Sunday, 2 December 2018

Pemuda Umno Sokong Polis Siasat Penyelewengan BOD Tabung Haji



KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO mendesak pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat laporan polis yang dibuat oleh pihak Tabung Haji terhadap bekas pengurusan kanan institusi kewangan Islam itu.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata beliau memandang serius terhadap melaporkan mengenai tindakan terhadap bekas Pengerusi dan Pengurusan Tertinggi Yayasan Tabung Haji terdahulu mengenai dakwaan penyelewengan dana Yayasan yang disalurkan untuk kegiatan politik.

Katanya, siasatan ini perlu disegerakan atas dasar kepentingan awam dan mengelakkan rakyat berterusan berpolemik mengenai reputasi Institusi Islam ini yang banyak jasanya kepada umat Islam di negara ini.

“Pemuda UMNO menegaskan isu berkaitan integriti dan moral tidak boleh sesekali dikompromikan apatah lagi apabila membabitkan institusi agama yang diharapkan rakyat mengamalkan prinsip tadbir urus pada tahap yang lebih tinggi.

“Kami juga tetap konsisten berpendirian, selagi tidak disabitkan hukuman, seseorang itu berhak dilayani sebagai tidak bersalah berasaskan prinsip Islam (al-aslu bara’atu zimmah) dan prinsip perundangan.

“Biarlah proses perundangan berjalan dengan adil, telus dan tanpa prejudis di mahkamah kelak serta bukannya dihukum di pentas media,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP