Saturday 2 February 2019

TERKINI : Hadi Awang Tarik Balik Saman Sarawak Report





Presiden PAS Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown di mahkamah di London, Unied Kingdom.

Hal ini dimaklumkan Setiausaha Politik kepada presiden PAS, Syahir Sulaiman.

“Setelah Datuk Seri Abdul Hadi Awang meneliti keseluruhan tindakan mahkamah yang telah difailkan oleh beliau terhadap Clare Rewcastle Brown (Defendan) dari semua aspek, dan juga setelah mempertimbangkan pandangan serta nasihat peguam beliau, adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membuat ketetapan untuk memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah (out of court settlement) melalui Perintah Persetujuan (Consent Order) bertarikh 1 Februari 2019 di Mahkamah Tinggi London (High Court of Justice, Queen’s Bench Division),” katanya dalam suatu kenyataan terbit di Harakahdaily hari ini.


Syahir berkata penyelesaian yang dibuat itu adalah seperti berikut:

“Abdul Hadi Awang menarik balik tuntutan (claim) terhadap Defendan;

Kata dah menang saman, buat apa pungut derma lagi?


“Clare Rewcastle Brown (Defendan) menarik balik tuntutan balas (counter claim) terhadap YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang;

“Tiada perintah berkenaan kos (no order as to costs); dan kedua-dua pihak adalah tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma-terma berkaitan penyelesaian ini,” kata kenyataan itu.

Syahir berkata presiden PAS mengucapkan terima kasih dan merakamkan setinggi penghargaan kepada barisan peguam, ahli-ahli PAS dan semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan sokongan sepanjang perjalanan kes ini.

Sebelum ini PAS melalui presidennya, Abdul Hadi Awang mengambil tindakan undang-undang terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London pada 21 Apr 2017.

Ia berkaitan laporan portal itu pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa pemimpin PAS menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno.

Pada 9 Januari lalu, Malaysiakini melaporkan PAS berjaya mencapai matlamat memungut RM400,000 bagi membiayai kos guaman untuk saman ke atas Sarawak Report.

Malah berdasarkan kenyataan Bendahari PAS Razman Zakaria jumlah yang dipungut setakat ini melebihi jumlah yang diperlukan.

Razman berkata PAS berjaya mengumpul lebih setengah juta ringgit daripada sumbangan anggota parti dan pihak lain hasil kempen kutipan dana selama dua minggu itu jumlah yang diperolehi melepasi sasaran yang diperlukan buat masa ini.




Baca lagi https://inforakyat.net/2019/02/02/kes-saman-sarawak-report-presiden-pas-tarik-balik-saman/

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

PokAmid 2 February 2019 at 12:13  

Hari tu kepala bapak yg ketuai parti ehem-ehem bilang, parti kita dah menang saman.

Berita terkini, selesaisdiluo mahkamah. Apa ni BOSS KU, hang dah jadi kepala tukang kencing ahli-ahli parti sendiri ke?

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP