysian Insight (TMI), jika tiada apa-apa halangan Hajiji akan membuat pengumuman pembubaran Umno Sabah hari ini.

Empat Ahli Parlimen Umno dari Sabah dijangka keluar parti itu bagi menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Kerajaan Persekutuan.

Mereka yang dijangka akan keluar Umno ialah Ahli Parlimen Kudat, DatukAbd Rahim Bakri; Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun; Ahli Parlimen Libaran, Datuk Zakaria Mohd Edris dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee.

Kiandee ialah pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Sementara Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang merupakan satu daripada lima anggota parlimen Umno tidak akan meninggalkan parti itu.

Pada PRU14, Umno Sabah menang lapan daripada 26 kerusi parlimen di negeri itu.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli keluar parti pada September dan Oktober.

Rozman telah menyertai Parti Warisan Sabah, manakala Anifah, yang juga bekas Menteri Luar menjadi wakil rakyat bebas.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sipitang yang juga anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Yamanani Hafez Musa, juga wakil rakyat Umno masih belum mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan mempunyai masa sehingga 15 Januari untuk berbuat demikian, jika tidak kerusi itu akan diisytiharkan kosong.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP